بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Mudahnya Buat Ayam Goreng Tepung Sedap Dengan Tepung Goreng Bestari | Sebelum ni tak pernah tau pasal tepung goreng ayam.
Yang pernah guna dan masak guna tepung goreng biasa. Tapi penangan group Masak Apa Hari Ini kat Facebook tu segala macam resepi dan bahan masak boleh tau.
Jika sebelum ni nak buat ayam goreng tepung yang sedap macam leceh kan.. Nak kena tumbuk bawang putih, letak rempah dan macam-macam bahan lain.
Tapi sejak kenal Tepung Goreng Bestari tu... Macam Best pula..
Macam-macam benda makan dah try guna sebagai saluran untuk dapatkan rasa yang lain dari yang lain.
Sebelum ni guna cendawan enoki je... Tapi semalam bosan tak tau nak masak apa... MF saja je guna lebihan tepung tu untuk buat ayam goreng tepung.
Mudahnya Buat Ayam Goreng Tepung Sedap Dengan Tepung Goreng Bestari
Memang senang... Cuma masukkan tepung dan sedikit air... Gaul dengan ayam dan perap je dalam 15 ke 20 minit sebelum digoreng.Tak perlu nak tambah garam ke, perisa ke...sebab semua dah cukup rasa dah dalam tepung tu.
Lepas perap terus je goreng... Masak hingga Garing dan angkat.
Memang menjadi dan masak elok. Cukup rasa.
Memang mudah betullah.
Bagus jenama ni... Sekarang ni garam dan kunyit pun MF dah beralih ke jenama ni dah.. Kunyit dia memang original kuning. Takde bahan pewarna..
Setakat ni MF pernah salut kentang, roti dan cendawan guna tepung goreng bestari ni.. Memang rasa lain dan sedap.
Bagi yang tak pernah cuba... Boleh cuba.. Memang menyenangkan kerja memasak di dapur..
ok..nak cuba,terus lapar tgok ayam goreng
BalasPadamMak saya pun suka pakai bestari ni kalau nak masak ayam celup tepung. saya masih lagi gune menthod lama, celup dalam tepung gandum + tepung jagung, celup dalam telur dan celup dalam tepung lagi sekali
BalasPadamKat rumah kami memang sentiasa ada stok tepung bestari, tapi yang tak pedas la. Kalau anak buah balik suka goreng ayam atau buat popcorn chicken. Sodap ala-ala kepci 😁
BalasPadamsaya pun pakai bestari yang plastik oren tu best!
BalasPadam