Biskut Raya Mudah dan Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah lama beli buku ni.. sebelum puasa lagi... tapi buatnya entah bila nak datang mood.. hehe

Masuk Fasa akhir Ramadhan, ramai mula sibuk fikirkan hal raya... Hmm... Dalam sibuk-sibuk tu jangan lupa gandakan amal juga... (pesanan untuk diri sendiri juga)

Rata-rata tengah buat persediaan kuih raya.. di pasaran, kuih raya dah mula berlambak...tapi kurang dapat sambutan, sebab harga meningkat disebabkan GST. DAn lagi satu, sekarang ni orang suka buat kuih sendiri... sebab tak susah sangat buat kuih. 

MF pun ada la juga berangan nak buat kuih sendiri.. tapi entah bila nak jadi realiti.. asyik tak sempat aje nak buat tambah main dengan anak-anak yang tengah membesar ni kan... Rasa, macam nak kena cari kat "bukit payung" kot ni.. Tapi kerepek MF dah beli awal.. Beli di Jalan Kebun, masa hantar mak mentua ke rumah kak ipar masa tu.. Murah la juga kerepek kat situ... da yang pasti stok baru. 

Ohoii... panjang mukadimahnya... Nak cerita pasal biskut raya... OK, back to our topic, tahun ni, tiada sangat kuih baru... koleksi tahun ni diperbaharui kuihnya, ditambah cheese, coklat dan upgrade serba sedikit biskut raya yang tahun lepas. 

Sebenarnya, bahan asas untuk semua biskut raya sama je.. Antaranya: Tepung, Tepung kastard, Gula Ising atau gula halus, Marjerin, Telur, tepung jagung. Ni Bahan asas la ni... Lepas tu nak jadikan kuih dan biskut raya tu berbeza, tambahlah cornflakes, nestum, oat, coklat, badam, gajus, cheese, pandan dan sebagainya. Jadi, tak susah buat biskut... bancuh dan pelbagaikan... kemudian terap dan bentuklah apa-apa pun asalkan nampak beza. 

Kuih tradisional nak hampir pupus dah zaman sekrang.. tapi kalau dikampung masih ada... antaranya kuih siput, kuih buah rotan, kuih ros/kuih goyang, bahulu, putu kacang. Kuih tradisional banyak bergoreng dan bakar... Ringkas tetapi agak lama nak siapkan. Tapi tetap sedap. 

Di sini, MF nak kongsikan sumber rujukan anda untuk buat kuih raya dan juga resepi biskut raya:


Selain tu boleh rujuk Panduan Buat Kek dan Biskut untuk hasilkan biskut dan kek yang sedap dihari raya.

Moga bermanfaat... Kuih raya sebagai penyeri meja di hari raya.. ... walaupun kurang sambutan, tapi nak kena ada juga kan.. dan paling sedap ialah.. serdak kuih raya... haha.. yang ni berebut nak makan... sedap tuuu...

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. aida pun ari tu memang plan nak buat sendiri.
    sebab setelah tgk resepi, agak ringkas. mcm boleh buat.
    tapi disebabkan kena tukar opis, tenaga dan masa kurang :(
    x jadi la nak buat sendiri.
    order jugak dgn member opis hu hu hu...

    yes. wajib ada kuih raya.
    penyeri meja gitu...

    BalasPadam
  2. bestnyer buku resipi ni..

    BalasPadam
  3. rumah dah ada air, harap ada kerajinan nak buat biskut raya.. harap je la..hehe

    BalasPadam
  4. Buat kuih raya sendiri lagi jimat ek!!!

    BalasPadam
  5. ibu sy nak buat sendiri kuih raya tahun ni. memang dia dah pesan kat anak2 dan menantu jangan belikan kuih raya sbb nanti membazir tak makan sangat. hehe...pastu dia tengah cari acuan untuk buat rempeyek. entah manalah nak cari

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^