div id='header-inner'>

[VIRAL] TEPUNG GANDUM ADA CLOROX

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



PENJELASAN BERKENAAN TULAR (VIRAL) DAKWAAN TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI PELUNTUR BERACUN (BENZOYL PEROXIDE)


Dakwaan berkenaan penggunaan peluntur  beracun (Benzoyl Peroxide)  dan persoalan status halal dalam produk-produk tersebut kembali dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak kami sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak kami ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi. 

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia tersebut dalam makanan tidak mendatangkan kemudharatan.

Selain itu, benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik dan pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985 dan ia juga tidak menyebabkan barah.

Laporan JECFA juga menyatakan pengambilan benzoyl peroxide juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan sebaliknya melalui kesan rawatan kulit.

Justeru, pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana penggunaan benzoyl peroxide tersebut adalah mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadilah pengguna dan penyebar yang bijak dengan meneliti dan merujuk sesuatu isu terlebih dahulu kepada pihak yang berwibawa sebelum melakukan sebarang sebaran dan perkongsian di media sosial ini.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎️ 03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN3S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
@MyJakim

*********************************************************************

BAB HALAL HARAM MAKANAN NI TAK PAYAH LA MEMANDAI NAK BUAT CERITA... MF SENANG JE... YAKIN DENGAN HALAL JAKIM SEBAB TAHU KETELUSANNYA MACAM MANA... HALAL JAKIM BUKAN BARU DIMALAYSIA KAN... DAH BERPULUH TAHUN DAH... 

LAGI SATU BAB TEPUNG NI... SAMA LA DOK VIRAL PASAL TEPUNG GANDUM CAP SAUH... KALAU BETUL ADA RACUN... DAH LAMA KAMI NI SAKIT MEMACAM... TAPI ALHAMDULILLAH... MAK BAPAK DAN KELUARGA MF SIHAT WALAFIAT... SEBAB KAMI GUNA TEPUNG TU DARI KECIK LAGI.... DAH LEBIH 30 TAHUN MAKAN TEPUNG TU... KALAU BETUL ADA RACUN LAMA DAH SAKIT TAK PUN MATI.... 

TAK TAHU LA KAN.... SEBELUM NI ADA JUGA VIRAL PASAL COKLAT DAN PRODUK ADA BABI... MF PM TANYA SENDIRI BAHAGIAN HALAL JAKIM... SAMA LA.. RUPANYA VIRAL JUGA... BAHKAN PALING MEREKA YANG DOK VIRAL NI GUNA NAMA ORANG LAIN UNTUK KUKUHKAN FAKTA VIRAL TU... ADUHAII... DUNIA AKHIR ZAMAN... FITNAH BERLELUASA... 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Saya memang tak mudah nak pecaya cerita2 macam tu. Apa2 pun bagus awak kongsi untuk orang lain baca.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)