11/2018 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

November 30, 2018

Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit | Buncit satu igauan ngeri bagi wanita. Bagi lelaki, sesetengahnya Nampak seksi.

Tapi kalau perempuan… euwww… buruk rupa… Memang kalau boleh nak sorok sebaiknya.

Cara terbaik nak kuruskan perut adalah senaman secara berkala… Tapia da juga boleh diusaha dengan makan, makanan tertentu untuk kuruskan perut buncit.


Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

1. Tembikai

Tembikai terdiri daripada 91 peratus air. Ini boleh menjadi makanan pembuka selera yang baik. Makan tembikai menjadikan kita kenyang dengan cepat tanpa mengambil sejumlah besar kalori.
American Dietetic Association mendedahkan bahawa tembikai adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut.
Selain itu, tembikai juga menjadikan kita kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi sebab buah ni banyak air.
Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, potasium, dan magnesium. Jadi, tembikai adalah satu buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

2. Badam

Badam atau almond mengandungi sejumlah lemak yang sihat yang boleh membantu kita makan secara sederhana dan tak makan  terlalu banyak.
Satu kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah membuktikan bahawa makan badam boleh menahan kelaparan.
Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot.
Badam juga katanya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dan lagi, badam mempunyai kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

3. Daun Saderi

Sebut saderi teringat kartun Wonder Pet… hehe…
Saderi adalah salah satu sayuran yang rendah kalori.
Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan.
Kalau tak suka daun saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus. Jus daun saderi sangat bagus, terutama sebelum makan tengahari atau makan malam. Tapi MF pilih makan dalam sup atau buat sayur campur… wangi dan sedap…

4. Timun

Timun adalah makanan rendah kalori yang disukai ramai orang.
Setiap 100 gram timun mengandungi kira-kira 96 peratus air dan hanya mempunyai 45 kalori.
Dikatakan makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat yang berkesan untuk membersihkan racun berbahaya dalam tubuh badan. Kira macam detox la kan…
Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan dan secara tidak langsung adalah baik untuk mengurangkan berat badan.

5. Tomato

Tomato yang masak dan mentah baik untuk dimakan setiap hari.
Tomato mengandungi sedikit kalori, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut.
Antioksidan kuat yang dipanggil lycopene yang dimiliki oleh tomato juga mempunyai pelbagai manfaat tambahan iaitu mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

6. Alvakado

Alvakado kaya dengan serat yang mampu membantu kenyang lebih lama.
Buah ini merupakan sumber dari asam amino bernama lecithin yang berguna untuk mengendalikan berat badan.
Alvakado juga mengandungi lemak yang sihat, sehingga mampu meningkatkan proses pembakaran lemak perut.
Dan lagi buah ini mempunyai khasiat anti penuaan awal, anti kulat, dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Tapi buah ni boleh tahan juga mahal kalau nak amal selalu…

7. Epal

Epal mempunyai limpah serat, flavonoid, fitosterol, dan beta-Karoten, yang akan menjadikan perut terasa kenyang.
 Satu kajian di Brazil, seseorang yang makan tiga biji epal atau lebih setiap hari beratnya berkurangan berbanding yang tidak.
Serat pektin dalam epal dikenali berguna untuk menurunkan berat badan. Malah, pektin ini dapat mengurangkan risiko terkena kanser usus besar.

8. Nenas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang mempunyai keupayaan anti-radang. Enzim yang memetabolisma protein berkaitan secara langsung dengan saiz ukuran perut.
Penyelidikan di University of Maryland mendedahkan keupayaan anti-bakteria pada bromelain membantu melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
Dan, ia sangat berkesan untuk menyembuhkan gangguan usus. Oleh itu, saiz perut boleh menjadi lebih kecil kerana perut kita bebas dari aduan perut kembung.

8 jenis makanan ni biasa-biasa je… tapi khasiatnya luar biasa..

Lepas ni boleh la penuhkan peti sejuk dengan makanan ini selalu…
Tapi ingat, makan makan juga, tapi senaman tetap kena buat… baru lah dapat kesan yang lebih maksima…

Semoga bermanfaat…


Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan | Seram tengok zaman sekarang, orang berlumba nak jadi kaya raya.

Masa belum kaya... niat semua suci murni... Tapi bila dah kaya... orang miskin dipandang sipi...

Itulah realiti...

Islam tidak melarang kita jadi kaya... Tapi andai kekayaan kita tu menjadikan kita jadi hamba kepada kekayaan kita, lebih baik hidup sederhana.





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2.  Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3.  Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4.  Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.


Boleh jadi kaya, tapi jangan terlalu mengejar kekayaan hingga lupa Allah...

Tanda kita ni dah jadi hamba duit:
1. Siang malam kejar duit, cari rezeki katanya hingga lupa anak bini.
2. Tidak bersosial dengan orang sebab kerja
3. Tak cukup gaji yang ada buat parttime pula.
4. Hati jadi keras bila bab duit.
5. Tak kisah halal haram asalkan duit.
6. Habiskan duit untuk dunia bukan untuk akhirat.
7. Bermegah dengan duit dan kekayaan untuk dapat nama dan pujian.

Check lah diri sendiri kot kita dah jadi hamba duit...

Tak salah kaya dan berduit, asalkan fikirkan sumber dan ke mana nak salurkan duit bila kita ada duit.

Nak sedekah tak perlu tunggu kaya...
sebab kalau nak kaya, bersedekahlah...

Dah kaya jangan lupa zakat;
kerana itulah punca rezeki kita jadi berkat.

November 28, 2018

Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3 | Drama bersiri yang lain dari yang lain di Slot Zehra.

Slot Zehra bertemakan drama Islamik, tapi kali ni sungguh lain dramanya sebab kisah yang penuh pengajaran tentang kehidupan.

Drama bersiri MENCARI QIBLAT ada sedikit kelainan...


Mencari qiblat
Sumber: Google images 

SINOPSIS MENCARI QIBLAT


Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod.

Adam lakonan Aeril Zafrel ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan.

Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhirnya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Adam merantau dari satu tempat ke satu tempat... Menjadi musafir yang menumpang teduh di sebuah rumah atau keluarga yang agak susah.

Setiap keluarga yang dia singgah ada cerita dan pengajaran tentang kehidupan yang kita boleh jadikan tauladan.

Setiap episod ada jalan cerita yang berbeza...

Dan memang seronok serta sangat bermotivasi drama ni...

Bagus untuk segenap lapisan umur... Terutama dalam kalangan remaja... Sebab banyak kisahnya berkisar tentang remaja..

Kisah anak kepada ibu bapa... Ibu bapa kepada anak...

Menyentuh tentang kasih sayang, solat dan kewajipan berkeluarga.

Ajaklah anak-anak tonton drama sebegini... Banyak sangat pengajarannya. 

Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak Yang Mungkin Kita Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak | Arak, semua orang tahu haram.

Tapi zaman sekarang, arak kadang dijual secara berleluasa...

Ada juga digunakan dalam makanan.

Jadi, kena hati-hati...

Nama Alkohol Kategori Arak

Hati-hati, Ini 45 Nama Alkohol Kategori Arak 

Istilah-istilah Bagi Alcoholic Beverages & Bahan Ramuan Makanan Mengandungi Alkohol Dalam Kategori ARAK..

1. Wine -
Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur

2. Beer/Ale -
Hasil fermentasi gandum atau barley

3. Wiski -
Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy -
Sejenis ark yang dihasilkan hasil penyulingan wine

5. Cocktail -
Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

6. Rum -
Hasil fermentasi tebu

7. Tuak -
Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

8. Mojito -
Cocktail yang dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

9. Spirits -
Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

10. Liquor -
Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

11. Pinacolada -
Sejenis cocktail berasaskan  jus nenas yang mengandungi rum.

12. Gin -
Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'

13. Bitters -
Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.

14. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar -
merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.

15. Tequila -
Minuman beralkohol yang dihasilkan daripada 'blue agave plant'

16. Margarita -
Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.

17.Champagne -
Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

18. Sake -
Hasil fermentasi beras.

19. Mirin -
Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

20. Todi -
Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

21. Scotch -
Sejenis wisky dihasilkan di Scotland

22. Amaretto -
Arak Itali berperisa Kacang Badam

23. Calvados -
Apple brandy

24. Chambord -
Black raspberry liqueur

25. Claret -
Light red wine or Bordeaux.

26. Cognac-
Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.

27. Cointreau -
French, orange-flavored liqueur.

28. Curacao -
Liqueur made from bitter Seville oranges.

29. Creme de menthe -
Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Comes both clear and green.

30. Framboise -
French raspberry liqueur.

31. Frangelico -
Italian hazelnut liqueur.

32. Galliano -
Golden Italian anise liqueur.

33. Grand Marnier -
French liqueur, orange-flavored.

34. Grappa -
Italian grape brandy.

35. Grenadine -
Pomegranate syrup, sometimes alcoholic.

36. Hard Cider -
Fermented, alcoholic cider.

37. Kahlua -
Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.

38. Kirsch (Kirchwasser) -
Colorless liqueur made of cherries.

39. Red Burgundy -
Dry French wine.

40. Schnapps -
Flavored, colorless liquor.

41. Sherry -
Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.

42. Southern Comfort -
Bourbon mixed with peach liqueur.

43. Triple Sec -
Orang-flavored liqueur.

44. Vermouth -
Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.

45. White Burgundy -
Dry French wine.

#BiarTahu
#JanganKeliru
#SemakSebelumSebar

sumber: Hub Halal JAKIM

November 27, 2018

Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat | Semalam pergi ke klinik, check up anak bongsu dah genap setahun... kejap masa berlalu...

Seperti yang dijangka... selepas ambil ukuran tinggi dan timbang berat...


Tinggi naik 1cm...
Berat naik 0.02kg...

Nak kata tak makan... Ntah la... makan je...
Susu pun kuat...
Tapi nangis dan main sama kuat juga...

Apa pun... walaupun anak MF kurus dan border line kuning je kat carta graf dia... dia masih sihat dan aktif...


Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat

Anak kurus tak semestinya kurang zat...

Sebab, saiz dan berat badan ni bergantung kepada genetik juga...

Jika anak korang kurus tapi ada 6 tanda ni, maknanya anak korang sihat dan cukup zat...
Cuma genetik yang menjadikan dia kurus.

1. Mata
Tetap bercahay, kelopak mata merah dan tidak pucat.

2. Kulit
Tidak pucat dan tegang pejal bila dipegang.

3. Mulut
Tak pucat

4. Kuku
Sihat dan kuat.. kalau kita picit tu berganti warna, jadi pink.

5. Rambut
Berkilau dan tidak kusam

6. Pergerakan
Lincah dan bersemangat.



Jadi, jangan risau sangat...

Masa kecik ni kadang halus mulus je badan...
Dah sekolah nanti... hah... naik mendadak kengkadang kan berat dia...

Asalkan dia makan, minum, cukup tidur dan ikut perkembangan dia... Alhamdulillah dah...

MF dan suami memang genetik kurus... suami MF berat dan BMI normal lepas kahwin... sebelum kahwin, bawah paras kurus... MF pun dapat BMI normal lepas anak 4... sebelum ni orang gelar tiang telepon je...

Jadi, relax je la anak kurus pun... bukan tak bagi makan... tapi terlebih-lebih makan...
dah spesis tak nak membesar kan... redha je la..

Keliru dengan Maksud Khalwat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keliru dengan Maksud Khalwat | Seperti maksud samak dan sertu yang selalu kita keliru, satu lagi pinjaman kata arab, iaitu Khalwat juga satu perkataan yang jadi orang keliru.


Kalau dalam masyarakat kita, sebut je khalwat... maksudnya buat maksiat...
Tapi istilah asal khalwat ini maksudnya bersendirian untuk beribadah kerana Allah...

Khalwat

Keliru dengan Maksud Khalwat

Berkhalwat merupakan kata terbitan daripada perkataan “khalwat” iaitu perkataan pinjaman daripada bahasa Arab “khalwah" kata nama infinitif khala, yakhlu secara literal menunjukkan mahu menyendiri. 
Dalam istilah Arab, ia menunjukkan kesunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan. Dalam bahasa Melayu, ia menyerupai amalan suluk/bersuluk.

Menurut Kamus Bahasa Melayu

Khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin (Zainal Abidin Safarwan t.th). Dengan itu dapat difahami bahawa dalam istilah Melayu berkhalwat merangkumi makna pasangan lelaki dan wanita (yang akil baligh yang harus berkahwin) yang menyendiri di tempat yang terpencil. 

Istilah khalwat telah didaftarkan sebagai satu istilah undang-undang yang merujuk kepada kesalahan jenayah syariah.


Jadi, sebenarnya khalwat ni satu ibadah, tapi yang kita faham khalwat ni maksiat...

Harap lepas ni faham tentang penggunaan istilah ni...

Ada dua maksud yang berbeza fahamannya...  
4 CARA BERSIHKAN HATI YANG KOTOR

4 CARA BERSIHKAN HATI YANG KOTOR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 CARA BERSIHKAN HATI YANG KOTOR | Syekh Ibnu Atha'illah dalam kitab Taj al-'Arus mengatakan: "Terdapat empat perkara yang dapat membantu menjernihkan  hati:

1) Banyak berzikir.
2) Banyak diam.
3) Banyak khalwat.
4) Mengurangi makan dan minum."

Menurut Dr. Muhammad Najdat, sebenarnya Syekh Ibnu Atha'illah mengenalkan kita bagaimana membersihkan dan membeningkan hati.


4 CARA BERSIHKAN HATI YANG KOTOR

1) Banyak berzikir.

Pertama, zikir kepada Allah akan membersihkan hati dari kesesatan dari kebergantungan kepada selain Dia.

Hati yang biasa dan mudah berzikir adalah hati yang mengenali iman, mengenal nikmat ibadah, merasakan manisnya ketaatan, dan memiliki rasa takut kepada Allah.

Hati yang selalu mengingat Allah akan bergetar ketika mendengar nama-Nya disebut,  hati pun semakin lembut dan bersih dari kotoran.

‎للَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

Allah SWT berfirman,:

"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya." (QS Az-Zumar (39): 23)

Orang yang berzikir mengingat Allah dengan lisannya tidak disebut berzikir jika hatinya tidak ikut berzikir. Hati harus menjadi sumber zikir untuk lisan dan bagian tubuh lainnya.

2) Banyak diam.

Kedua, memperbanyak diam. Tergelincirnya lisan akibat terlalu banyak berbicara dapat berakibat buruk bagi dirinya dan orang lain. Diam adalah emas. Di dalamnya terkandung hikmah yang sangat dalam.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah mengatakan yang baik atau diam."

Imam Syafii r.a. mengatakan:
Mereka bertanya, "Mengapa kau diam saja saat kau dicaci."

Maka kukatakan padanya:
"Menjawab adalah kunci pintu keburukan. Sedangkan diam di depan orang bodoh adalah kemuliaan. Di dalamnya juga terdapat upaya menjaga kehormatan. Bukankah singa ditakuti meskipun dalam keadaan diam. Sedangkan anjing tak diendahkan, meskipun terus menyalak."

3) Banyak khalwat.

Ketiga, memperbanyak khalwat atau menyendiri. Dalam khalwat kita merenung dan terus berhubungan dengan realiti yang lebih tinggi dan membersihkan hati dari kotoran dunia. Merasa lemah dan tak berdaya, serta merasa hanya Allah-lah satu-satunya tempat bergantung. Hatinya hanya dipenuhi tasbih, takbir, tahlil, serta selawat Nabi.

4) Mengurangi makan dan minum.

Keempat, mengurangi makan dan minum atau dengan memperbanyak puasa sunnah. Dengan begitu kita mematahkan hasrat hawa nafsu, dan melunakkan hati yang keras. Dengan mengurangi makan dan minum sebenarnya kita belajar mengendalikan nafsu badani, mengawal emosi, belajar qanaah dan zuhud.

Imam Al-Ghazali rahimahullah menjelaskan bahwa rasa lapar akan membersihkan hati, membangkitkan tekad, dan menajamkan mata hati. Sebaliknya, rasa kenyang dapat melahirkan ketumpulan dan membutakan hati, dan mengganggu fikiran.

Menurut beliau, rasa lapar juga dapat menghaluskan hati  dan menjernihkannya, sebab hanya dengan hati yang dapat meraih nikmatnya ketaatan, merasakan manfaat dzikir dan nikmatnya bermunajat kepada Allah SWT.

---Disarikan dari Kitab Taj Al-'Arus karya Syekh Ibnu Atha'illah, dengan syarah Dr. Muhammad Najdat.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

November 26, 2018

Jatuh Cinta Dengan Minyak Rambut Safi Shayla

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jatuh Cinta Dengan Minyak Rambut Safi Shayla | Lepas beranak empat, dan usia makin bertambah... Macam-macam karena badan nak kena repair...

Salah satunya... Rambut... 

Perempuan lepas beranak tak lepas dari hadapi rambut gugur dan rosak. 

Tambah dengan stress dan tak cukup rehat dan tidur... Buatkan rambut rosak. 
Dengan makan yang tak dijaga lagi kan... 
Memang jenuh la nak repair rambut rosak. 

Macam-macam syampu juga lah guna... 

Dan akhir sekali... Lepas baca tips untuk jaga rambut walaupun bertudung... 
Bertekad nak cari  syampu yang lengkap dengan perapi dan serum rambut... 
Tak nak campur-campur Jenama lagi...

Lepas belek punya belek, study satu-satu akhirnya MF nampak Safi Shayla yang ada lengkap rangkaian penjagaan rambut.

MF kembali dengan syampu Safi Shayla... 
Bay memang senang... 

Biasa pakai syampu je... Kali ni tambah lagi satu produk... Minyak rambut... 

Macam Best je.. Cuba lah beli kan.. 


Pertama kali pakai....tak sangka suami puji.. 

Sebab utama dia.. Bau dia memang wangi... Dan memang je rambut... 

Dah.. Semua anak-anak perempuan MF sapu minyak ni lepas mandi.

MF cuba pakai waktu malam... Esok pagi baru bilas... 

Sekali lagi... Buatkan MF terus jatuh cinta dengan Minyak Rambut Safi Shayla ni...

Rambut jadi lembut dan senang diurus... Takde lagi tersekat di skala 6... 

Memang best lah..  Rugi plak dulu tak try kan... 

Lepas ni nak beli serum dan juga perapi... Barulah lengkap... 

Harap dapat kembalikan rambut yang macam dalam iklan syampu tu kan.. 

Apa pun.. Nampak juga la perubahan.. 2 kaki rambut dah makin kurang gugur.. 
Alhamdulillah...

Bagi yang belum cuba, boleh cuba... Best pakai... Bau wangi dan tak melekit walaupun namanya minyak... Cepat serap... 

Insha Allah... Best... 

MOTIVASI | REZEKI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MOTIVASI | REZEKI


Mengapa ramai dikalangan sahabat hari ini yang mengalami masalah kewangan ( rezeki).

Punca utama ialah tidak memahami konsep asas rezeki.

Bila kita bercerita tentang rezeki sudah pasti ianya termasuk duit, kesihatan, boleh bernafas, kasih sayang, kebahagiaan dan lain-lain lagi.
Namun sudah pastinya fokus ramai diantara kita ialah duit.

Tentu kita pernah dengar atau terbaca di mana-mana.
Bila kita kejar dunia, dunia akan lari dan apabila kita mengejar akhirat dunia akan mengikuti kita.

Adakah kita terfikir kenapa kita sukar untuk mendapatkan duit ?
Kerana duit itu adalah sesuatu yang berada di dunia ini.


Jadi jika kita kata perlu kejar duit untuk hidup kaya atau bahagia ianya adalah satu konsep yang salah dan berlawanan dengan konsep kehidupan yang sebenar.

Mungkin benar kita akan dapat duit tersebut tetapi kita pasti kepenatan kerana kita pasti akan kehilangan sesuatu yang lain.
Atau mungkin kita sudah perolehi duit tersebut namun akhirnya hilang dan hanya bersama kita untuk seketika.

Kita andaikan duit itu umpama rama-rama.
Selama ini kita diajar untuk kita menangkap rama-rama tersebut kita perlu menyediakan jaring, dan seterusnya kita perlu mengejar rama-rama tersebut.

Kebarangkalian hasil yang diperolehi ialah pertama, kita gagal untuk mendapatkan rama-rama tersebut dan kedua, kita dapat menangkap rama-rama tersebut tetapi mungkin rama-rama tersebut akan terbang semula apabila dapat melepaskan diri dari jaring.

Tetapi bagaimana sekiranya kita menggunakan konsep yang berbeza.
Kita sediakan sebuah taman yang penuh dengan bunga, sudah pasti rama-rama tersebut akan datang ke taman yang kita bina malah rasanya bukan sekadar seekor tetapi mungkin ianya mengundang lebih banyak rama-rama lagi.

Begitu juga dengan konsep rezeki, taman yang kita maksudkan itu ialah hati atau jiwa kita.
Sekiranya hati kita positif , tenang dan bahagia rezeki itu sendiri yang akan datang kepada kita.
Yang menjadi penghalang ialah kita memiliki hati yang tidak bahagia, penuh dengan kemarahan, kekecewaan dan sentiasa berfikiran yang negatif.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjaga hati supaya memiliki kebahagiaan dan kekayaan yang diinginkan. Seperti firman ALLAH

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (QS. Al-Qashash: 77)

Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami..(QS. 42: 52)

Persoalannya siapa hamba hambaNya yang dikendakinya itu?

Mari kita lihat ayat seterusnya:

......Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Ayuhlah kita mengubah diri menjadi lebih baik agar terus umat manusia dilimpahkan dengan rezeki yang lebih dahsyat supaya dapat membantu saudara saudaranya yang lain.

Wahai jiwa yang Merdeka ( tenang), kembalilah kepada ROBBmu dengan hati yang Redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU (Al-Fajr : 27-30).

Semoga kita benar-benar bebas dari dijajah selainNYA dan meletakkan ALLAH sebagai pergantungan total. Itulah kemerdekaan dan kebahagiaan yang sebenar bagi seorang hamba.

Apa yang anda terima saat ini adalah ujian.
Jika anda bersyukur, maka akan ditambah nikmatnya.
Jika tidak bersyukur, maka anda kembali diberi ujian yang sama.

Kredit : @pendidik4u

Moral of the story:

JANGAN TERLALU KEJAR DUIT, KERANA KITA TAK AKAN PERNAH PUAS... 
TAPI LAKUKAN APA YANG BOLEH MENJEMPUT REZEKI TANPA KITA PERLU PENAT MENGEJARNYA... ITULAH REZEKI YANG LEBIH INDAH. 


November 25, 2018

25 Tanda Ini, Menandakan Badan Ada Sesuatu Yang Mungkin Kita Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

25 Tanda Ini, Menandakan Badan Ada Sesuatu Yang Mungkin Kita Tak Tahu | Badan manusia, Allah jadikan cukup kompleks dan lengkap. Semua anggota dan organ dan apa sahaja yang ada kat badan kita ni saling memerlukan dan melengkapi.

Badan kita kan bertindak balas dengan sesuatu keadaan… dan ini yang mungkin kita tak faham dengan bahasa badan kita sendiri…

Doktor ini menjelaskan tanda-tanda badan manusia yang mungkin kita tak tau…

25 Tanda Ini, Menandakan Badan Ada Sesuatu Yang Mungkin Kita Tak Tahu

25 Tanda Ini, Menandakan Badan Ada Sesuatu Yang Mungkin Kita Tak Tahu

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).


  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).


  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
    • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK


  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG


  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)


  • Bibir pucat
    • Sistem penghadaman yang lemah.
    • Perut mengandungi angin.
    • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.


  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :


  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : 


  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : 


  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : 


  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : 


  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


  • Sakit Sendi
    • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
    • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
    • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN


  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
    • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
    • Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH


  • LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • MUNTAH DARAH
    • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
    • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : 


  • Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 


  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING


  • KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
  • AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR


  • CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
  • SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • NAJIS BERDARAH 
    • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
    • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN


  • RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  • BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : 


  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : 


  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : 


  • Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :


  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : 


  • Sistem penghadaman yang lemah.



Sumber (via Facebook):
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


Moga dengan perkongsian ini menambahkan ilmu perubatan diri kita dan faham bahasa badan kita sendiri.

dan dengan ilmu ni juga menambahkan keimanan kita bahawa, Allah Maha Bijaksana dalam mencipta sesuatu... 

November 24, 2018

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog | Lama tak bercerita pasal blog... Kali ni saja la nak kongsikan tips pasal gambar dalam blog.

Gambar memang penting bila up entry dalam blog... sebab orang sekarang, nampak gambar menarik baru berminat nak baca.... Kalau takde gambar... kurang sikit orang nak klik baca.

MF kengkadang, suka jenjalan... dan tengok blog orang...

Kadang ada beberapa la yang buatkan MF rasa perlu perbetulkan bab gambar ni...
terutama gambar dalam entry...

Pemilihan format, saiz dan kapasiti gambar menentu loading blog kita juga.

Jadi, MF share ye, beberapa tips yang boleh kita gunakan bila nak letak gambar dalam entry blog..


sumber: google images

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

Format imej yang ideal untuk blog


Terdapat pelbagai jenis format imej yang tersedia seperti JPEG (JPG), PNG dan GIF. Kebanyakannya, kita menggunakan format fail JPEG tetapi kadang-kadang kita menggunakan PNG dan GIF juga.

Format JPEG - Format JPEG yang terbaik digunakan untuk jenis blog fotografi digital dan format ini adalah yang paling banyak digunakan kerana imej dalam bentuk foto, tetapi tidak jarang juga digunakan untuk blog dan portal selain daripada fotografi. 

Sebagai contoh, banyak blog yang menggunakan format JPEG ialah blog perjalanan, perjalanan, blog resipi dan sebagainya.


Format PNG - Format PNG yang paling biasa digunakan pada blog secara amnya, kerana format imej PNG jenis boleh diedit dan dimampatkan kepada saiz terendah (sekitar 70%) tanpa mengurangkan kualiti imej asal. 

Format PNG biasanya digunakan untuk blog yang mengutamakan prestasi dan kelajuan pemuatan, seperti blog tutorial.


Format GIF - Format jenis ini biasanya menyokong saiz imej kecil, seperti logo dan sebagainya.

Saiz yang sesuai

Untuk saiz imej pos (dimensi) kita boleh menyesuaikannya ke setiap templat blog, sedangkan saiz yang paling ideal adalah seperti berikut.

Template 1 Lajur  Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 700 x 360 piksel atau 600 x 400 pixel

2 template kolum  
Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 600 x 400 piksel atau 600 x 320 pixel

3 ruangan template  
Boleh menggunakan imej atau gambar 300 x 250

Bagaimana jika dimensi imej tidak sepadan dengan saiz di atas? 

Boleh mengedit imej menggunakan editor imej softare seperti Photoshop atau Microsoft Office Picture Manager atau perisian editor imej lain, buat saiz yang sepadan dengan template anda. 

Nak mudah, guna saja photoscape. 
Kalau kat smartphone MF biasa guna apps Pixlr dan kalau imej tu besar compress dengan apps imej compress. 

Saiz kapasiti imej adalah baik untuk blog

Sebelum kita upload imej dalam entry blog, lebih baik untuk memampatkan imej terlebih dahulu. Tujuannya tak nak bagi Blog jadi slow loading. 

Kaedah ini boleh diatasi melalui alat mampatan imej, saiz kapasiti imej yang ideal ialah 65 - 115 kb. 

Tetapi jika mungkin untuk saiz yang lebih kecil, lebih baik, selagi imej masih jelas.


Itulah penjelasan ringkas tentang saiz imej post blog yang ideal. 

Selain mempercepatkan loading Blog kita, kita dapat mengoptimumkan imej menjadi mesra SEO dan mudah dijejaki oleh enjin carian.

Foto atau imej menghasilkan hampir 35% carian di enjin carian, dengan menggunakan dan mengoptimumkan imej, ia juga akan meningkatkan trafik / pengunjung ke blog kita. 


Jadi, gambar yang korang tangkap tu jangan lupa buat 3 langkah ni sebelum upload masuk entry... 

1. Letakkan watermark pada tempat yang sesuai dalam gambar... Jangan letak besar sangat samapi lindung gambar pula. 

2. Resize gambar guna apa sahaja software yang sesuai. Saiz yang biasa MF guna ialah dengan kelebaran (width) 640 pixel.

3. Compress kan atau kecilkan kapasiti gambar... Kalau satu gambar sampai beratus MB tau ratus KB itu yang buatkan  blog kita lambat loading... Sebaiknya... Compress je bagi jadi puluh-puluh KB je..

Ada apps kalau kat phone... Kalau kat desktop atau pc, ada boleh buat secara online. 

Ini 3 benda MF akan buat sebelum upload ke dalam entry... untuk entry peribadi atau review... atau gambar sendiri...

Kalau gambar google ... just copy aje.. dan kredit kan kepada google images.

Dan tambahan...

Tips SEO dengan Gambar

Jangan lupa juga untuk rename kan ikut tajuk entry kita...

Bila dah upload jangan lupa letakkan title dan alt image Pada property gambar... 

OK.. Itu je MF dapat kongsikan... 

Takde lah pandai mana... MF cuba kongsikan apa yang MF buat dan tahu je... 

Semoga bermanfaat.

Segmen Blog Review 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Satu lagi segmen join untuk hujung minggu ni... 

Simple segmen... sebagai tanda support rakan blogger... 

Klik Banner untuk join... 



#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Kebosanan di waktu cuti...
Otak perlu rehat dari up segala entry..

Jadi, join segmen dan give away aje lah kan...
Ada rezeki kita menang... hehe

nak join?
Klik Banner di atas..
Sebelum 30 November 2018

Jangan Takut Sangat Takde Rezeki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Jangan Takut Takde Rezeki...

Tapi takutlah jika kita ada rezeki,
tapi rezeki kita tak berkat, kita jadi tak sabar dan tidak bersyukur...

-----------------------------------------------------------------------------

Allah SWT pemilik seluruh kunci rezeki, mengapa kita tidak memohon dibukakan tabir keberkatan hidup kita?

Allah SWT maha mengetahui apa yang di darat mahupun di lautan, mengapa kita tidak memohon kepada-Nya supaya menghilangkan keresahan kita?

Allah SWT maha mengetahui setiap helai daun yang gugur dari pohonnya, kenapa kita masih meragui kemampuan-Nya mencabut setiap akar masalah kita?

Allah SWT maha mengetahui berapa butir pasir di tepian pantai, adakah kita menyangka Allah tidak mampu mengangkat setiap butiran penderitaan kita?

Yakinlah dengan kudrat dan iradat Allah SWT.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

November 23, 2018

Peminat Makanan Pedas Korea Mesti Cuba Burger Korea Marrybrown Baru, Pasti Tak Menyesal Punya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peminat Makanan Pedas Korea Mesti Cuba Burger Korea Marrybrown Baru, Pasti Tak Menyesal Punya! | Selain KFC, Marrybrown antara restoran makanan segera pilihan kami sekeluarga.

Kalau jenjalan dengan anak-anak memang akan pilih restoran Marrybrown ni sebab mesra Kanak-Kanak. Ada playground dan sudut mainan Kanak-Kanak. Jadi mak bapak dapat makan sambil tengok anak main dengan selamat.

Tapi, dah lama tak dapat pergi Marrybrown .. Nampak iklan pun tak dapat nak rasa promo menu baru dari Marrybrown. Mampu tengok je.

Tapi nak jadi rezeki... Hari ni suami ber'me time' kat luar.. Dia belikan menu promo baru dari Marrybrown.



Kalau makan kat restoran dia memang lagi teruja kan... Tapi takpe.. Yang penting dapat rasa..


Memula rasa kentang dulu... Fuhh.. Pedasnya... Berdesing telinga... Waarghh...


Kemudian rasa pula kepak ayam dengan Sos Bijan Korea...

Pergh... Gigit sikit dah rasa pedas sampai ke kepala... Camne nak habis kan satu kepak ayam pun bercinta beb... Pedas...

Tapi anak sulung MF relax betul.. Kuat makan pedas.. Suami MF yang makan pedas pun rasa ni memang betul pedas.

Lepas habis kan satu kepak... Makan burger merah Korea pula..


Fuhhh... Terbeliak bijik mata baq hang...

Pedas gilerr... Berdesing telinga. Macam tak cukup nafas nak habiskan sebiji burger ni... Pedas giler...

Tapi... Tapi... Kan..
Sedap dan sos Korea tu memang sedap... Memang sedap sangat walaupun pedas..

Bagi yang suka pedas dan minat makanan pedas korea boleh sangat rasa sendiri.. Pasti korang tak menyesal punya...

Cepat la dapatkan di mana-mana restoran Marrybrown di seluruh Malaysia... Sebelum promo habis...

Fuhh.. Pedas.. Tapi sedap...



Hukum Kerja Kat Kedai Jual Arak

Hukum Kerja Kat Kedai Jual Arak | Pernah tertanya sendiri pasal ni....

Sebab kebanyakan kedai serbaneka atau pasaraya hatta orang Islam punya pun ada jual arak.

Apa hukum orang yang kerja kat kedai macam ni...

Sebab kita sendiri tahu... Ada 10 Golongan akan dilaknat Allah kerana Arak.



Tapi... Kalau yang kerja sebagai cashier atau pelayan Kat kedai tertentu tu camne pula hukumnya..

OK.. Ini kata mufti...
Jadi, hukumnya ada makruh dan haram... Tapi tiada harus... Maknanya kena lah elakkan kalau boleh elakkan...

Jadi, cubalah cari kerja lain yang tiada unsur syubhah...

Jika waktu terdesak sangat kerja lah kan.. Tapi dalam masa yang sama... Cuba cari kerja lain yang tiada kaitan dengan arak...

MF doakan.. Dipermudahkan bagi mereka yang berusaha mencari rezeki yang halal...

November 22, 2018

9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C | Vitamin C (asid askorbik) melindungi tubuh daripada kekurangan sistem imun. Tubuh memerlukan dos tetap vitamin C untuk cegah penyakit. Vitamin C bukan hanya untuk cantik... tapi penting juga untuk sihat.

Sumber vitamin C banyak terdapat dalam buah.. Tapi kadang kita tak ambil dan mungkin ada yang tak makan buah. Terutamanya kanak-kanak. Dan ini menjadikan orang tu tak mendapat nutrien penting ini dengan secukupnya.

Apabila badan kekurangan vitamin C, gejala-gejalanya dapat diketahui dalam banyak cara. Antaranya:

Tanda kurang vitamin c

 9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C


1. Gusi bengkak dan mudah berdarah

Jika badan kekurangan vitamin C, gusi cenderung membengkak, meradang, dan berdarah dengan mudah. Vitamin C rendah telah dikaitkan dengan periodontitis, penyakit ini membawa kepada jangkitan gusi dan kerosakan yang boleh menyebabkan kehilangan gigi juga.

2. Hujung rambut kering dan berpecah

Akar rambut tidak akan dapat memberi faedah sebanyak yang diperlukan. Kesannya, akan menyebabkan rambut kering dengan hujung berpecah.

Vitamin C membantu dalam pertumbuhan rambut yang lebih cepat, kerana ia membantu tubuh menyerap lebih banyak khasiat.

Kekurangan vitamin C mungkin tidak hanya melambatkan pertumbuhan rambut, ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3. Hidung berdarah

Jika korang mengalami hidung berdarah yang kerap,  mungkin mempunyai tahap vitamin “C” yang tidak mencukupi dalam sistem badan korang.

Hidung berdarah juga dikenali sebagai epistaxis, adalah salah satu daripada gejala skurvi, atau keadaan yang menonjolkan kekurangan asid askorbik dalam badan.

4. Kulit kemerahan, kering dan kasar

Kulit kering, kasar, dan merah juga adalah beberapa petunjuk bahawa tidak ada asid askorbik yang mencukupi dalam sistem badan.

Tubuh badan memerlukan vitamin C untuk mensintesiskan kolagen kulit, jadi kulit  tetap kelihatan merah jambu.

Kekurangan vitamin “C” mungkin juga membawa kepada perkembangan keadaan kulit yang disebut keratosis pilaris. 

Walaupun yang paling biasa di kalangan golongan muda, keadaan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ini dapat dilihat dengan patch kasar atau benjolan kecil yang muncul di paha, punggung, lengan atas, dan pipi.

Vitamin c

 5. Anggota badan mudah lebam

Kerana kapilari lemah tanpa vitamin C, mungkin mengakibatkan lebam segera – lebam juga mungkin menunjukkan keadaan kesihatan yang asas.

Jadi, jangan ingat hantu gigit... tapi vitamin C yang kurang rupanya.

6. Parut anda lambat sembuh

Luka mungkin tidak cepat sembuh kerana tidak mempunyai cukup vitamin C yang membantu tisu penghubung mengikat dengan luka.

“C” mempunyai peranan penting dalam pembaikan tisu – Ia juga boleh mencegah jangkitan luka.

7. Sakit dan Bengkak Sendi

Sendi yang membengkak dengan rasa sakit boleh meradang. Ini adalah perkara biasa bagi mereka yang mengalami arthritis rheumatoid.

Orang yang mempunyai paras vitamin C yang rendah mempunyai risiko sebanyak tiga kali untuk mengembangkan penyakit ini berbanding mereka yang mempunyai pengambilan Vitamin C biasa.

8. Mudah terdedah kepada batuk dan selsema

Vitamin C membantu dengan pengeluaran sel darah putih yang menyerang virus dan bakteria. Ia juga antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari jangkitan.

Jika badan rendah “C”, mungkin terdedah kepada selesema biasa, dan lemah terhadap virus selesema atau jangkitan tekak.


9. Sentiasa terasa penat dan lemah

Kekurangan vitamin C telah terbukti mempunyai hubungan dengan psikologi juga.

Kajian berasingan di pesakit hospital dan pelajar sekolah menengah dengan kegelisahan menunjukkan bahawa mood mereka menjadi lebih positif sebanyak 34 peratus selepas mengambil makanan tambahan vitamin C.


Kalau tengok ciri dan tanda tu, macam ada je tanda .. kena banyak makan vitamin C la lepas ni... 

Hari-hari Tengok Cermin, Tapi...

Cermin... 

Bagi perempuan setiap hari kita tengok kan... Memang sesetengah orang akan belek je cermin tu... 




Picit jerawat lah.. Tengok make up... Betulkan tudung... 




Tapi.. 




Tak ramai yang nampak yang tersirat di sebalik cermin... 




Cermin ni jadi alat untuk kita muhasabah diri... 




Dalam cermin... Kita nampak depan kita je.. Tapi belakang kita tak nampak pun... 

Sebab tu dalam Islam... Diajar baca doa tengok cermin... 

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

“AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”

Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

[Hadith Sahih – Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]

Maknanya.. Kita bukan saja tengok luaran kita saja tapi tengok dalaman kita juga... 

Jangan pandang aib orang sedangkan kita tak nampak aib diri kita... 

Sedangkan kita sendiri pun banyak aib dan salah.. Cuma dengan rahmat dan kasih sayang Allah... Allah tutup aib kita itu... 


Renungkan.. 

November 21, 2018

Tips Pilih Warna Lipstik Yang Sesuai Ikut bentuk Bibir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Pilih Warna Lipstik Yang Sesuai Ikut  bentuk Bibir

Cara pilih warna Lipstik yang sesuai ikut bentuk bibir kita... 

Selain ikut warna kulit untuk pilih Lipstik yang sesuai... Bentuk bibir pun memainkan peranan yang penting juga. 

Untung orang bibir kecil sebab banyak warna yang sesuai dengan dia. 

Satu anugerah tu yang wajib disyukuri. 

Bibir tebal nampak seksi kalau pakai warna yang cerah... Sesuai pakai warna terang kalau nak goda cik abang sayang.. 

Tapi ingat... 

Haram jika berlebihan  pakai Lipstik kerana ianya boleh menggoda mata lelaki... 

Jadi warna yang natural dan tidak menampakkan warna yang ketara dan menggoda adalah lebih baik bagi wanita Islam...

Semoga bermanfaat... 

JOM KENALI RASULULLAH SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JOM KENALI RASULULLAH S.A.W | Dalam syahadah kita sebut namanya... Tapi.. Sejauh mana kita kenal Baginda...

Rasulullah S.A.W dalam mengenang mu...
Kami susuri lembaran sirah mu...
Pahit getir perjuangan mu...
Membawa cahaya kebenaran...

Hari ni, MF nak ajak semua pembaca Kat blog ni.. Kenal Nabi kita...

Mungkin kita rasa.. Alah.. Dah belajar ni masa sekolah... Mungkin ada juga yang dah tahu... Tapi... Anggaplah ini sebagai ulang kaji..

Biar kita kenal...dan lebihkan kenal... Supaya dalam lagi cinta kita kepada Baginda.

JOM KENALI RASULULLAH S.A.W

Jom kenal Rasulullah SAW

 Biodata Rasulullah SAW 

Nama Penuh:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir:
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa:
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : 
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : 
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w 

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua MALAIKAT untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.


USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung peletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Keluarga Rasulullah SAW 

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Siti Khadijah binti Khuwailid. 
  • Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

    2. Saudah binti Zam'ah.
    • Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

        3. Aisyah binti Abu Bakar.
          Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

              4. Hafsah binti Umar.
                • Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

                    5. Zainab binti Khuzaimah.
                      • Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

                          6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
                            • Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

                                7. Zainab binti Jahsy.
                                  • Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

                                      8. Juwairiyah binti Al-Harith.
                                        • Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

                                            9. Safiyyah binti Huyai.
                                              • Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

                                                  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
                                                    • Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

                                                        11. Maimunah binti Al-Harith.
                                                          • Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

                                                              12. Mariah binti Syam'un.
                                                                • Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

                                                                ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

                                                                1. Qasim
                                                                2. Abdullah
                                                                3. Ibrahim
                                                                4. Zainab
                                                                5. Ruqaiyah
                                                                6. Ummi Kalthum
                                                                7. Fatimah Al-Zahra '

                                                                ANAK TIRI RASULULLAH SAW


                                                                1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
                                                                2. Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

                                                                SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

                                                                IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
                                                                1. Thuwaibah
                                                                a. Hamzah
                                                                b. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

                                                                SAUDARA SUSUAN
                                                                1. Halimah Al-Saidiyyah
                                                                a. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
                                                                b. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
                                                                c. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
                                                                d. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

                                                                BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

                                                                1. Al-Harith
                                                                2. Muqawwam
                                                                3. Zubair
                                                                4. Hamzah ***
                                                                5. Al-Abbas ***
                                                                6. Abu Talib
                                                                7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
                                                                8. Abdul Ka ' bah
                                                                9. Hijl
                                                                10. Dhirar
                                                                11. Umaimah
                                                                12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
                                                                13. Atiqah ##
                                                                14. Arwa ##
                                                                15. Umaimah
                                                                16. Barrah
                                                                17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

                                                                *** Sempat masuk Islam.
                                                                ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

                                                                Sabda Rasulullah SAW:
                                                                "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
                                                                syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

                                                                اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

                                                                Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

                                                                Rupa Paras Nabi Muhammad s.a.w

                                                                KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

                                                                Begitu indahnya sifat fizikal
                                                                Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
                                                                muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
                                                                apa yang disampaikan oleh Baginda.

                                                                Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

                                                                • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
                                                                • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
                                                                • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
                                                                • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
                                                                • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
                                                                • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
                                                                • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
                                                                • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
                                                                • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
                                                                • Wajahnya seperti bulan purnama.
                                                                • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
                                                                • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
                                                                • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
                                                                • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
                                                                • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
                                                                • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
                                                                • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
                                                                • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
                                                                • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
                                                                • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
                                                                • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
                                                                • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
                                                                • Rambutnya sedikit ikal.
                                                                • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
                                                                • Rambutnya terbelah di tengah.
                                                                • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
                                                                • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
                                                                • Seimbang antara kedua bahunya.
                                                                • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
                                                                • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
                                                                • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
                                                                • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
                                                                • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
                                                                • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
                                                                • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
                                                                • Warna kulitnya putih tapi sihat.
                                                                • Kulitnya putih lagi bercahaya.
                                                                • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
                                                                • Badannya tidak gemuk dan tidak kurus.
                                                                • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
                                                                • Perutnya tidak buncit.
                                                                • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

                                                                KESIMPULANNYA:
                                                                Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
                                                                sepanjang zaman.

                                                                Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

                                                                Syamail Muhammadi

                                                                 Dah kenal dah... Indahnya kalau dapat kenal Nabi s.a.w secara zahir kan..

                                                                Tapi boleh kita nak jumpa Nabi s.a.w.. Usaha kan diri kita untuk ke syurga Allah, untuk bersama dengan Rasulullah SAW.

                                                                Riwayat hidup dan bioadata ini adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih diriwayatkan oleh beribu perawi... Boleh juga rujuk Syamail Muhammadi.

                                                                Buku tu memang bagus... Insha sangat berguna ada buku tu setiap rumah... Supaya kita lebih kenal dan cinta Nabi kita. 

                                                                November 20, 2018

                                                                Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan

                                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
                                                                (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

                                                                Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan | Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja dilahirkan dan diutuskan sebagai Rasul untuk membetulkan aqidah, tapi juga memperbaiki akhlak.

                                                                Sangat detail dan complete dalam al-Quran dan hadis tentang perlaksanaan etika dan adab kita seharian, sampaikan cara makan pun diajar dalam Islam.

                                                                Kalau ikut cara ni, bukan sahaja dapat pahala... Tapi dapat keberkatan dan menjadikan badankan sihat dan tidak mudah kena penyakit.

                                                                Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan


                                                                makan ikut sunnah

                                                                1. Cara Makan di Meja Makan

                                                                عن عمربن ابي سلمة, قال : كُنتُ غُلامًا في حَجْرِ النبي صلى الله عليه وسلم, وكانَتْ يَدِيْ تَطِيشُ في الصَّحْفَةِ, فقال : "ياَ غُلامُ , سَمِّ الله, وكُلْ بِيَمِيْنِك , وكُلْ مِمَّا َلِيْك"(رواه مسلم والطبراني والبيهقى )

                                                                Dari umar bin abi salamah ia berkata: “Sewaktu aku kecil pada masa nabi SAW. tanganku selalu bergerak kesana kemari dalam piring makan, kerana itu Nabi berkata: hai Anak sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan engkau, dan makanlah yang ada di sekitarmu”. ( HR. Muslim, thabrani dan baihaqi )


                                                                2. Perintah Makan Menggunakan Tangan Kanan

                                                                عن ابي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " اِذَا اَكَلَ اَحَدُكُمْ فَلْيَاْكُلْ بِيَمِيْنِهِ وَاِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبُ بِيَمِيْنِهِ فَاِنَّ الشَّيْطَانَ يَاْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ ( رواه مسلم والنسائ في السنان الكبرى)

                                                                Dari abi hurairah ra dari Nabi SAW bersabda: “ jika salah seorang dari kalian makan, makanlah dengan menggunakan tangan kanan dan jika minum, minumlah juga dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan juga minum dengan tangan kirinya. ( HR. Muslim dan Nasa’i di dalam sunan Kubro)


                                                                3. Perintah Makan, Minum, dan Berpakaian Tanpa Berlebihan

                                                                عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده عن النبي صلى الله عليه وسلم , انه قال : كُاُوْا وَشْرَبُواْ وَ الْبَسُوْا وَتَصَدَّقُواْ فِي غَيْرِ سَرَفٍ وَلَا مَخِيْلَةٍ ( رواه البيهقى في شعب الايمان)

                                                                Dari umar bin syu’aib dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi SAW, sesungguhnya Nabi Bersabda: makanlah, minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah tanpa berlebihan dan sikap sombong.( HR. Baihaqi pada bab iman)


                                                                4. Membahagikan Perut Menjadi 3 Bahagian

                                                                عن المقدام بن معدي كرب اَنَّ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: مَا مَلاَءَ اَدَمِيُّ وِعَاءَ شَرًّا مِنْ بَطْنِهِ, بِحَسْبِ ابْنِ اَدَمَ لُقَيْمَةٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَاِنْ كَانَ لاَمحَاَلةَ فَاعِلًا فَثُلُثٌ لِطَعَامِه وثُلُثٌ لِشَرَا بِه وثُلُثٌ لِنَفْسِه   ( رواه الترمذى وابن حبان )

                                                                Dari miqdam bin ma’dikariba sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya sendiri ,  cukuplah bagi anak adam beberapa suap yang dapat  menegakkan tulang punggungnya, jikapun ingin berbuat lebih, maka sepertiga untuk makanan dan sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafasnya. ( HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

                                                                Rumusan
                                                                Secara umum tatacara makan dan minim yang baik yang harus dilakukan adalah:

                                                                Adab dan Etika ketika Makan


                                                                • Mencuci tangan sebelum makan
                                                                • Membaca basmallah
                                                                • Makan di mulai dari yang berada di sebelah kanan dahulu
                                                                • Mengecilkan suap dan menghaluskan kunyahan
                                                                • Tidak memandang kepada wajah teman makan
                                                                • Ambil makanan yang berhampiran dulu.
                                                                • Tidak sambil bersandar
                                                                • Tidak makan ketika kenyang
                                                                • Mengambil makanan dari sisi piring/wadah
                                                                • Menjilat anak jari ketika selesai makan
                                                                • Membaca hamdallah


                                                                Adab dan Etika ketika Minum


                                                                • Memandang kedalam gelas sebelum meminum airnya
                                                                • Membaca basmallah
                                                                • Mengesap air dan tidak menenggaknya
                                                                • Tidak sambil berdiri
                                                                • Membaca hamdallah

                                                                10 Waktu Terbaik Berselawat Ke Atas Nabi s.a.w

                                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
                                                                (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



                                                                10 Waktu Terbaik Berselawat Ke Atas Nabi s.a.w


                                                                1. Sesudah laungan azan
                                                                2. Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid
                                                                3. Dalam solat jenazah.
                                                                4. Dalam takbir hari raya.
                                                                5. Dalam tahiyat ketika solat.
                                                                6. Pada awal dan akhir doa.
                                                                7. Pada hari jumaat sama ada malam atau siang.
                                                                8. Dalam khutbah dan doa qunut.
                                                                9. Ketika orang lain menyebut nama Rasulullah s.a.w.
                                                                10. Di dalam majlis ilmu, ketika dan sebagainya. 


                                                                Jom perbanyakkan selawat.

                                                                Moga dengan banyak nya selawat ini, kita dipanggil dan rapat dengan Nabi serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Insha Allah...