GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tahukah Anda | Otak Kita Dicuci Ketika Tidur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah tau satu tahap... Otak kita rasa stuck... Lepaih Stu Kita tidur... Lepas bangun tidur baru rasa dapat berfikir semula... Dan rasa otak tu fresh... Nak tahu sebab apa???? 

Satu kajian baru membayangkan seseorang yang nyenyak tidur akan berasa segar dan fokus apabila terjaga.

Ia disebabkan penyelidik menemui sistem baru di kepala yang membersihkan otak ketika orang itu tidur.

Penemuan itu bukan saja dianggap boleh mengubah pemahaman mengenai tidur tetapi juga mungkin membantu untuk merawat masalah seperti Alzheimer yang ada kaitan dengan penambahan toksin dalam otak.


Sistem berhenti ketika jaga

“Kita ada sistem pembersihan yang hampir berhenti ketika kita terjaga dan bermula apabila kita tidur.

“Ia umpama membuka dan menutup paip air, sungguh dramatik,” kata Dr Maiken Nedergaard, pengarah bersama Pusat bagi ‘Translational Neuromedicine’ di Pusat Perubatan Universiti Rochester. 

Nedergaard adalah ketua penyelidik kajian yang disiarkan minggu lalu oleh jurnal Science.

Dia dan rakan mula melaporkannya tahun lalu mengenai sistem pembuangan sisa otak membuang produk toksik yang bertambah ketika seseorang itu terjaga.

Saintis berkenaan menggunakan alat mikroskop pengimbasan baru membolehkan mereka melihat ke dalam tisu termasuk otak tikus.

Mereka mendapati aktiviti pembuangan sisa itu bergerak dengan membuangnya ke dalam sistem pengaliran tubuh hingga sampai ke hati.

Mereka mendapati, ketika seseorang itu tidur, sel otak mengembang yang menambah ruang antara sel hingga 60 peratus membenarkan pembuangan berjalan dengan lancar.

Sumber: Majalah Sains

Menarik kan... Unik penemuan ni... Kerana itulah Allah ciptakan siang dan malam... Siang untuk kita bekerja... Bila malam untuk kita rehatkan diri dan otak kita... Dan otak kita pun dah diset.. kalau terlebih tidur pun buatkan otak kita terlalu kosong... Tu yang orang panggil "benak". 

Jadi, tak hairan, apa yang Allah ciptakan tu memang dah terbaik... Setiap ciptaan Allah ada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

0Ulasan