Bihun Goreng Tom Yam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bihun Goreng Tom Yam | Bihun goreng biasa rasa boring pula nak makan... Sesekali buat kelainan.. Buat perisa lain... Bihun goreng tomyam.


Mula terjebak dengan bihun ni sejak dapat masa tukar-tukar menu dengan jiran masa bulan puasa tahun lepas. Teringatkan bihun goreng tomyam dia sedap... Tu yang terus nak buat, kebetulan bahan pun ada.

Mudah je nak buat bihun goreng tom yam ni... Sama macam kita buat tomyam juga cuma kita gantikan dengan bihun dan kurangkan kuahnya.

Yang MF buat ni memang cukup simple je bahannya sebab letak udang je... Haha.. Ayam pun tak letak... Cuma letak kiub pati ayam untuk rasakan ayam tu.

Bihun Goreng Tom Yam

Bihun Goreng Tom Yam

OK.. Bahan untuk buat bihun goreng tomyam

Bahan-bahannya 


  • Bihun yang direndam dengan air suam (untuk lembutkan bihun)
  • Serai
  • Bawang besar (hiris wedges) 
  • Bawang putih (diketuk) 
  • Daun limau purut
  • Cili padi (diketuk) 
  • Cili giling
  • Pes tomyam
  • Bahan-bahan lain seperti udang, isi ayam, sotong atau daging... Terpulang kepada citarasa masing-masing.
  • Lobak merah 
  • Garam dan gula sebagai perasa. 


Cara memasaknya


  1. Tumiskan bawang, cili dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan pes tomyam dan masukkan sikit air jika kering sangat. 
  3. Masukkan bahan-bahan lain serta lobak merah. Masak hingga lobak merah sedikit empuk.
  4. Masukkan sikit air jika terlalu kering. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula. 
  6. Kemudian masukkan bihun dan daun limau purut dan kaup balik hingga rata.
  7. Masak hingga bihun lembut. Jika kurang lembut, masukkan air suam dan gaul hingga rata. 
  8. Siap untuk dihidang. 



Mudah je nak masak. Bahan pun senang... Rasanya masam-masam pedas gitu.

Sedap untuk menu minum petang atau sarapan. Sesekali ubah rasa bihun goreng biasa kan... 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. woww menarik menu ni. selalu biasa dengar nasi goreng tom yam je. boleh cuba nanti resepi ni. :)
    jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/02/when-you-feel-give-up.html

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^