بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan | Bila bosan, rasa nak makan kudapan... Nak membeli jajan bukan kegemaran... Lagipun tak baik untuk kesihatan.
Kena masuk dapur buat kudapan mudah untuk keluarga. Projek dapur laki bini bermula...
Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum1 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
250 gram butter
Untuk hiasan
Coklat cip atau coklat urai
Cara membuatnya :
- Ayak tepung jagung, tepung gandum, dan serbuk koko.
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati semua.
- Gaulkan/pukul hingga agak-agak boleh dikepal.
- Bentukkan ikut suka.
- Bakar dalam oven dengan suhu 175 darjah Celsius api atas bawah selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.
MF bentukkan bulat dan tekan guna garpu je... Lepas tu hias dengan coklat rice. Buat dengan anak-anak suka aje depa ni...
Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan
Mudah kan... Memang sedap kudapan ni... Biskut ni dah masuk list untuk menu kuih raya tahun ni... Hehe...
Selamat mencuba...
Sean Dan senang. Nak cubalah
BalasPadamsenang nya...leh buat untuk stok makanan anak-anak
BalasPadam