GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Drama: Khilaf Seorang Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam sempat melayan telemovie di Skrin TV9... Sambil melayan anak, dan buat kerja rumah.. layan la TV sesekali kan.. MF jarang tonton TV, sebab memang tak sempat nak melayan pun.. seminggu sekali je tengok TV. 

Telemovie semalam, best sangat... kisah pasal suami isteri dan rumahtangga. Realiti masyarakat yang memang ada berlaku. Tajuknya "Khilaf Seorang Isteri". 

PELAKON: Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz

Sinopsis:
Khilaf Seorang Isteri ~ Muiz dan Thalia adalah pasangan suami isteri yang telah bercerai dan mempunyai seorang anak yang bernama Aryan dan mereka berdua telahpun membawa haluan masing-masing dengan pasangan baru mereka. Muiz merupakan seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahwin dengan Ryna seorang eksekutif perundangan manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang pengarah drama, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing-masing, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah. Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.

Pengajaran yang MF dapat simpulkan dari telemovie Khilaf Seorang Isteri:
  • Lamanya perkahwinan tak menjamin kebahagiaan. Seperti Thalia dan Muiz, walaupun lama mereka berkahwin tapi tak menjamin mereka terus kekal bahagia.. Cinta suami isteri perlu dipupuk setia hari.

  • Seorang isteri, wajib fahami suami. Menjadi penyokong dan tulang belakang suami. Bukan menambah bebanan suami. Seperti Thalia yang selalu isukan pasal hutang, tetapi dia tak berikan idea atau pendapat bagaimana nak bantu suaminya selesaikan hutang.

  • Isteri wajib berdandan, dan selalu rapikan diri walaupun sibuk dengan kerja rumah. Seperti Thalia yang memang prefect hal menguruskan anak, suami dan rumah tangga, tapi mengabaikan kecantikan diri di rumah. Selalu berbaju tidak menarik, dan nampak serabai dihadapan suami. Ini menyebabkan suaminya nampak perempuan lain yang lebih rapi, walaupun badan Thalia persis model, tapi tak dirapikan menampakkan dia tak cantik. Jadi, gemuk atau kurus bukan alasan..tapi cantik, bersih, seksi dan wangi itu yang utama bagai lelaki. 

  • Teguran: Suami wajib beri teguran yang baik. Bukan dengan meninggikan suara kepada isteri.

  • Tanggungjawab suami menjadikan isterinya cantik dan menarik di matanya sendiri. Jangan harapkan isteri semata dan jangan hanya tahu komen. 

  • Tundukkan pandangan dan sentiasa berdoa moga Allah pelihara mata kita dan hanya melihat yang halal sahaja bagi kita. 

  • Komunikasi: Kesilapan Muiz dan Thalia ialah komunikasi... Mereka bermasalah, tapi tak nak selesaikan dengan duduk berbincang cari jalan penyelesaian. Sebaliknya sibukkan dengan kerja dan mengadu kepada orang yang tak sepatutnya. 

  • Jangan luahkan hal rumahtangga kepada kawan berlainana jantina. (jangan luahkan hal rumah tangga di laman sosial) Kesilapan besar Muiz dan Thalia... Dah la diorang ni jarang berbual.. dah tu masalah rumahtangga dan tekanana rumah tangga diceritakan kepada rakan baik yang memang ada hati nak memikat. Muiz luahkan masalah kepada PA nya..seorang wanita seksi menggoda. Manakala, si Thalia pun dalam senyap luahkan masalah kepada rakan sekerja yang telah lama simpan perasaan pada dia. Jadi, bila berlaku krisis, masing-masing ambil peluang. 

  • Kembali kepada Allah. Rumahtangga yang tidak dibaja dengan iman dan takwa kepada Allah, memang penuh dugaan. Seperti rumah tangga Muiz dan Thalia yang kurang penghayatan agama. Maka, banyak anasir luar mudah pengaruh mereka. 

  • Jangan terlalu pamerkan kebahagiaan di laman sosial, kerana takut ada yang iri hati dengan kebahagiaan kita. Seperti Thalia dan Muiz yang memang romantik masa fasa awal perkahwinan mereka, selalu upload gambar romantik, kata indah, hadiah yang mahal...di laman sosial.. Kita mana tahu kan.. kot ada yang iri hati.. Tak semua senang dengan kebahagiaan yang kita ada... hati-hati ada yang memerhati.

  • Hargai apa yang ada...perbaiki apa yang tak betul...bukan cari orang lain untuk betulkan keadaan. Macam si Muiz, yang menyesal kahwin lain dan ceraikan isteri dia. baru dia perasan, kebaikan dan pengorbanan isterinya dahulu... walaupun isterinya tak menarik, tapi segala hal rumahtangga serta dirinya dijaga rapi. Sama juga dengan Thalia, sepatutnya hargai suami yang ada..cuba perbaiki diri.. koreksi diri..apa yang tak kena... fahami suami...belajar dan terus belajar... contohnya, kesilapan yang dia buat time suami dia sibuk, dia pun sbuk nak cerita itu ini. sepatutnya fahamlah..bantu suami siapkan kerja dia ke kan... 
Memang banyak pengajarannya... Drama ni buatkan jatuh juga air mata MF, ye lah kadang kita tak sedar khilaf kita. Buat suami, tolonglah tegur isteri jika ada tak kena.. isteri tak perfect. Hargai dan jaga apa yang Allah anugerahkan sebaiknya. Apa-apa pun... komunikasi sangat penting dalam rumahtangga... jika suami pendiam, kita jangan jadi diam, tapi jadilah penghibur... kalau tak boleh secara direct, hantarlah, kisah lawak ke..meseg mengusik ke.. sekarang zaman teknologi, bukan masalah lagi nak berkomunikasi.


Semoga bermanfaat. Jika ada yang tak sempat tengok, mungkin boleh tunggu ulang tayang lain kali. Setakat ni belum ada kat Youtube. Tapi di tonton.my mungkin ada... tontonlah bersama suami isteri, supaya kita belajar dan dapat muhasabah diri bersama dalam membina keluarga yang mawaddah wa rahmah.

6Ulasan

  1. tak tengok pulak cerita ni..nanti try tengok kat tonton.

    BalasPadam
  2. Bagusnya tips dari maria ni...insyaAllah akan cuba praktikkan ye

    BalasPadam
  3. yupp.... citer ni memang best. memula tu ingatkan nape lah tajuk tu khilaf seorang isteri sebab awal2 tu nampak isteri ni ok lagi walaupun de kekurangan sana sini...

    ending baru tul2 paham....

    BalasPadam
  4. ada tengok gak drama ni hari tu, mmg byk pengajarannya. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ