GuidePedia

0
Pengenalan
Pasti ada yang tertanya... siapakah gerangan pemilik blog ini... Tak pernah bersua wajah.... bahkan tiada gambar profile pun..melainkan seekor kucing hitam... Ada kisah disebalik gambar kucing hitam tu... tapi.. lain masa saya kongsikan.. 

Maria Firdz adalah gabungan nama suami dan isteri. Maria: Mariah dan Firdz: Firdzaus. Dan blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Maria dan Firdz menjadi penasihat dan pemantau blog ini. 

Maria, seorang isteri, ibu yang bekerjaya. Bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bandaraya Kuala Lumpur. Pengalaman dan cintakan ilmu serta suka berkongsi buatkan Maria suka untuk berkongsi apa sahaja dengan pembaca asalkan mereka memperolehi manfaatnya.. insha Allah.

Latar Belakang Maria:
Berasal dari keluarga di kawasan pedalaman di Baling, Kedah... Seperti anak-anak yang lain.. Maria juga berpeluang menikmati pendidikan formal di Malaysia.. Walaupun hanya dari keluarga penoreh getah... itu tidak menghalang Maria belajar sehingga ke peringkat Ijazah. Maria mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dari UTM, Skudai. 

Latar Belakang Blog Maria Firdz
Blog ini hasil cetusan idea pasangan suami isteri Maria Firdz... asal penghasilan blog ni, memang untuk berkongsi kisah dan pengalaman serta keterujaan kami yang bakal menimang cahaya mata pertama ketika itu.. Namun, peredaran masa...dan kematangan..akhirnya, blog ini menjadi medan perkongsian ilmu melebihi hal peribadi. 

Asal nama blog ini... myfirdz-trulylove. Kerana cinta lahirnya belog ini... Alhamdulillah.. kerana cinta.. dan cetusan idea suami (Firdz), maka blog ini ada trademark iaitu: Trult Love: Anugerah DIA... Cintailah Dia melebihi segala.. dan segala apa yang ada adalah anugerah dari DIA. Yakni Allah SWT. 

Nak Tengok Gambar???
Ramai yang tertanya.. Maaf Maria ucapkan... atas kesedaran sendiri dan permintaan suami juga.. segala gambar peribadi kami.. tiada lagi di blog ini... Jika ada yang nak kenal juga... boleh la godek-godek Google Images... mungkin ada lagi tertinggal tak dapat kami delete... Kenapa kami tak kongsi gambar kami??? Kami ada alasan tersendiri.. dan harap anda semua hormati alasan kami tu ya.. Insha Allah.. ada rezeki boleh aja jumpa secara real di alam realiti.. 

Setakt itu sahaja pengenalan owner blog dan juga pengenalan blog ini... supaya terjawab apa yang anda tercari-cari dan tertanya tu... insha Allah.. 

Ada soalan... ada pertanyaan.. ada masalah... bila-bila masa sahaja boleh hubungi Maria melalui e-mail ni: myfirdaussy@gmail.com... insha Allah.. Maria bantu setakat yang mampu...


Maria + Firdz = Anugerah Ilahi
Hidup untuk memberi, ilmu untuk dikongsi, anugerah disyukuri, cinta dinikmati, segalanya untuk akhirat yang kekal abadi.

Thanks for reading: Man Ana

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top