AFB

11 April 2017

Susah Anak Ramai!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Susah Anak Ramai | Zaman sekarang rata-rata orang memang buat family planning... Bahkan doktor dan hospital sendiri baru lepas bersalin dah sibuk tanya nak buat family planning apa... Doktor sedikit tak suka bila kita kata nak plan secara sendiri saja... Sebab ramai terbabas bila plan sendiri... Tapi sebenarnya takde istilah terbabas sebab semua tu perancangan kita, tapi perancangan Allah sebaliknya. 

Macam-macam sebab orang buat family planning ni... Tapi awas! Jika buat family planning sebab takut tak cukup duit, sebab ekonomi yang sesak.. fikirkan semula.. kerana berdosa jika buat family planning atas faktor ekonomi... Sebagaimana firman Allah... 

Bermaksud: "Dan janganlah kamu sekalian membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." (Surah Al-An'am ayat 151)

Tapi merancang sebab menyusu, kestabilan emosi, jasmani ibu dan Faktor kesihatan tidak mengapa.. itu diharuskan... 

Disebabkan itu, macam satu kepelikan bila dah orang yang beranak ramai ni zaman sekarang... 

Ada juga yang anggap orang anak ramai ni susah... Susah ke??? Memang rasa pelik juga la sebab orang yang mengalami tak rasa begitu tapi orang lain pula rasa kita susah... 

Pengalaman MF sendiri pun pernah, bila keluar berlima dengan anak kecil, orang akan pandang​ je... Macam satu kepelikan je kan... Orang geleng kepala macam susah nak handle... Tapi bagi kami ok saja.... 

Susah tu sebenarnya orang yang melihat... Tapi orang yang merasa terasa bahagia... Bab rezeki anak tak perlu nak fikir sebab akan ada je rezeki mereka... 



Sebenarnya dalam Islam menggalakkan kita anak ramai... 
Banyak dalil-dalil yang menunjukkan bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya untuk mempunyai anak bahkan mempunyai anak banyak sebagai mana akan datang keterangannya di fasal ke tiga. Di antara dalil-dalil tersebut ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ

“ …dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu (yaitu anak)” [Al-Baqarah/2 : 187]

Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Anas bin Malik dan lain-lain Imam dari kaum Tabi’in menafsirkan ayat di atas dengan anak (Tafsir Ibnu Jarir dan Tafsir Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat di atas)

Maksudnya : Bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita untuk mencari anak dengan jalan bercampur (jima’) suami istri apa yang Allah telah tentukan untuk kamu.

Cukuplah ayat di atas sebagai dalil yang tegas dan terang bahawa Islam memerintahkan mempunyai anak dengan jalan nikah dan bercampur suami-isteri. Dan sekaligus merupakan larangan dan celaan terhadap mereka yang tidak mahu mempunyai anak padahal ada jalan untuk memperolehnya dengan qadar Allah. Maknanya, ada orang dia kahwin sebab nak elak maksiat je, nak halalkan jimak tapi tak nak anak... Konon tak bersedia, sebab nak jaga badan, sebab nak tumpu kat kerja....Dan macam-macam alasan... Dan ada juga ada anak nanti susah la dan macam-macam lagi... 

Dan sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ فَإِنِّيْ مُكَاشِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ

“Nikahilah perempuan yang pecinta (yakni yang mencintai suaminya) dan yang dapat mempunyai anak banyak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab (banyaknya) kamu di hadapan umat-umat (yang terdahulu)” [Shahih Riwayat Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Hakim dari jalan Ma’qil bin Yasar]

تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ فَإِنِّيْ مُكَاشِرٌ بِكُمُ اْلأَنْبِيَاءَ يَومَ الْقِيَامَةِ

“Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu dihadapan para Nabi nanti pada hari kiamat” [Shahih Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Sa’id bin Manshur dari jalan Anas bin Malik]


Hadis yang sangat terkenal di bawah ini yaitu do’a Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Anas bin Malik.

اَللَّهُمَّ أَكْشِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَهُ

Ya Allah! Banyakanlah hartanya dan (banyakanlah) anaknya dan berkahilah apa yang engkau telah berikan kepadanya” [Hadits shahih riwayat Bukhari (7/152, 154, 161, 162 dan Muslim 2/128]

Dalam riwayat yang lain yang juga dikeluarkan oleh Imam Bukhari di kitabnya yang lain di luar kitab Shahih-nya yaitu di kitabnya Adabul Mufrad (no. 653), Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendo’akannya.

اَللَّهُمَّ أَكْشِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَأَ طِل حَيَاتَهُ وَا غْفِرْلَهُ

“Ya Allah ! Banyakanlah hartanya dan anaknya, dan panjangkanlah umurnya dan ampunkanlah ia” [Derajad hadits ini Hasan]

Selain itu, ada hikmah juga kenapa perlunya ramai anak kerana anak sebagai pelindung dari api neraka.


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

Dari 'Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka baginda bersabda: "Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini (mengurus anak-anak perempuannya), maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya".(HR Bukhari No: 1329) Status Hadis: Sahih

Pengajaran hadis ini... Ibu bapa yang memberi hak-hak anak dengan sebaiknya iaitu menyediakan keperluan asas harian anak-anak seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal, Insha Allah... Anak itu akan jadi pelindung kita dari api neraka di akhirat nanti... 

Ada anak ramai susah... Mungkin nampak susah masa kecil ni aje... Bila dah besar Insha Allah pasti akan senangkan kita... Jangan takut nak beranak lebih... MF baru tiga... InshaAllah ada rezeki akan datang tak kan menolak... Walaupun zaman ekonomi meleset itu bukan alasan tak nak beranak sebab Rezeki tu dari Allah... Bila terciptanya kita, Allah dah tentukan rezeki, ajal maut kita sejak di alam roh lagi... Jadi, atas alasan apa kita nak kata beranak ramai tu susah... 

Yang pelik tu anak kita baru tiga dikatakan dah ramai... Kalau 12 tu takpe la juga nak kata ramai... Tapi seronok dan meriah ramai-ramai... MF 7 beradik.. alahaiii... Kalau balik raya macam kenduri.... Penuh rumah... Bergelimpangan tidur penuh satu rumah... Meriah rasa... Seronok... Alhamdulillah... Dulu mak Pak MF memang kata susah.. sekarang anak-anak dah besar dah lepas rumahtangga... Senang dah... Alhamdulillah.... 

SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

4 ulasan:

  1. betul.. kami pun rasa meriah tu.. saya 7 beradik jugak.. tapi di zaman mencabar ni rasanya orang pentingkan jumlah untuk bandingkan dengan kemampuan di zaman ni..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum maria...betul tu ..org dulu mesti ramai anaknya kn...skg ni anak baru 3 dah ckp ramai...bila anak2 dah besar mmg seronok jer..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. Betul tu MF. Ank ramai org tgk ssh.. Allah dh tentukan rezeki stp ank namun ramai yg xyakin dgn Allah.. Meriahnya fmly besar. Sy cuma 2 beradik. Sunyi sgt.. Duk kg, wlpun rumh fmly tp isinya empty... Sedih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^