div id='header-inner'>

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak | Tengah terasa bahang rasa bahang raya.. Cuma belum mula perang bendera sebab belum ada pengumuman penamaan calon. Tapi sana sini orang dah sebut pasal mengundi dan merancang untuk balik kampung mengundi.

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak

Penting sangat ke mengundi ni? 

Mengundi penting untuk menentukan pemimpin untuk memimpin rakyat dan negara.


Nak pilih siapa dalam pilihan  raya nanti? 

Nak pilih siapa tu, ini MF nak kongsi kan 11 Panduan Untuk memilih calon pemimpin yang bijak supaya kita tak tersilap undi.

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak


1) Ada orang berkhutbah dan berceramah menggesa agar kita keluar mengundi atas hujah menunaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Tetapi adakah kita cuba meneliti apakah dalil daripada al-Quran yang mewajibkan kita mengundi?

2) Tiada dalil al-Quran yang spesifik mewajibkan kita melantik wakil rakyat, apatah lagi menggesa kita keluar mengundi. Ini kerana tanpa wahyu pun, manusia beragama dan berbangsa apapun memang akan sentiasa ada ketua atau melantik ketua. Tetapi dalil yang amat jelas, nyaring dan berulang kali dalam al-Quran ialah arahan agar kita memerintah dengan al-Quran, dengan syariat Allah, bukan dengan hawa nafsu. Memang sifat syariat ini, tidak menggesa manusia melakukan perkara yang mereka suka lakukan, sebaliknya akan menggesa manusia melakukan perkara yang mereka malas, culas atau tidak gemar melakukannya, sedangkan pada perkara itu terdapat kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat.

3) Sila rujuk Surah an-Nisa' ayat 58, 59, 60 dan 65, Surah al-Maidah ayat 48, 49 dan 50, Surah al-An'am ayat 114, 115 dan 116, Surah al-Hadid ayat 25 dan lain-lain banyak lagi tidak dapat disenaraikan dalam ruangan terhad ini. Sesiapa yang rajin mentadabbur al-Quran nescaya perkara ini bukan satu kejahilan baginya.

4) Arahan agar memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, ditujukan ke atas setiap individu muslim. Dari segi realiti, kita kena perintah diri kita sendiri dan keluarga kita, yang dalam capaian kuasa dan kemampuan kita, menurut perintah Allah Taala yang terkandung dalam al-Quran. Patuh pada Sunnah Rasul juga terkandung dalam al-Quran.

5) Tetapi apabila mahu memerintah masyarakat dan negara dengan al-Quran, dengan syariat, maka kita kena lantik wakil, bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu bagi pihak kita. Analoginya ialah apabila kita memangkah undi untuk seseorang, maka ia seperti kita menyerahkan al-Quran ke tangannya untuk dia memerintah dengan al-Quran itu.

6) Oleh kerana asal tugas dan tanggungjawab memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, diletakkan oleh Allah Taala atas bahu setiap individu kita sebagai muslim, maka jika wakil rakyat yang kita lantik itu tidak melaksanakan tugas tersebut bagi pihak kita, maka kita terpaksa bertanggungjawab di depan Allah Taala. Adalah silap dan salah anggapan orang ramai yang mengira itu tanggungjawab wakil rakyat dan dia kena jawab di depan Allah atas kecuaiannya, manakala kita sudah terlepas tanggungjawab kerana sudah melantiknya. Silap. Jika dia tidak buat, maka tugas dan tanggungjawab itu berbalik pada kita.

7) Justeru, pastikan undi anda berikan kepada yang boleh menjalankan tugas memerintah dengan al-Quran, dengan syariat, bagi pihak diri anda sendiri. Apakah cara untuk mengenali orang yang boleh menggantikan diri anda untuk melaksanakan syariat Allah? Senang saja.

8) Petanda pertama ialah dia melaksanakan syariat Allah Taala dalam kehidupan peribadi dan keluarganya. Macam mana nak tahu? Syariat dah ajar kita, iaitu lihat pada petanda zahir. Salah satunya ialah solat berjamaah. Ada orang kata macam kita nak tahu benar-benarkah dia komited solat fardhu atau dia berpura-pura? Senang saja. Islam sudah bagi jawapan. Solat paling berat bagi munafiqin ialah solat Subuh berjamaah. Adakah dia seorang yang komited solat Subuh berjamaah? Kena tanya orang yang rapat dengannya. Cuma yang dibimbangi ialah anda sendiri sebagai pengundi pun culas solat Subuh berjamaah, maka macam mana diri anda begitulah pemimpin yang anda pilih. Petanda zahir kedua ialah adakah isteri dan anak-anak perempuannya menutup aurat? Orang yang tidak boleh memerintah isteri dan anak-anak agar patuh pada syariat memang tidaklah boleh diharap untuk memerintah negara dengan syariah. Jangan bagi hujah tentang kisah isteri Nabi Nuh dan Lut ya, nanti terdedahlah keaiban kenaifan dan kejahilan anda dalam memahami nas al-Quran.

9) Petanda ketiga ialah cita-cita dan aspirasinya. Adakah dia menyatakan keazaman untuk memperkasakan kedudukan Islam, undang-undang Syariah serta kuasa orang Melayu, selaku muslim majoriti, di negara ini? Apakah yang kita boleh harapkan pada orang yang bersungguh-sungguh memenangi hati orang kafir berbanding hati orang Islam yang rindukan cara hidup bersyariat dipersadakan dalam sistem pemerintahan negara?

10) Petanda keempat ialah dia sendiri tidak beriman, atau mudah bahasanya ialah kafir. Adakah anda hendak menyerahkan al-Quran ke tangan sikafir lalu berpesan padanya "tolong jalankan tugas bagi pihakku untuk memerintah dengan al-Quran, dengan syariat Islam"? Bahkan, baru-baru ini semua ahli politik kafir bersepakat membantah kehendak umat Islam yang mahu memperkasa undang-undang Syariah yang tiada kena mengena dengan diri orang kafir pun. Apakah kita mahu serah juga al-Quran ke tangannya untuk dilemparkan ke tong sampah? Kalau sekadar untuk minta tolong dia pasang lampu isyarat, buat jambatan, bina lebuh raya dan lain-lain urusan dunia tak perlu kita beri undi padanya pun akan tetap ada orang yang menguruskan perkara dunia itu.

11) Kesimpulannya, asal-asal tugas dan tanggungjawab memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, di atas bahu setiap individu muslim. Laksanakan tanggungjawab itu dalam lingkungan capaian pengaruh dan kuasa kita; peribadi, keluarga, jiran tetangga. Dalam lingkungan yang kita tiada mampu melaksanakannya, maka jangan serahkan tugas ini kepada orang yang kita sudah nampak dia akan khianati amanah itu. Lebih baik tidak memangkah undi daripada terpaksa menjawab di depan Allah "kenapa kamu wakilkan tugas memerintah dengan hukum Allah itu kepada orang yang kamu sudah pasti tidak melaksanakannya?"

Sumber: group telegram


Jadi, sebagai pengundi kena kenal calon yang dipilih supaya membuat pilihan yang bijak untuk masa depan masyarakat, agama dan negara. pastikan pilih pemimpin yang betul... Yang terbaik.. Supaya kita tak dipersoalkan di akhirat nanti...

Entry ni bukan entry sokong mana-mana pihak tapi sekadar perkongsian ilmu untuk renungan kita bersama. Kita penentu masa depan negara kita.

Ada orang kata, kita undi betul pun nanti ada penyelewengan... Takpe... Asalkan bab kita dah lepas dari penyoalan hadapan Allah nanti... ☺️

Sumber : Google image 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. nice sharing. tak sabar rasanya nak mengundi untuk kali pertama :)

    BalasPadam
  2. rasa takde mood nak mengundi haha...

    BalasPadam
  3. ini masauntuk kita pilih untuk mengubah... tak kira apa parti yang dipilih..tanpi kena jalankan tanggungjawab kita..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)