20 Ogos 2017

Hilang Stress Main Giant Bubble!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hilang Stress Main Giant Bubble!  | Dah lama plan nak main dengan anak-anak.. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga...

Hari minggu baru ni dapat juga main... Cuaca petang yang baik dan cerah.. Terus bersiap selepas solat Asar ke tempat lapang tanpa gangguan...

Lepas tengok YouTube cara buatnya... Tapi terus siapkan bahan...

Guna bahan yang mudah dapat aje... 



Cara Mudah Buat Giant Bubble:

Sabun basuh pinggan 
Baking powder 
Tepung ubi
Air
Tali
Kayu

Caranya:
Campurkan sabun, baking powder, tepung ubi dan air... Kacau hingga berbuih... Fungsi tepung tu untuk pekatkan bancuhan dan menjadikan buih tahan lama dan tak mudah pecah. 

Ikat tali, kalau boleh guna tali benang yang besar... Sebab benang serap dan simpan air... Menjadikan buih mudah jadi dan tak mudah pecah.. Ikat tali pada kayu jadi seperti bentuk segi tiga. 

Nak main.. Celup aje tali dan buka perlahan dan hala pada arah angin... Kalau takde angin... Lari la sikit untuk hasilkan buih... 

Ini hasil buih yang kami main... 





Suka betul anak-anak dapat main buih... Kita mak bapak ni pun hilang Stress tau.. Seronok main... Tak rasa penat.  Berhenti main sebab hari dah makin gelap... Elok sampai rumah hujan turun dengan lebatnya... Insha Allah.. Hari cuti sekolah ni nak main lagi... Dah macam ketagih pula... Kali ni nak buat alat untuk hasilkan Giant Bubble tu elok sikit.. Buat sorang satu untuk anak-anak... 


Sesekali raikan anak2... Seronok tengok mereka seronok... 

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!

Tips Dr. Hendrawan Nadesul

Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia di angka 5, sebaiknya tidak memilih jogging, berlari, apalagi melompat.

Pengetahuan yang sesungguhnya murah ini, menjadi mahal, bahkan boleh menjadi sangat mahal jika masyarakat tidak tahu, kerana sendi lutut terlanjur rosak.

Oleh kerana kos mengganti satu lutut yang telah rosak akibat tidak tahu itu.. boleh mencecah RM64k !!

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap jogging, berlari, bermain tenis, badminton, volley, & aktivitas fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah...

Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia angka 5 ialah tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki hinggakan saraf tapak kaki menderita sakit akibat kerasnya tekanan batu kerikil kerana bebanan berat tubuh.

Alasan bahwa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi? Tekanan yang mampu diterima tapak kaki hanyalah dilakukan dengan tangan saja yang tekanannya paling kuat hanya seberat 5 kg.

Namun apabila berdiri di atas batu kerikil, tekanannya adalah seberat berat tubuh.. Bayangkanlah!!

Kerana tidak ada yang memberi tahu dan hanya kerana cakap orang bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki boleh menyihatkan, akibatnya diri sendiri yang menjadi mangsa dengan berlakunya kerosakan saraf tapak kaki.

Salam sehat,
Dr HANDRAWAN NADESUL

Sumber : Google image 

YOGA nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.

MEDITASI nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil berZIKIR.

SELF HEALING nya orang Islam itu ialah selalu melakukan MUHASSABAH.

DETOX nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.

RITUAL TOLAK BALA nya orang Islam ialah dengan SEDEKAH.

VITAMIN nya orang Islam adalah sikap mudah MEMAAFKAN. ✌

UBAT AWET MUDA nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu. 👌

NUTRISI TERBAIK nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznudzon).

PEMBERSIH HATInya orang Islam dengan menahan GHIBAH.

PENYUCI JIWA-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI DENGKI.

PENJAGA PAHALA-nya orang Islam: Tidak RIYA'

PENCEGAH PERMUSUHAN-nya orang Islam: Menghindari PERDEBATAN.
                                                                                           Fastabiqul Khairat.. Barakallahu..

Kredit : Saja Sembang @telegramchannel

19 Ogos 2017

Akhirnya Dapat Juga Merasa Susu Goodday Pelbagai Perisa Baru

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Akhirnya Dapat Juga Merasa Susu Goodday Pelbagai Perisa Baru | Pernah jadi viral dalam kalangan Blogger... Susu Goodday dengan perisa baru... 


Perisa Baru yang rare sari susu sedar keluaran lain... Iaitu perisa green tea dan Perisa madu... 

Memula dapat rasa masa bulan lepas.. Mencari jauh di Petronas Kulai... Kebetulan ke bandar, jadi singgah... Alhamdulillah ada jual... Dapat la merasa... Tapi masa tu nak rasa green tea sekali takde stok pula.. 

Jadi, simpan dulu keinginan nak rasa perisa green tea... 

Sekali semalam singgah di kedai runcit dekat dengan rumah kami... Alahai.. Punya la banyak dia jual susu Goodday... Macam mana boleh tak tau kan.. 

Lagi sekali memborong susu ni... Susu perisa madu tu memang sedap... I like it..  

Nak rasa green tea, tapi takde pula kotak kecil.. Beli aje la kotak besar... 

Balik rumah terus rasa... Tapi sebelum tu sejukkan dulu dalam peti sejuk... 

Sekali rasa.. Hadoiii.. Tak berapa nak boleh diterima dek tekak la pula... Pelik sangat bau dan rasa... Tapi mungkin tak cukup sejuk kot... Tapi dah beli kan. Kena la minum habiskan... Rugi la kan... 

Tapi MF memang peminat susu... Semua jenis susu segar MF minum... Sekarang tak dapat nak rasa lagi susu Farm Fresh... Agak susah nak jumpa Kat sini terutama perisa kurma tu..  

Insha Allah... Kalau terjumpa kat Mana-mana pasaraya besar nak beli la nanti... 

Susu Goodday perisa madu memang sedap.. Rasa macam ketagih pula minum susu tu.. Tapi dah tau tempat yang banyak stok dan mudah dibeli... Lepas ni tak susah lagi... Boleh restock aje bila habis... 

22 Ogos 2017 | HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!


22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih

Sekadar sebagai Peringatan..
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa

Sumber : Google image 

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.

Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.

Wallahua'lam.

Kredit : Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

18 Ogos 2017

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan? |  Wanita mengandung atau tak mengandung pasti ada rasa mengidam, sebab emosi makan wanita ni tak menentu... Cuma bila mengandung tu, mengidamnya tu lebih dahsyat la kan...

Tapi ada juga wanita yang tiada keinginan mengidam yang dahsyat tapi dia pass kat suami pula.. Suami mengidam takpe kan... dia cari sendiri... Tapi kalau isteri mengidam suami kena cari... camne tu?

Dalam hukum Islam wajibkan suami tunaikan keinginan isteri yang mengidam... tak kira mengandung atau tak.. asalkan mengidam.


Hukum Isteri Mengidam : Wajibkah Suami Tunaikan?


Erti Mengidam
Dalam bahasa arab :
الوَحَم: شهوةُ المرأة للشيء على الحَبَل.
"Al-Waham artinya adalah keinginan wanita akan sesuatu ketika dia hamil." ( Kamus Maqayis al-Lughat )

Yang biasa berlaku ialah para isteri yang sedang hamil mengidam mahu makan sesuatu. Kebanyakkannya yang kita dengar ialah mahu makan asam atau buah2 yang masam seperti buah pauh dan seumpamanya. Tetapi ada juga isteri yang mahu makanan lain samada buah2an atau masakan tertentu.

Mengidam tidak berlaku pada semua wanita yang hamil tetapi sebahagiannya sahaja. Ramai juga para isteri yang hamil yang tidak mengidamkan apa-apa.

Tetapi yang pasti mengidam tidak berlaku pada wanita yang tidak hamil.

Mengidam juga ada diberitakan berlaku pada masyarakat barat. Dalam bahasa inggeris mengidam disebut sebagai longing atau craving.

Elizabeth Somer, penulis buku 'Nutrition for a Healthy Pregnancy' menyebut bahawa penyebab mengidam adalah perubahan hormon dalam badan yang memainkan peranan kepada perubahan selera dan bau.

Hukum Suami Tunaikan

Para ulama menjelaskan bahawa para suami adakalanya wajib menunaikan apa yang diidamkan oleh isteri yang hamil dan adakalanya sunat dan kadang-kadang hukumnya haram.

Hukum Wajib
Jika apa yang diidamkannya itu adalah termasuk nafaqah kebiasaan seperti makan minum maka hukumnya adalah wajib atas suami menyediakannya.

Hukum Sunat
Jika ia diluar dari nafaqah seperti mengidam mahu makan aiskrim atau main buaian contohnya atau lainnya, maka sunat dan sebaiknya suami tunaikannya.

Idaman Yang Tidak Boleh Di tunaikan

Idaman yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi maka tidak boleh suami tunaikan seperti isteri yang mengidam mahu melakukan selpie dengan buaya atau terjun dari tempat yang tinggi atau atau mahu berlumba motor atau mahu makan sesuatu yang sangat manis sedangkan isteri ada penyakit kencing manis dan semisalnya maka tidak harus suami tunaikan.

Begitu juga tidak bolih ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.

Kesimpulan

Sunat hukumnya dan berpahala suami melayan karenah isteri yang mengidam selagi tidak merbahaya dan tidak berlawanan dengan syariat. Isteri yang mengidam adalah isteri yang hamil, isteri yang hamil sangat mudah tersentuh hatinya kerana beban yang ia tanggung dari hilang selera makan, pening, lenguh tubuh badan dan seumpamanya. 

Maka seeloknya para suami penuhi hajatnya dari kerana jika tidak dipenuhi, akan mudah merajuk dan sakit hati. Apalah susahnya bagi seorang suami kalau isteri mengidam hendak makan sebiji epal, lainlah kalau mengidam hendak beli telefon bimbit cap buah epal.

Manakala para isteri yang mengidam pula, banyaklah bersabar dan jangan disusahkan suami pula dengan idaman yang pelik-pelik atau yang tidak mampu dipenuhi oleh suami.

Firman Allah swt :
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Ertinya : dan pergaulilah isteri-isteri itu dengan cara yang terbaik.


Manakala Rasulullah saw pula bersabda :
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وأنا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Ertinya : Sebaik2 kamu ialah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah paling baik terhadap isetriku.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Mujur, MF takde rasa mengidam yang pelik... Alhamdulillah 3,3 mengandung mengidam yang biasa aje... dan mudah dapat... takde yang pelik-pelik...