GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[VIRAL] Ubat Demam Paracetamol Mengandungi Alkohol!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam viral pasal ubat demam bayi yang dikatakan mengandungi 6% Ethanol iaitu sejenis alkohol tertera pada label botol ubat. Biasalah kan.. Bila jadi viral barulah pihak yang berkenaan nak ambil tindakan.

Selepas buat siasatan, barulah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat kenyataan:


Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter mengandungi alkohol, seperti yang tersebar dalam media sosial, baru-baru ini. 
Berdasarkan spesifikasi kementerian, produk yang dikeluarkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd itu tidak seharusnya mengandungi alkohol, bagaimanapun kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan. 
Justeru, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk berkenaan kerana produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. 
Beliau bagaimanapun berkata, kementerian sudah mengarahkan syarikat pembekal ubat itu supaya menarik produk berkenaan kerana tidak mematuhi syarat pelabelan. "Syarikat berkenaan tidak menyatakan kandungan alkohol label dan sisip bungkusan sekali gus melanggar syarat pendaftaran," katanya menerusi kenyataan kepada BH Online, di sini, hari ini. (Sumber: BH Online)

Kenyataan yang dikeluarkan KKM buatkan orang ramai panik dan ada yang sampai menyesal pula bagi anak makan ubat tuh... MF pun masih ada simpan ubat tu kat rumah. Ubat demam Paracetamol tu biasanya dibekalkan oleh pihak Klinik Kesihatan Kerajaan untuk bayi selepas kena suntikan imunisasi.

Komen MF pasal isu ni...

Ubat tu hanya usaha kita... Selebihnya tawakal... Kesan baik dan buruk atas kehendak dan kuasa Allah jua. Jadi, yang dah lepas biarlah lepas... Mohon perlindungan daripada Allah...

Ada yang marah sebab percaya alkohol tu haram... Sama macam arak... Orang yang meroyan pasal alkohol tu haram... Perlu lebih pembacaan kot kan... Belajar juga pasal kimia.

Tapi ada ibu bapa marahkan sebab ethanol tu tak sesuai untuk bayi... Setahu MF, ubat hospital ni memang ada dadah dan alkohol... Sebab tu memberi ubat hospital adalah langkah paling akhir setelah usaha meredakan demam anak-anak secara semulajadi tidak berkesan. Ubat tu usaha kita je... Yang nak bagi nikmat atau mudharat atas izin dan kehendakak Allah. 

Lagi satu alkohol yang dimaksudkan bukanlah arak... Ethanol tu sejenis bahan kimia atau erti kata dadah yang tidak membahayakan kerana setiap ubatan moden memang ada dadah... Cuma telah ditetapkan had dan kuantitinya... Sebab tu kita makan ubat kena ikut sukatan... Kalau terlebih sukatan memang memudharatkan.

Penggunaan Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkoholyang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum. 
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarnayang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkandan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Sumber: Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kesimpulan... Tak perlu nak panik... Cari gali ilmu sebanyak mungkin... Belajar dan banyakkan membaca serta bertanya. Jadi ibu bapa kena banyak cari gali ilmu.
Jika demam, banyak rawatan semulajadi boleh digunakan. Boleh baca sini, sini, sini

3Ulasan

  1. betul tu maria..kena check betul2...risau jugak kalau bagi anak-anak minum ubat ni...

    BalasPadam
  2. kena fahami betul betul dan perlu ambil tahu sejelasnya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ