بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Syoknya Travel dengan Scoot Promo! | Siapa kat sini suka travel atau jenjalan? Sila angkat keyboard...hehe... Dengar sini, wahai travellers sekalian! MF ada berita baik untuk korang. Nope, bukan pasal giveaway ke ape, ni pasal benda yang kite semua suka: travelling!
Okay, MF baru dengar khabar angin yang Scoot promo bakal menggila terutama sekali dengan matta fair yang bakal berlangsung nanti. Hah, ape lagi? Kite kene start korek duit tabung untuk plan short vacation akan datang ni!
Syoknya Travel dengan Scoot Promo!
Apa Tu Scoot Promo?
Eh, jap, korang tak familiar dengan Scoot? Serius la? Okay, takpa-takpa, biar MF tolong terangkan dekat korang siapa Scoot ni sebenarnya.So basically, Scoot ni syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di bawah Singapore Airlines. Boleh dikatakan kiranya Scoot ni anak Singapore Airlines la. Cuba korang bayangkan, Scoot ni dah la murah to begin with, nanti bila matta fair and promo yang pelbagai, confirm bertambah-tambah murah jadinya. Anyways, mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang menarik sangat tentang Scoot nih?
Yang Menarik Tentang Scoot Promo
Untuk permulaan, Scoot menawarkan laluan penerbangan yang sangat luas. Sama ada korang nak pergi domestik atau antarabangsa, Scoot memang ada untuk bawa korang ke sana. Katakan korang nak cari flights to Hong Kong, korang tak perlu cari jauh sebab Scoot ada offer route tu.Cara Dapatkan Tiket Scoot
Dekat mana korang nak cari tiket Scoot? Literally, anywhere! Okay, kalau korang baru first time nak berjinak-jinak dengan travelling, korang boleh pilih antara dua kaedah ni untuk dapatkan tiket korang. Korang boleh pergi ke kaunter tiket dan beli sendiri atau korang boleh beli secara online. Dua-dua cara ada pro dan kontra dia.Kalau korang ke kaunter tiket, korang tak perlu susah-susah isi semua maklumat korang. Korang mungkin risau takut-takut korang tersalah isi ke apa, jadi, dengan adanya staf airline untuk buat semua proses pengisian maklumat lebih mudah untuk korang. Lagipun kepada yang beli tiket dekat kaunter ni boleh dikatakan kadang-kadang harga dia lebih mahal daripada beli online.
Kalau borang beli online, dekat situlah kadang-kadang macam-macam promo korang boleh jumpa. Bila beli tiket online ni korang kena banyak buat research sikit untuk bandingkan harga and stuff. Jadi, itu yang menjadikan kaedah beli online ni agak leceh sikit.
Kelebihan Scoot
Dengan Scoot airlines, korang boleh menikmati airport lounge mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Di situ, korang bukan sahaja boleh berehat sementara menunggu penerbangan korang, malah, korang boleh menikmati hiburan yang tersedia, menjamu selera dan bekerja kerana di ruang istirahat yang disediakan, korang akan ada ruang bekerja tanpa gangguan.
Selain daripada itu, Scoot punya in flight facilities juga menjanjikan penerbangan yang selesa. Sebelum penerbangan, korang akan disambut dengan layanan mesra flight attendant mereka. Who doesn’t like a warm welcome, right?
Tempat duduk yang terdapat juga sangat selesa beserta ruang letak kaki yang luas. Korang tak akan rasa terhimpit apabila menaiki penerbangan Scoot. Jika korang travel dengan anak-anak, then, mereka mempunyai ruang yang luas untuk bermain-main di tempat duduk mereka sendiri tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Mari kita cakap pasal makanan pula. Menu yang disediakan boleh dikatakan pelbagai. Begitu juga dengan minuman, korang boleh pilih jenis minuman yang korang nak.
Walaupun Scoot merupakan sebuah syarikat penerbangan kos rendah, tapi bagi MF, perkhidmatan yang mereka sediakan boleh dikatakan setanding juga dengan syarikat penerbangan kelas atasan. Perjalanan korang pasti selesa dan bermakna apabila korang fly nanti. Korang ada cerita menarik tentang Scoot atau percutian korang yang korang nak kongsikan bersama? Jangan segan dan comment ya!
MF pun memang teruja bila cerita pasal scoot ni... Memang serius teruja... hmm... next cuti sekolah tengah tengok kalender dah... nak travel mana dengan scoot promo ni... siapa tak nak kan...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ