بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kenapa dalam neraka ramai wanita? | Ini bukan tuduhan tapi fakta berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w:
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Bukan takde kaum lelaki masuk neraka, tapi masalahnya lagi ramai wanita dari lelaki di neraka.
Ustaz kata, orang perempuan ni, nak masuk syurga pun senang, tapi nak masuk neraka pun senang juga.
Kenapa dalam neraka ramai wanita?
Kenapa dalam neraka ramai wanita? |
Apakah kesalahan golongan ini yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita? Berikut merupakan beberapa sebab kesalahan wanita tersebut;
#1 – Tidak Mentaati Suami
Seorang isteri yang mengingkari segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri adalah bersyukur dengan nikmat setiap rezeki yang dibawa balik oleh suaminya.
Allah s.w.t juga tidak akan memandang golongan isteri seumpama ini, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w;
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)
Bahkan golongan wanita seperti ni adalah mereka yang sangat gemarkan kemewahan dan perhiasan yang yang berharga, berjenama dan cantik-cantik.
#2 – Derhaka Kepada Suami
Derhaka yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;#1- Derhaka dengan ucapan.
- Derhaka dalam bentuk ucapan adalah dengan berkata-kata yang menyakitkan dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
#2- Derhaka dengan perbuatan.
- Memenuhi permintaan suami tapi dengan wajah yang tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.
- Isteri tidak mahu melayani keperluan batin suaminya, bermasam muka ketika melayani suami, menghindari suami ketika hendak disentuh, mengalang suami daripada mendatanginya dan perkara-perkara lain seumpamanya.
- Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun mengunjungi orang tuanya.
- Isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, menerima tetamu tanpa izin suaminya menunjukkan aurat selain daripada suaminya.
- Isteri enggan mencantikkan diri untuk suaminya sedangkan suaminya menginginkan hal itu.
- Berjalan di tempat umum tanpa mahram, berbicara dengan lemah lembut dengan lelaki yang bukan mahramnya, puasa sunat tanpa kebenaran suaminya dan lain-lain lagi.
#3- Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.
- Seorang isteri juga menceritakan perihal suami yang tidak disukai oleh suami kepada rakan atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sehingga menjatuhkan pandangan buruk terhadap suaminya itu.
- Meminta cerai tanpa sebab syarie atau mendakwa dirinya telah dianiaya atau dizalimi suaminya.
#3 – Mengingkari Suami
Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”
Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”
Baginda s.a.w bersabda;
“Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.”
Wanita itu bertanya lagi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama adalah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”
Selain itu, wanita sering derhaka pada suaminya juga suka membantah dan hanya mahu menegakkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.
#4 – Bertabarruj
Allah s.w.t telah melarang hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud;
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah al-Ahzab:33)
Terdapat sabda Rasulullah s.a.w tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang dengan pakaian mereka yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat.
Mereka adalah golongan wanita yang suka dan gembira dengan menampakkan perhiasan mereka itu.
Padahal perbuatan seperti ini secara tidak langsung turut menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahawa;
“Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Oleh itu, hanya wanita yang bijaksana yang sentiasa mahu bertaubat kepada Allah s.w.t akan sentiasa memohon maaf dan keredaan daripada suaminya atas segala kesalahan yang dilakukannya.
Bahkan, akan sentiasa berusaha dan berazam untuk mencintai dan mentaati suaminya itu. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.
Cara Untuk Menyelamatkan Dari Azab Neraka buat Kaum Wanita
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya, Baginda pun bangkit dan mendatangi kaum wanita lalu mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda;“Bersedekahlah kamu semua, kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya dan dia pun bertanya;
“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab;
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Oleh itu, bersedekahlah sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.
Saling bermaafanlah antara suami isteri dan tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari azab api neraka, Amin.
Wahai kaum lelaki, sayangi dan selamatkanlah wanita-wanita kita dari api neraka Allah swt yang ramai penghuninya adalah wanita.
Semoga bermanfaat.
Moga bukan kita antara wanita yang menjadi ahli neraka..nauzubillah.
BalasPadamAsalam..risau baca tajuk, iyalah ..ambilah jalan para wanita taat pada suami dan jaga aurat. InshaAllah..usaha tanpa putus asa. Allah pasti bagi rahmat keampunan
BalasPadam
BalasPadamjawatan ini sangat berterima kasih dan terima kasih
Cekelat Honey