Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat | Semalam pergi ke klinik, check up anak bongsu dah genap setahun... kejap masa berlalu...

Seperti yang dijangka... selepas ambil ukuran tinggi dan timbang berat...


Tinggi naik 1cm...
Berat naik 0.02kg...

Nak kata tak makan... Ntah la... makan je...
Susu pun kuat...
Tapi nangis dan main sama kuat juga...

Apa pun... walaupun anak MF kurus dan border line kuning je kat carta graf dia... dia masih sihat dan aktif...


Anak Kurus Belum Tentu Kurang Zat

Anak kurus tak semestinya kurang zat...

Sebab, saiz dan berat badan ni bergantung kepada genetik juga...

Jika anak korang kurus tapi ada 6 tanda ni, maknanya anak korang sihat dan cukup zat...
Cuma genetik yang menjadikan dia kurus.

1. Mata
Tetap bercahay, kelopak mata merah dan tidak pucat.

2. Kulit
Tidak pucat dan tegang pejal bila dipegang.

3. Mulut
Tak pucat

4. Kuku
Sihat dan kuat.. kalau kita picit tu berganti warna, jadi pink.

5. Rambut
Berkilau dan tidak kusam

6. Pergerakan
Lincah dan bersemangat.



Jadi, jangan risau sangat...

Masa kecik ni kadang halus mulus je badan...
Dah sekolah nanti... hah... naik mendadak kengkadang kan berat dia...

Asalkan dia makan, minum, cukup tidur dan ikut perkembangan dia... Alhamdulillah dah...

MF dan suami memang genetik kurus... suami MF berat dan BMI normal lepas kahwin... sebelum kahwin, bawah paras kurus... MF pun dapat BMI normal lepas anak 4... sebelum ni orang gelar tiang telepon je...

Jadi, relax je la anak kurus pun... bukan tak bagi makan... tapi terlebih-lebih makan...
dah spesis tak nak membesar kan... redha je la..

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Macam anak kinah la kak maria. Selalu je border line. Kurus tapi semua tanda yang kak maria senaraikan tu semuanya ok. Makin lincah ada la. Yela rasanya ikut genetik kot, sebab masa kinah kecik dulu memang kurus pun. Dah kawin ni badan naik. Moga anak-anak kita membesar dengan sihat kan kak Maria

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^