02/2019 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Februari 28, 2019

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi | Bila peminat susu dan peminat kopi ternampak iklan yang berkaitan kopi dan susu, pasti teruja nak mencuba... 


Itulah yang MF rasa bila nampak iklan baru di kaca TV tentang susu Anlene. 

MF tak minum tau susu Anlene... tak boleh nak telan... Tapi, bila ternampak je iklan susu Anlene berperisa kopi... hah.. tak boleh tunggu lagi... mesti cuba ni... 

Terus buka website Anlene dan request free sample... 

Bila free sample, jangan assume benda tu cepat sebab free.. jadi, kena tawakal la... Kalau ada rezeki dapat la kau merasa kan.. haha.. 

Alhamdulillah.. nak jadi rezeki MF, dapat la merasa susu Anlene... selamat terima di tangan. 


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi

Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Alhamdulillah... dapat 2 sachet untuk cuba... Memang teruja nak minum... 

Terus bancuh je... senang... 200ml untuk satu sachet.. bancuh suam. 


Anlene Cafe Latte, Susu dengan Perisa Kopi


Pertama kali hirup... fuhh.. pahit... rasa kopi...

Dua kali hirup... slruppp... hmmm.. sedap... baru rasa manis sikit...

Tiga kali hirup... slruppp.... hmmm... bertambah sedap... sebab rasa lemak susu dan kopi tu dah bercampur...


Akhirnya... habis minum...

Paling best... rasa kenyang sampai ke malam...

MF minum petang dalam jam 4 petang... sampai kul 8 boleh tahan perut lagi...

Boleh jadi menu diet juga nih kalau macam ni...

Review Susu Anlene Cafe Latte

Susu Anlene Cafe Latte ni memang sedap, lemak dan kurang gula...
Cepat kenyang dan tahan perut... sesuai untuk yang nak diet sihat...
Dan paling best... hari ni dah tak rasa sakit pinggang dan lutut lagi... Alhamdulillah...

OK.. lepas ni nak cari susu Anlene...
Tambah lagi satu koleksi minuman harian kami...

Bagi yang nak cuba boleh Request Free Sample di website Anlene.
>>> https://www.anlene.com/my/en/claim-sample-registration.html

Februari 26, 2019

Seram Dengan Penyakit Difteria

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seram Dengan Penyakit Difteria | Difteria, tak pernah dengar penyakit ni satu ketika dulu... Tapi sejak dua tahun ni ada semula...

Difteria

Sebenarnya bagi yang vaksin ada diterangkan pasal. Penyakit ni.. Tapi kita tak cakna pun pasal penyakit ni sebab memang takde berlaku kes hingga berlaku kematian... Tapi, kembali ada atas sebab-sebab yang tertentu.


Bila group ibu bapa kat WhatsApp diingatkan wabak ni.. Memang rasa seram juga. Sebab simptom penyakit ni bermula dengan batuk dan sakit tekak.

Simptom difteria

Mengapa Difteria Amat Berbahaya!

❗Difteria adalah penyakit berjangkit yang amat serius dan boleh mengancam nyawa.

❗Ia sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.

❗Walaupun dengan rawatan perubatan penuh diberikan oleh para doktor, ia boleh menyebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!

❗Difteria adalah berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).

❗Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.

❗Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!

❗Difteria juga boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).

❗Sebelum vaksin diperkenalkan pada tahun 1942, difteria menjadi penyakit biasa di kalangan kanak-kanak yang membunuh dengan purata 3,500 kanak-kanak setahun di UK! Kini Ia amat jarang atau hampir tidak dapat dilihat di negara-negara seperti UK lagi kerana vaksinasi.

❗Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh ditemui di beberapa bahagian dunia (contohnya, Rusia, India, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika Selatan). Kini di negara kita!

❗Anda yang akan ke kawasan-kawasan ini adalah berisiko dan boleh membawa jangkitan difteria kembali ke sini. Oleh itu, sila update status vaksinasi anda.

Hati-hati.


Cara Difteria Berjangkit

Nota kaki :
Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti. Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.

#SEBARKAN info ini supaya lebih ramai antara kita cakna tentang bahaya penyakit ini.

Kredit:
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi
Telinga, Hidung & Tekak
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Via telegram


Jadi, bagi yang vaksin masih boleh dicegah. Insha Allah dengan izin Allah...


Tak Pernah Rasa Cukup

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Hidup manusia, tak pernah rasa cukup... terutama bab keduniaan.

Terutama bab duit dan harta... Kalau tengok drama melayu pun, banyak kisah pasal manusia yang tak pernah puas dengan harta dan rezeki yang dimiliki...


KIta sentiasa nak minta lebih hinggakan terlupa nak bersyukur rezeki dan nikmat yang lain.

Ramai buat solat sunat Dhuha sebab nak minta rezeki lebih, bisnes berjaya dan kaya harta... Tak salah... cuma betulkan persepsi Dhuha untuk kaya, sebaliknya buat Dhuha untuk lahirkan rasa syukur kita... itu sebetulnya.

Tak Pernah Rasa Cukup

TAMAKKAN dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul benda, mengejar kedudukan pangkat dan darjat, menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah.

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat.

Allah  berfirman yang bermaksud:

“Dan carilah kurniaan Allah   untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.” (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.” (Hadis riwayat Al-Asyakin)


Firman Allah yang bermaksud:

“Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”


Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah: 152)
“Dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144)

“DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud: 9)



Hindarkan dari bersifat tamak
Seruan Suci
24/10/2015



seruan

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang telah melimpahkan nikmat yang banyak kepada kita, antaranya nikmat rezeki. Sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dan merasa cukup, iaitu bersifat qana'ah dengan apa yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita. Sifat qana'ah hendaklah ditanamkan dalam jiwa agar kita dapat menjauhkan diri kita dari sifat tamak haloba, apatah lagi sehingga mengambil hak milik orang lain.


Sememangnya agama Islam memerintahkan umatnya untuk mencari rezeki bagi kelangsungan hidup mereka. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta kekayaan dari rezeki yang diperolehinya itu. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qashash ayat 73 :


Tafsirnya : ''Dan antara rahmat-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu dapat beristirahat padanya waktu malam dan dapat mencari rezeki daripada limpah kurnia pada waktu siang dan mudah-mudahan kamu bersyukur.''


Perlu diingat, dalam hal harta yang kita miliki itu, kita bukanlah pemilik mutlak harta tersebut, kerana dalam harta itu terdapat hak orang lain. Oleh yang demikian, Islam mewajibkan kita mengeluarkan zakat bagi harta yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Kita juga digalakkan untuk bersedekah, berwakaf dan membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.


Kehidupan di zaman ini yang lebih mementingkan kebendaan, wang ringgit, pangkat dan kemewahan boleh mempengaruhi manusia kepada sifat tamak haloba dan sayangkan harta, yang akhirnya akan menimbulkan sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis :


Maksudnya : ''Daripada Anas bin Malik Radhiallahuanhu katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seandainya anak Adam sudah memiliki dua lembah emas, maka dia akan mahu untuk berusaha memiliki lembah yang ketiga. Padahal mulutnya itu tidak akan dapat menampung apa pun selain debu, Allah akan menerima taubat bagi orang yang mahu bertaubat.'' (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi).

Februari 25, 2019

Kerja vs Solat


Kerja vs solat

Jika ditanya mana yang lebih utama, Pasti ramai yang akan tahu jawapannya... Iaitu solat lebih utama. 


Tapi ucapan tak semudah perbuatan. 

Kadangkala kerana mengejar kan hal kerja kita sanggup kata...

"takpe, waktu solat panjang lagi, sempat siapkan kerja ni dulu."


Solat adalah pertemuan Allah dengan hambaNya... Setiap kali Azan, itulah tanda Allah panggil untuk jumpa dengan kita. Tapi kita sengaja melengahkan panggilan Allah... 


Renungkan.. 

Bila kita berjanji untuk bertemu seseorang, dan seseorang itu datang lambat dari waktu yang di janji pun kita dah rasa nak marah...


Begitulah dengan solat. 


Solat lah dulu... Ingatkan diri sendiri untuk utama kan solat dalam segala hal. 


Jangan tanya kenapa urusan kita susah dan sempit jika setiap kali panggilan Allah kita tak endah kan. 


Renungan dan pesanan bersama... 


Mohon kita save, print dan tampal kata-kata ini di meja tulis kita... Di meja kerja kita dan di muka hadapan telefon kita jika itu yang menjadikan kita lengah dengan panggilan Allah. 

Februari 24, 2019

Syoknya Travel dengan Scoot Promo!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Syoknya Travel dengan Scoot Promo! | Siapa kat sini suka travel atau jenjalan? Sila angkat keyboard...hehe... Dengar sini, wahai travellers sekalian! MF  ada berita baik untuk korang. Nope, bukan pasal giveaway ke ape, ni pasal benda yang kite semua suka: travelling!

Okay, MF baru dengar khabar angin yang Scoot promo bakal menggila terutama sekali dengan matta fair yang bakal berlangsung nanti. Hah, ape lagi? Kite kene start korek duit tabung untuk plan short vacation akan datang ni!

Syoknya Travel dengan Scoot Promo!

Scoot Promo!

Apa Tu Scoot Promo?

Eh, jap, korang tak familiar dengan Scoot? Serius la? Okay, takpa-takpa, biar MF tolong terangkan dekat korang siapa Scoot ni sebenarnya.

So basically, Scoot ni syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di bawah Singapore Airlines. Boleh dikatakan kiranya Scoot ni anak Singapore Airlines la. Cuba korang bayangkan, Scoot ni dah la murah to begin with, nanti bila matta fair and promo yang pelbagai, confirm bertambah-tambah murah jadinya. Anyways, mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang menarik sangat tentang Scoot nih?

Yang Menarik Tentang Scoot Promo

Untuk permulaan, Scoot menawarkan laluan penerbangan yang sangat luas. Sama ada korang nak pergi domestik atau antarabangsa, Scoot memang ada untuk bawa korang ke sana. Katakan korang nak cari flights to Hong Kong, korang tak perlu cari jauh sebab Scoot ada offer route tu.

Scoot Promo!

Cara Dapatkan Tiket Scoot

Dekat mana korang nak cari tiket Scoot? Literally, anywhere! Okay, kalau korang baru first time nak berjinak-jinak dengan travelling, korang boleh pilih antara dua kaedah ni untuk dapatkan tiket korang. Korang boleh pergi ke kaunter tiket dan beli sendiri atau korang boleh beli secara online. Dua-dua cara ada pro dan kontra dia.

Kalau korang ke kaunter tiket, korang tak perlu susah-susah isi semua maklumat korang. Korang  mungkin risau takut-takut korang tersalah isi ke apa, jadi, dengan adanya staf airline untuk buat semua proses pengisian maklumat lebih mudah untuk korang. Lagipun kepada yang beli tiket dekat kaunter ni boleh dikatakan kadang-kadang harga dia lebih mahal daripada beli online.

Kalau borang beli online, dekat situlah kadang-kadang macam-macam promo korang boleh jumpa. Bila beli tiket online ni korang kena banyak buat research sikit untuk bandingkan harga and stuff. Jadi, itu yang menjadikan kaedah beli online ni agak leceh sikit.

Kelebihan Scoot

Syoknya Travel dengan Scoot Promo!

So, sekarang mana yang first-timer tu boleh la book tiket korang guna kaedah yang korang rasa selesa untuk digunakan. Selain daripada harga tiket yang murah dan promosi, apa lagi yang Scoot tawarkan kepada penumpang mereka?

Dengan Scoot airlines, korang boleh menikmati airport lounge mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, korang bukan sahaja boleh berehat sementara menunggu penerbangan korang, malah, korang boleh menikmati hiburan yang tersedia, menjamu selera dan bekerja kerana di ruang istirahat yang disediakan, korang akan ada ruang bekerja tanpa gangguan.

Selain daripada itu, Scoot punya in flight facilities juga menjanjikan penerbangan yang selesa. Sebelum penerbangan, korang akan disambut dengan layanan mesra flight attendant mereka. Who doesn’t like a warm welcome, right? 

Tempat duduk yang terdapat juga sangat selesa beserta ruang letak kaki yang luas. Korang tak akan rasa terhimpit apabila menaiki penerbangan Scoot. Jika korang travel dengan anak-anak, then, mereka mempunyai ruang yang luas untuk bermain-main di tempat duduk mereka sendiri tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Mari kita cakap pasal makanan pula. Menu yang disediakan boleh dikatakan pelbagai. Begitu juga dengan minuman, korang boleh pilih jenis minuman yang korang nak.

Walaupun Scoot merupakan sebuah syarikat penerbangan kos rendah, tapi bagi MF, perkhidmatan yang mereka sediakan boleh dikatakan setanding juga dengan syarikat penerbangan kelas atasan. Perjalanan korang pasti selesa dan bermakna apabila korang fly nanti. Korang ada cerita menarik tentang Scoot atau percutian korang yang korang nak kongsikan bersama? Jangan segan dan comment ya!

MF pun memang teruja bila cerita pasal scoot ni... Memang serius teruja... hmm... next cuti sekolah tengah tengok kalender dah... nak travel mana dengan scoot promo ni... siapa tak nak kan... 

Bihun Goreng Tom Yam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bihun Goreng Tom Yam | Bihun goreng biasa rasa boring pula nak makan... Sesekali buat kelainan.. Buat perisa lain... Bihun goreng tomyam.


Mula terjebak dengan bihun ni sejak dapat masa tukar-tukar menu dengan jiran masa bulan puasa tahun lepas. Teringatkan bihun goreng tomyam dia sedap... Tu yang terus nak buat, kebetulan bahan pun ada.

Mudah je nak buat bihun goreng tom yam ni... Sama macam kita buat tomyam juga cuma kita gantikan dengan bihun dan kurangkan kuahnya.

Yang MF buat ni memang cukup simple je bahannya sebab letak udang je... Haha.. Ayam pun tak letak... Cuma letak kiub pati ayam untuk rasakan ayam tu.

Bihun Goreng Tom Yam

Bihun Goreng Tom Yam

OK.. Bahan untuk buat bihun goreng tomyam

Bahan-bahannya 


  • Bihun yang direndam dengan air suam (untuk lembutkan bihun)
  • Serai
  • Bawang besar (hiris wedges) 
  • Bawang putih (diketuk) 
  • Daun limau purut
  • Cili padi (diketuk) 
  • Cili giling
  • Pes tomyam
  • Bahan-bahan lain seperti udang, isi ayam, sotong atau daging... Terpulang kepada citarasa masing-masing.
  • Lobak merah 
  • Garam dan gula sebagai perasa. 


Cara memasaknya


  1. Tumiskan bawang, cili dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan pes tomyam dan masukkan sikit air jika kering sangat. 
  3. Masukkan bahan-bahan lain serta lobak merah. Masak hingga lobak merah sedikit empuk.
  4. Masukkan sikit air jika terlalu kering. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula. 
  6. Kemudian masukkan bihun dan daun limau purut dan kaup balik hingga rata.
  7. Masak hingga bihun lembut. Jika kurang lembut, masukkan air suam dan gaul hingga rata. 
  8. Siap untuk dihidang. 



Mudah je nak masak. Bahan pun senang... Rasanya masam-masam pedas gitu.

Sedap untuk menu minum petang atau sarapan. Sesekali ubah rasa bihun goreng biasa kan... 

Februari 23, 2019

How well do you know about Islamic financing

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


How well do you know about Islamic financing

 Islamic financing



Islamic banking that has given additional options to Malaysian loan borrowers to choose their loan options for home financing purpose. Islamic banking and financing in Malaysia is considered one of the most renowned and established in the world. The Islamic banking follows the Shariah laws has been in operation since the enactment of the Islamic Banking Act in 1983 and the establishment of Bank Islam Malaysia Berhad on the same year. The new law and the institution of a new bank paved the way for the development of Islamic banking and finance in Malaysia. The Islamic Financial Services Board, similarly to Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents & Property Managers Malaysia (BOVEA), has also helped in setting new standards that promotes and enhances the soundness and stability of the Islamic financial services that will paved the way for continuous development of Islamic banking and finance in Malaysia.

Using the Islamic Laws (Syariah) principles and Islamic-based economics, it dictates the money lending (interest-based) as well as investing in businesses that are considered haram (unlawful) are prohibited. The basic principal of Islamic finance is that it lies in providing financing to consumers based on pre-determined profits instead of handling with interest. Islamic banks usually have higher social and moral responsibilities ensuring that financing principles are fair to all consumers out there. This method of property financing requires you to buy an asset from the seller and selling it back to the buyer with profit, of course. This allows the buyer to pay for the property through periodically installments, similar to conventional home loan.

There are couple of advantages to get Islamic financing for your property. But before we get there, Islamic banks follow two types of Islamic banking principles - Bai’ Bithaman Ajil (BBA) and Musharakah Mutanaqisah (MM). While BBA is based on the Murabahah concept and MM is for partnership towards the formation between bank and customer in order to buy the property. Here are the list of advantages when you engage Islamic bank for financing.

Advantages when you engage Islamic bank for financing

1. In order to help customers balance their monthly budget, their repayment is fixed on monthly basis.

2. Stamp duty cost is lowered by 20%. The initiative was originally implemented in Budget 2007, the 20% stamp duty discount for Islamic loan agreement documents is still in force as part of the government’s effort in promoting Islamic financing. Plus, stamp duty is waived for the redeemed amount when refinancing from a conventional loan to an Islamic home finance.

3. Islamic banks financing has higher potential to lowered penalty fee for property disposal within the lock-in-period. Generally, a typical conventional loan penalty fee for early settlement (prepayment) is a set of percentage, whereas the Islamic bank will charge based on the bank’s prevailing cost of funds. But, the fee differs from one Islamic bank to another.

4. While most conventional loans are based on Base Lending Rate, Islamic loans are based on Base Financing Rate (BFR) which the bank can adjust based on prevailing conditions but not more than the ceiling rate, which is also the maximum profit an Islamic finance provider able to earn.

So far, it sounds like Islamic banks have strong advantages than the conventional ones. Yet, there are still some weaker points in Islamic property financing.

Weaker points in Islamic property financing.

1. The floating rate penalty charge could be less desirable during the high interest rate regime.

2. Though the concept of Islamic banking is trustable and sound but the calculation method is different from each bank. Due to the restriction in procedure, a degree of uncertainty exists for both bank and consumer.

3. Although there’s flexibility in alteration but altering the terms in financing is more troublesome than you can ever imagine. However, if the customer chose to alter the terms of financing, a new Sale and Buy-back agreement is needed to be create and sign. Meanwhile, for conventional loan method, it would only require the amendment to be stamped which incurs less cost.

Today, Bank Negara statistics showed a total assets of Malaysia’s Islamic Banking system (IBS) which stood at RM610.52 billion by June 2017. Malaysia has topped in market share of Asia’s Islamic AUM with the percentage of 85.2% (assets under management) followed by Pakistan , 7.2% and Indonesia, 5.7% This is because of the Islamic finance development and changes that have become more vibrant with diverse set of industry players which included legal, accounting, technology, commodity trading platforms and rating companies.

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Musim panas


Musim panas membahang sekarang ni kan... Ramai juga yang tak sihat di musim ini... 


Memang panas betul dengan lapisan ozon dah nipis.. Lagilah terasa.... 


Setiap malam wajib pasang air cond kalau tak memang anak rimas tak boleh tidur. 


Sekarang ni baring atas mozek pun nikmat je... Haha.. Takde pula rasa sakit badan... 


9 Tips Untuk kekal sihat di musim panas. 

1. Pakai payung atau topi ketika keluar dan berjalan di tengah panas. Biarlah orang kata puteri lilin pun... Sebab panas sekarang tak selamat macam panas zaman 80-an kan..


2. Hadkan aktiviti luar

Memang musim berkurung dalam rumah.. Anak pun naik jemu.. Tapi nak buat macam mana... Kalau nak keluar pun dah petang betul baru keluar. 


3. Tidak duduk dalam kenderaan 

Kalau nak tunggu orang lama, jangan dok dalam kereta je... Kalau terpaksa juga tunggu kena la buka air cond kuat. Tapi sebaiknya elakkan sebab bahang dari bumbung kereta tu tetap sampai kat kepala kita. 


4. Pakai losyen

Yeah... Yang ni belum beli lagi.. Lepas ni kena beli nampaknya... Kena amalkan balik pakai Losyen... Setakat ni dok sapu gel aloe vera je.. 


5. Kurangkan kafein

Dah kurangkan juga kopi... Kalau minum pun tak banyak macam selalu. 


6. Pakai pakaian yang serap peluh

Kain jenis cotton dan longgar itu yang terbaik. Lagi satu warna yang terang bukan warna gelap. 


7. Minum air isotonik

Memang tak cukup sebotol... Sehari je habis... Tapi MF tak boleh dah minum air ni.. Nanti berangin satu badan... 

8. Guna kipas atau penghawa dingin

Jangan nak jimat elektrik sampai sanggup dok dalam panas... Guna aje kipas atau penghawa dingin... Kalau nak jimat beli yang jenis jimat elektrik.


9. Banyak kan minum air kosong

Sedang usahakan untuk minum banyak air. Mujur pasang Coway kan.. Just tekan je air terus minum... Memang untung dan jimat tenaga banyak sejak guna penapis air ni. Tak kisah jenama apa pun... Tapi sememangnya memudahkan kerja. Dan jadi motivasi anak untuk minum air kosong sebab tak payah nak tuang dalam bekas. Ambil gelas, tadah dan terus minum... Mudah dah zaman sekarang kan. 


Itulah tips untuk kekal sihat. Selebihnya banyak kan doa dan senaman di tempat yang berbumbung... Insha Allah.. Moga Allah pelihara kesihatan kita semua. Insha Allah... 

Februari 22, 2019

Nak Anak Soleh/Solehah Bukan Dengan Doa Sahaja

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak Anak Soleh/Solehah Bukan Dengan Doa Sahaja


Nak anak soleh, solehah kena ada tindakan dan amalan dari awal.. dari awal merancang anak... seterusnya masa mengandung dan sehinggalah membesarkan. 

Klik untuk lebih jelas


Bukan sekadar doa dan minta orang lain doakan... 

Ya, doa juga satu usaha.. tapi usaha yang seiring dengan usaha kita sebagai ibu bapa itulah yang terbaik... jika nak anak soleh solehah, soleh/solehah kan juga diri kita sebagai ibu bapa... walaupun iman tak dapat diwarisi tapi sekurangnya kita dah usaha untuk teladankan apa yang baik untuk anak kita..

Pesanan untuk diri sendiri dan ibu bapa lain dalam mendidik anak akhir zaman yang sangat mencabar...


Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare | Mu'allim, anak bongsu MF dan satu-satu anak lelaki dalam keluarga kami. Dia ni lain dari yang lain sikit... sebab  ada alergik kulit dan ada alergik pada sabun, dan telur masa dia bayi.


Bila macam tu, MF memang cukup hati-hati bab pemakanan dan bab nak belikan sabun, bedak, syampoo untuk bayi... Pernah cuba produk mandian untuk bayi... si kakak pakai ok je.. sekali, bila dia pakai... habis naik ruam dan gatal satu badan... Fuhh... seram...


MF cuba mencari, produk baby yang sesuai dan bebas bahan kimia... Dalam mencari tu, ternampak produk dari MHAM. MF kenal MHAM ni sebab MF memang pengguna setia sejak 3 tahun dahulu. Iaitu sejak anak MF ketiga iaitu Muasyira ada asma. Jadi, MF guna je minyak keluaran MHAM ni sehingga kini.

Owhh.. bagi yang belum kenal... MHAM ialah singkatan bagi Minyak Herba Asmak ... Minyak ni la MF gunakan kalau anak batuk, demam dan selesema... Ada juga MF sapu kalau anak jadi gatal-gatal kat celah-celah badan.


Jadi, bila MF tau ada produk untuk bayi, MF terus nak cuba, sebab kualiti minyak tu MF dah tau kan... Jadi, MF yakin dan dengan izin Allah, produk untuk bayi ni juga bagus.

Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

Alhamdulillah... bila sampai je produk,,, serius... excited... Memang excited sebab satu set siap dengan kotak... Macam dapat hadiah... haha... hadiah untuk diri sendiri...




Terus, buka ada 5 produk penjagaan bayi yang lengkap... Ada syampu (Asmak Baby Care Shampoo), ada bedak bayi (Asmak Baby Powder), ada EO (Asmak Baby Care Essential Oil), ada minyak rambut  (Sevenis Hair Oil), dan ada losyen badan  (Asmak Baby Care Lotion).

Fuhh... cukup lengkap...


Hari tu juga, MF terus gunakan semua produk ni pada Mu'allim... dia pula excited bila tunjuk kat dia.

Mudah je nak guna produk ni... Kalau syampoo tu dah siap sabun sekali... Jadi, tak perlu nak cari lagi sabun badan yang lain sebab memang dikeluarkan syampoo dengan sabun badan dari kepala hingga ke kaki...

Cara Guna Asmak Babycare

Step 1: Asmak Baby Care Shampoo


Mandikan baby dengan Mandian Bayi Asmak dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mandian ni pekat tau, jadi picit sikit je dah cukup untuk seluruh badan. Mandian ni memang wangi dan tenang sebab ada bauan ros dan chamomile. Dan ada juga campuran minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E yang memang bagus untuk kulit bayi. Memang lembut.

Alhamdulillah, kulit Mu'allim serasi dengan mandian ni... selesa dan tak gatal lagi lepas mandi... sebab tu cukup je time, dia nak mandi... tunjuk je mandian ni, menggelupur dia nak mandi... hehe..


Step 2: Asmak Baby Care Lotion


Dah sudah mandi dan lap baby, sapu pula dengan Losyen Bayi Asmak Baby Care ke seluruh tubuh bayi. Urut dengan kasih sayang sentuhan ibu. Bagus urutan macam ni, bonding antara anak dan ibu. Losyen ni wangi dan menenangkan sebab mengandungi ekstrak minyak halia, bunga portulaka dan minyak cengkih.

Losyen ni juga tak melekit dan terus meresap dalam kulit. Memang melembapkan kulit kering baby, terutama kat lutut, belakang leher dan siku... bukan bayi je, MF pun suka losyen ni.


Step 3: Asmak Baby Care Essential Oil


Lepas dah sapu losyen, sapu pula dengan Essential Oil Asmak di beberapa bahagian badan untuk merangsang emosi bayi terutamanya. Titiskan beberapa titis kat tapak tangan dan sapu kat belakang telinga dan urut perlahan, sapu juga kat tapak kaki disebelah hujung jari dan sapu juga kat pergelangan tangan atau nadi tangan.

Bau EO ni memang fresh dan rasa tenang je... Anak pun selesa dan tak mudah nak meragam dan menjadikan anak mudah tidur.

Dikatakan minyak ni boleh digunakan untuk ibu menyusu untuk merangsang pengeluaran susu ibu. EO ni adalah campuran dari Clove oil (minyak cengkih, nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil. Memang sedap bau dia.. MF suka sangat.


Step 4: Asmak Baby Powder


Lepas dah sapu losyen dan EO, sapukan pula Bedak Bayi Asmak pada badan baby. Bau memang wangi sebab bau Lavender essential oil. Bedak ni tak kesat... lembut pada kulit sebab diperbuat dari tanah liat jenis kaolin yang memang bagus untuk kulit.

Antara bahan lain, campuran ekstrak betik dan ekstrak bunga portulaka... Bagus bedak ni untuk anak yang gatal dan rimas berpeluh. Memang kena betul la dengan musim panas sekarang ni kan.


Step 5: Sevenis Hair Oil


Dah siap rapikan badan, akhir sekali rapikan rambut dan kepala baby dengan Sevenis Hair Oil Asmak untuk rambut yang sihat, kuat, bersinar dan lembut. Dan paling penting bau wangi dan fresh tenang je.

MInyak rambut ni diperbuat dari pada campuran light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil. Hah.. semua minyak ada ni... dan semua minyak ni memang bagus untuk kulit dan rambut... So, satu minyak Sevenis Hair Oil ni dah cukup lengkap dah.. tak yah beli yang lain dah.


Memang puas hati dengan produk penjagaan bayi dari Asmak Babycare ni... Dah la complete semua dari hujung rambut hingga hujung kaki, wangi pula tu... Harga pun berpatutan... memang best betul la...

Paling penting, semua produk ni takde campuran bahan kimia... semua bahan semulajadi yang dijamin selamat untuk bayi... Takde paraben, takde pewarna sintetik dan bahan kimia lain yang berbahaya.


MF memang rekemen sangat la bagi yang tengah survey barang penjagaan bayi ni. Bagi yang tengah tunggu hari nak bersalin tu kan... boleh beli ni satu set... Nanti dapat 1 kotak macam kotak hadiah... Best apa... terapi tu kan.. mesti lagi eksited nak bersalin... hhaha...

Atau bagi yang nak bagi hadiah kat kawan yang baru bersalin pun sesuai sangat sebab kotak tu memang cantik dah... dengan harga RM159 beli, sangat berbaloi set penjagaan bayi Asmak Babycare ni...


Kalau korang nak beli, boleh contact info kat bawah ni:

Website -
https://Asmakbabycare.com
https://mham.com.my
https://asmak.com 

FB page – Asmak Baby Care
IG – asmak.babycare
Hotline – 019-9708897
www.wasap.my/60199708897


Februari 21, 2019

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja

Saat orang membandingkan ibu yang suri rumah dengan ibu bekerja... Orang tak tau hati seorang ibu yang bekerja....

Mungkin mudah kita menuturkan kata... 
"berhentilah kerja" 

Namun, hakikatnya tak semudah yang disangka. 

Sesetengah kerja menuntut wanita yang bekerja... Jadi jangan pertikai kenapa wanita bekerja. 

Suri rumah atau ibu bekerja... Kita semua ibu yang masing-masing hendak kan yang terbaik  untuk anak-anak.

Tak perlu dibandingkan kehidupan kita yang sememangnya sangat berbeza... 

Februari 20, 2019

Wednesday Wordless - Cuba Semak 8 Sebab Rezeki Susah Nak Datang Ni -

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wednesday Wordless - Cuba Semak 8 Sebab Rezeki Susah Nak Datang Ni -

8 Sebab Rezeki Susah Nak Datang

8 Sebab Rezeki Susah Nak Datang

1. Berkira-kira nak buat baik walaupun untuk diri sendiri... Contoh, nak buat baik pun bertangguh.
2. Susah nak bersedekah, apatah lagi zakat kan...
3. Selalu merungut tak cukup duit.
4. Dah, sedekah, tapi riak pula... Seringgit je pun...
5. Dah beri, tapi mengungkit dan harap orang balas walaupun sekadar ucap terima kasih.
6. Banyak buat perkara yang Allah tak suka, seperti sengaja melewatkan solat.
7. Jarang beristighfar sedangkan ada je buat dosa
8.. Tak bersyukur... tapi tak malu pula nak minta lebih. 

Februari 19, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5fxsEhz3w

Google Plus Akan Ditamatkan Pada April 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Google Plus Akan Ditamatkan Pada April 2019 | Google Plus satu medium sosial yang tak ramai tahu penggunaannya.

Bagi blogger mungkin tahu... Tapi pengguna biasa... Hanya ada email yang terus di link dengan Google Plus. . Tapi tak perasan pun kegunaannya.

Link dengan Google Plus juga ialah aplikasi Hangout. Pun tak ramai tau yang Hangout ni boleh jadi satu medium komunikasi macam messenger juga.

Disebabkan penggunaan yang kurang. . Akhirnya Google Plus Akan Ditamatkan perkhidmatannya mulai April 2019.

Google Plus Ditamatkan

Google Plus Akan Ditamatkan Pada April 2019

Google Plus Akan Ditamatkan Pada April 2019
Google Plus Akan Ditamatkan Pada April 2019

Sebenarnya, dari tahun 2017 dah timbul isu data tak selamat dari Google Plus... Dan akhirnya.. Atas pelbagai faktor... Google ambil keputusan untuk tamatkan Google Plus.

Mana-mana blog yang ada icon Dan link Google Plus lepas ni tak berfungsi... Mulai April 2019.

Dan sekarang ni pun kalau perasan.. Widget follower Google plus dah takde kat sidebar blog kan.. Sebab memang dah dihentikan perkhidmatannya... April nanti baru hilang terus semuanya.

MF pun dah ambil langkah tukarkan profile blog..  Kembali guna profile blogger sahaja.

Bagi template ada link dengan Google Plus dah boleh hapuskan... Sebab nanti akan jadi link error je. . Dan tak bagus untuk sebuah blog yang mesra SEO.

Lepas ni Google hanya tinggal kenangan..

Bagi seorang blogger..  Google plus Banyak membantu untuk page view blog... Selalu share entry kat Google Plus. Dan ianya tak kena banned kalau share banyak-banyak pun... Tak macam Facebook kan... Tapi, lepas ni kena rajin la share kat Facebook dan Instagram atau pun dah kena belajar twitter pula kot... Ada akaun twitter tapi tak reti guna... Nampak sangat tak kena dengan usia. . Haha... 

Februari 18, 2019

Activities To Do in Serangoon

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Activities To Do in Serangoon | Many youngsters are starting to look for a property. Serangoon HDB might be a good choice as Serangoon has a lot to offer. Moreover, property in Serangoon is definitely more affordable than properties located in the Central Business District. This article will guide you through the activities that you can do in Serangoon.

Activities To Do in Serangoon
Activities To Do in Serangoon

Activities To Do in Serangoon

1. JForte Sportainment Centre

JForte Sportainment Centre is a centre for sports of bowling and American pool. The bowling centre integrates training facilities with entertainment capabilities. It is armed with colourful lightings and sound. JForte Sportainment Centre is a great place to go if you have nothing better to do in the night as it opens till late night. Instead of wandering around with nothing better to do, why not enjoy a game or two of bowling or pool tournaments with your friends? The bowling rates are really affordable as well and it comes with student rates for those aged 21 years old and below.

2. Bouncing Kids

Bouncing Kids is an air conditioned indoor playground catered to children aged 1 to 12 years old. This is the right place to bring your children over to enjoy themselves. The playground includes tubes, tunnels, slides, swings, bouncing bridge and a ball pool with thousands of colourful balls. You can also organize a birthday party for your child here with their affordable Bouncing Kids Birthday Packages.

Other than the indoor playground, there is also a gym here catered to gym junkies.

3. The Cyclist Mess

The Cyclist Mess is a local home grown company founded by 2 avid cyclist with an aim of providing high quality, comfortable and affordable jerseys to fellow cyclists. You can even customize your own jersey to suit your own taste or your team needs. You get to choose the type of jersey materials, cutting, and printing at affordable price. The jerseys from The Cyclist Mess are ultra lightweight and use only breathable mesh to keep fellow cyclists confortable in this hot and humid weather. The sleeve ends comes with printed gripper elastic that helps to keep the sleeves snug and aerodynamic, at the same time, providing smoothness and comfort.

4. Serangoon Community Park

Serangoon Community Park is a park with pedestrian bridges and bright coloured shelters. It is a good place for you to hang out with your family. There are a variety of amenities available in the park such as a fitness centre, foot reflexology paths, playground and amphitheater. You can have a weekly exercising plan with your family to jog around the park. Not only you get to exercise to keep yourself healthy, you get to spend time with your loved ones as well. Killing two birds with one stone. What is best is that all these come with zero charges. That means, it is free to enjoy the amenities in Serangoon Community Park.

5. Chomp Chomp Food Centre

When it comes to Chomp Chomp Food Centre, the first thing that comes to their mind is food paradise. Chomp Chomp Food Centre is located in a neighbourhood that serves all the local favorites food. A few of the must try items include the Ang Mo Kio 409 Fried Carrot Cake. The carrot cake is fried the Chinese way and is totally different from the Western carrot cake. The carrot cake here is fried with egg and served with chili sauce. Ah Hock Fried Hokkien is also another must try food in Chomp Chomp Food Centre, The noodles are fried with broth that is a combination of pork bones and prawns for hours, then serve with their homemade chili sauce. Do expect at least 45 minutes before you get to enjoy your plate of Hokkien Mee. The next must try item is the Chong Pang Chicken Wings from stall 28. The BBQ chicken wings are marinated in a secret recipe before grilled. Each of the grilled wings are juicy and tender, and will definitely leave you wanting for more.

There are a lot more to offer in Chomp Chomp Food Centre. Do visit yourself to find out more of the goodness offered there. Plus point - most of the stalls here operate till late at night. So this is definitely a great supper hangout place.

6. Ice Edge Café

Ice Edge Café is a café cum restaurant and has been around for quite some time. Are you a gelato lover? Do check out Ice Edge Café if you are having a gelato craving. Apart from gelato, Ice Edge Café is also serving salads, pizzas, pastas and etcetera. Dishes served here are generously portioned and wallet friendly too. Dessert lovers and durian lovers will absolutely love the legendary Mao Shan Wang Lava Cake, brownies and waffles.

In conclusion, Serangoon is a great neighbourhood to live in. Not only you get to visit some family friendly places with your loved ones, you get to enjoy many good food as well.


It's my first time hear about this place... As mention above this place very suitable for family activities... Let's go to Serangoon... 

Ini Jawapan Kenapa Jarang Dapat Job

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Job atau kerja... Semua orang nak. . Tapi tak semua orang dapat.

Bagi seorang blogger job review salah satu rezeki yang sangat dinantikan... Tapi adakalanya.   Tak semua dapat.


Dan bagi yang belum dapat atau tak dapat job atau sebarang kerja walaupun dah berusaha... Ini jawapannya ..


Ini Jawapan Kenapa Jarang Dapat Job

Rezeki dari Allah


Jawapannya ..

Rezeki itu dari Allah...

Itulah jawapan yang selayaknya... Rezeki itu bukan dari makhluk.. Tapi Allah Yang pegang... 

Yang penting kita teruskan usaha dan tingkatkan tawakal setinggi burung. 

Ini bukan khas untuk Blogger je.. Tapi kepada semua yang sedang usaha mencari rezeki dan kerja... 

Usah terlalu memikirkan bab rezeki kerana Allah dah aturkan sebaiknya untuk kita. 

Syukur dengan rezeki yang telah kita dapat dan nikmati... Insha Allah.. Akan bertambah nikmat yang lain.. Insha Allah... 

Yang penting syukur dan redha.. Pasti akan ada nikmat Allah akan gantikan... 😊😊😊

Februari 17, 2019

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni | Make-up dan wanita tak dapat dipisahkan. Walaupun paling ringkas... Dengan hanya berbedak tipis dan dioles dengan lips balm... Itulah makeup. Mak MF yang dah berusia tu pun tetap oleskan bedak kalau nak jenjalan keluar makan kenduri tau. Lagikan kita yang muda ni.


MF biasanya make up biasa-biasa je... Cukup dengan bedak dan lipstick je... Sesekali tu kadang teringin juga nak cuba make up stuff yang lain..


Tengok orang try macam-macam kan.. Haha.. Nak ikut trend la juga...

Dalam dok tengok Althea... (Satu-satu apps khas untuk kecantikan diri MF install kat phone), Sekali Althea pun ada juga make up stuff yang nampak cantik dan menarik untuk dicuba...


Bila dapat je kotak pink... Memang excited betul nak cuba...

Apa yang Terdapat di Dalam Althea Makeup Box?


althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Makeup Box

Terdapat 4 jenis makeup yang terdapat di dalam Althea Makeup Box ini iaitu :

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

1. Althea Flawless Creamy Concealer 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Flawless Creamy Concealer

MF tak pernah guna concealer ni, kira Althea Concealer ni pertama kali lah cuba dalam hidup. Pertama kali cuba... terus rasa jatuh cinta sebab ia tidak berapa melekit... Lembut pada kulit & terus flawless muka hokay! Nak guna dan apply pada muka pun senang sangat! Packaging pun comel dan kecil je... Senang nak sumbat dalam beg Makeup.

Ada 4 variasi warna iaitu mocha, honey, ginger & vanilla. Mudah dah nak cover yang mana patut dan buat shading pada hidung dan pipi...

2. Althea Watercolor Cream Tint 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Watercolor Cream Tint


Althea Watercolor Cream Tint ni berbau wangi, sampaikan rasa macam makan je... dan sangat senang digunakan. MF suka Cream Tint Althea ni sebab ia long lasting, tapi bukanlah waterproof... Senang je nak bersihkan kalau nak ambil wuduk. Kalau nak nampak berkilat terus sapu je pada bibir. Kalau nak nampak macam natural, lepas sapu cream tint ni terus dap dap sikit dengan tisu. MF suka nampak natural... Tapi still color dia tak berubah.. Terus nampak natural tau. Semua color MF suka. Setiap hari pergi kerja tukar-tukar warna.. Ahakss...

3. Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea


Ada 8 warna pada Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL ni dan semuanya cantik-cantik. Ada glitter pink & gold yang menawan... Boleh campur dan match kan dengan pelbagai warna. Ada warna natural serta warna dark yang pasti nampak sweet dan cantik. Guna eye palette ni pun senang je. Terus 'melekat' pada kulit... Memang senang nak apply...

4. Althea Spotlight Eye Glitter 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Spotlight Eye Glitter

Ini kali pertama MF guna eye glitter. Senang je nak guna... Tapi paling penting mata rasa sejuk lepas pakai benda ni.. Haha...

Keseluruhannya... MF suka sangat dengan keempat-empat make up stuff dari Althea ni. Warna yang cantik... Senang nak apply... Bagi MF yang tak reti make up ni pun... Boleh guna. Cantik dan menjadi aje kata orang.

Berminat untuk mencuba Althea Makeup?

Boleh dapatkan Althea Makeup ini di << my.althea.kr >>. Best sebab semuanya murah-murah dan kualiti setanding jenama mahal... Memang puas hati...

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :

Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

12 Cara Untuk Jadikan Mental Kuat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dalam hidup ni bukan fizikal dan emosi je kena kuat... Mental pun kena kuat untuk hadapi cabaran hidup.

Ini Caranya untuk kuatkan  mental kita.



Februari 16, 2019

Malu Apa Bossku...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Malu Apa Bossku... | Trending kan ayat ni... "Malu apa bossku"... Hmm... Malu ni sebahagian daripada iman... Memang kena ada sifat malu dalam diri...

Tapi kalau dah kata...

 Malu Apa Bossku...



Jawapannya:

Jika Tidak Malu Berbuatlah Ikut Sukamu


حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ

Telah bercerita kepada kami Abu Mas'ud 'Uqbah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; "Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu".(HR Bukhari No: 3224) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Malu adalah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain.

2.  Rasa malu merupakan satu perkara yang diwariskan oleh para Nabi kepada manusia generasi demi generasi hingga kepada generasi umat Nabi Muhammad SAW. Di antara perkara yang didakwahkan oleh para Nabi terdahulu kepada umatnya adalah berakhlak malu.

3.  Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, (Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah sesukamu), kerana Allah pasti akan membalas perbuatan tersebut dengan yang setimpal. Firman Allah ta’ala:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (QS Fushilat : 40)

4.  Ibnu Qutaibah menyatakan: “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat sesukanya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”.

5. Orang yang TIDAK MALU akan melakukan perkara maksiat serta perbuatan yang dilarang Allah seperti meninggalkan perintah yang diwajibkan, terlibat dengan rasuah dan sebagainya.

6.  Orang yang memiliki sifat malu, tidak akan melakukan sesuatu sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala. 

7.  Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk.

Ayuh bersifat MALU. Moga MALU menjadi PENCEGAH daripada melakukan sesuatu yang dilarang.

Kredit: Telegram Channel

Februari 15, 2019

Tips Jaga Buah Pinggang


Nikmat Allah beri kena hargai sebaiknya... Salah satunya buah pinggang... 


Walaupun buah pinggang salah satu organ yang boleh diganti jika ada penderma tapi bukan senang. 


Jadi, sementara masih sihat elok ni kena jaga sebaiknya... 



Paling penting jaga pemakanan sihat untuk buah pinggang yang sihat. Gaya hidup sihat dan minum air kosong secukupnya. Itu antara tips yang mudah la yang MF tau...


Hargai apa yang ada kerana semuanya pinjaman semata-mata... 


#sayangibuahpinggang

Februari 14, 2019

Cantik Dengan Minyak Kelapa

Zaman dulu takde produk yang canggih untuk nak cantik...


Zaman mak dan nenek MF dulu... Salah satu bahan kecantikan yang digunakan ialah minyak kelapa dara. 


Alhamdulillah.. MF sendiri sempat melalui zaman untuk melihat proses penghasilan minyak kelapa melalui teknik masak santan. 


Dulu masak pun guna minyak kelapa.


Minyak kelapa memang banyak khasiatnya. Terutama untuk kecantikan wanita. 


Wanita yang nak cantik boleh amalkan dan gunakan minyak kelapa sebagai rutin kecantikan setiap hari. 



Memang mudah dan senang dengan minyak kelapa.. 


Opss.. Nampaknya minyak kelapa MF pun dah habis stok... Nak kena restock semula la nampaknya. 


Nanti kita jengah Shopee aje.. Hihi... Bagus ada minyak kelapa kat rumah... Untuk kecantikan dan kesihatan... Insha Allah... 


Cantik dengan bahan semula jadi ni memang Best cuma kesannya lambat.. Tapi tak mudah nak ada kesan sampingan yang memudaratkan... Insha Allah... 

4 Ciri Ilmu Yang Bermanfaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Ciri Ilmu Yang Bermanfaat | Ilmu di dunia ni luas. Segala perkara yang kita pelajari ada hukum dan manfaatnya.

Belajar memasak perlu juga ilmu... Ilmu menjahit, ilmu bersolek, ilmu melukis, ilmu ambil gambar, ilmu berblog, ilmu berniaga... Eh.. Banyaklah ilmu kalau nak kira.. Tak kiralah.

Bahkan ada juga ilmu yang menjurus kepada kejahatan. Pun ilmu juga.

Namun, ada ilmu.. Ianya baik tapi boleh tak baik. Ilmu halal tapi boleh jadi haram.

ILMU kat dunia kalau boleh semua kita nak kuasai. Tapi adakah ilmu yang kita pelajari ni memberi manfaat kepada kita?

Nak tau ilmu tu bermanfaat ke tak.. Lihat 4 ciri ini.


4 Ciri Ilmu Yang Bermanfaat

Ilmu yang bermanfaat itu adalah ;

Ilmu yang menyebabkan kita takut dan lebih dekat kepada Allah SWT. Lebih banyak ilmu, maka akan lebih banyak rasa takut kita kepada Allah SWT.
.
Ilmu yang menjadikan kita lebih mengutamakan kehidupan kekal akhirat berbanding kehidupan sementara dunia. Segala tingkah laku di dunia, ditimbang tara melalui neraca ilmu agar menghasilkan kejayaan di akhirat (syurga).
.
Ilmu yang menyebabkan kita bertambah takut kepada azab api neraka Allah SWT lalu berusaha menghindarkan diri daripada melakukan kederhakaan kepadaNya.
.
Ilmu yang menjadikan kita tidak haloba dan tidak juga mencintai dunia yang fana ini. Dengan ilmulah kita mampu mendepani tipu daya dunia.
.
Maka bagi mereka yang mencari ilmu dan istiqomah dalam mencarinya, sentiasalah bermuhasabah diri apakah ilmu ilmu yang kita perolehi memberikan manfaat kepada kita ataupun sebaliknya. Wallahu'alam.
.
Kredit : AkhiAdifGorment via Telegram Channel

Februari 13, 2019

Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon | Sekarang ni tengah musim panas... Kebanyakan tempat memang alami panas membahang hingga ke malam.

Sekarang ni memang kat rumah pasang air-cond siang malam... Huii... Panasnnya... Allahu... Baru panas dunia kan.


Pihak kementerian pun dah mula ingatkan rakyat Malaysia supaya kurangkan aktiviti luar dan banyakkan buat aktiviti dalaman yang tak terdedah dengan matahari yang lama.


Dan tak lupa... kena banyak minum air... Selain untuk kurus, air memang penting untuk pastikan badan kita tak alami hydration... Susah nanti...


MF antara orang yang susah nak minum air dengan jumlah yang konsisten. Rasa haus baru minum. Lepas makan sesuatu baru minum. Kadang bila buat kerja, ralit sikit... dah tak minum air dah.

Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

So, satu hari MF saja godek phone, ada aplikasi untuk pastikan kita minum air dengan konsisten.

Wahh.. memang terbaiklah...

Cari je aplikasi Drink Water Reminder... Banyak je keluar kan phone kita tu... Saiznya pun takde sampai puluhan MB pun...


MF download dan cuba patuhi... ye la.. masa kita banyak dengan phone... secara tak langsung, bila ada reminder ada yang ingatkan kita untuk minum air.


Dulu pernah guna pelbagai formula yang orang kongsikan untuk minum air dengan cukup setiap hari... Tapi yang ni dengan guna Aplikasi Drink Water Reminder ni lebih mudah kot.

Cara minum air cukup setiap hari
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

Aplikasi Drink Water Reminder

Aplikasi ni akan kira jumlah air yang paling minimum yang diperlukan oleh badan kita mengikut jantina, dan berat badan kita.

cara nak minum air banyak
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

Macam MF, dengan berat yang MF letakkan... Jumlah air paling minimum MF kena minum setiap hari dari mula bangun tidur hingga tidur semula... adalah lebih kurang 1.5 liter. JIka lebih itu lebih baik.


cara nak minum air banyak
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

Bestnya, MF set untuk sekali minum hanya 100ml.. kira macam seteguk je... sikit je... Jadi, tak rasa beban nak telan air bergelen-gelen dalam satu masa.


Ada juga apps lain... tapi fungsinya lebih kurang sama juga... ikutlah yang mana korang rasa nak guna. Tapi bagi MF sangat membantu MF minum air cukup setiap hari...

Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

Dan bestnya apps ni juga boleh track pencapaian kita setiap hari... dan ini menjadi kita bersemangat nak capai target yang kita nak.

Jangan Dengki Dengan Rezeki Orang Lain


Rezeki tu Allah dah tentukan.. Yakin itu.. Pegang itu bagi yang mencari rezeki... 


Tak perlu nak iri hati dan dengki dengan rezeki orang. 


Nak naikkan rezeki sendiri tak perlu nak kena jatuhkan pihak atau rezeki orang lain. Bersaing secara sihat.. Kerana rezeki itu ketentuan Allah... 

Februari 12, 2019

Renovate Plakat Rumah Sukan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah sukan sekolah... Alhamdulillah.. Dah selesai dah untuk tahun ini...


Walaupun kelam kabut... Tapi dapat juga lah buat seringkas tapi meriah untuk kami warga sekolah.


Dalam masa sehari... Nak betulkan balik semua aset rumah sukan... Masing-masing perah idea last minit...

Tugas MF nak siapkan signboard Nama rumah sukan.

Wahh... Mana nak dapat idea last minute ni kan.. Tapi bagitau suami je dulu...

Bawa balik rumah... Sebab tau suami kreatif bab macam ni...

Hiasan signboard rumah sukan
Sebelum

Elok je bawa balik... Dia terus je design dan cadangkan untuk buat dan hias guna sticker. Biasalah tauke sticker kan...

MF terus je la serah kat suami buat....

Alhamdulillah... Tak sampai 1 jam.. Siap dia buat...
Hiasan kat tepi tu pun idea dia juga... Guna kain perca je...


Signboard rumah sukan
Selepas


Asalnya nak buat guna kain.. Tak jadi.. Sebab hiasan simple macam ni dah cukup cantik bagi MF... Jelas dan nampak dari jauh...

Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan...

Renovate design plakat untuk signboard rumah sukan berjaya.

Sekian.