05/2019 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Mei 31, 2019

Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang | Dalam perjalanan jauh, Pasti sekali kita akan singgah di mana-mana surau di perjalanan. Sama ada surau di RnR atau Hentian Sebelah.

Tapi kadang bila ramai orang pelbagai ragam kita tengok di surau tu kan. Dan ragam tu kadang buatkan kita rasa tak senang. Sebab manusia akhir zaman, mana dia fikir orang lain. Dia fikir dia je solat. Orang lain tak payah.

Ingat! Bersedekah dan memudahkan orang lain beribadah itu juga satu kebaikan dan sedekah yang berpahala. Tapi ramai orang lupa bab ni.

Apa yang kita perhatikan, bila orang terlalu ramai di Surau RnR, sampai kadang boleh jadi sesak sebab sikap pentingkan diri sendiri ni.

Ambil wuduk lama, solat lama, solat kat depan pintu masuk. Bawa anak-anak kecil. Bersolek lama. Telekung bersepah. Doa panjang dan macam-macam lagi.


Jadi, apa kata kita ubah cara tu. Meh sini kita sedekah dalam ibadah. Mudahkan orang lain untuk solat juga sedekah yang barakah. Insha Allah.

1. Ambil wuduk pada anggota wajib sahaja.
 Terutama kalau solat waktu subuh atau maghrib. Waktu yang singkat, orang nak cepat. Jadi tak payah bazir kan air dengan wuduk yang panjang. Mudahkan orang lain juga nak berwuduk. Ada 4 anggota wuduk yang wajib kita basuh. berikut:

1. Muka
2. Tangan hingga p'gelangan siku
3. Kepala
4. Kaki hingga buku lali

2. Jika berjemaah, jangan baca surah panjang.
Bila solat pula, Imam janganlah baca surah panjang-panjang.

3. Pilih saf yang paling jauh dari laluan keluar masuk supaya orang tidak terpaksa lalu di hadapan kita semasa sedang solat.

4. Pastikan barang peribadi kita diletakkan di hadapan saf bagi mengelakkan diambil orang. Dan juga sebagai penghadang solat atau dipanggil sutrah.

5. Bersegera meninggalkan saf apabila selesai solat dan berdoa. Jika mahu bertafakur, mohon ke masjid atau surau utama.

6. Zikir pendek.
Lepas solat pulak siap zikir pendek cukup. Lepas tu doa yang ringkas. Tak perlu nak wirid bagai macam kat masjid.
.
Bukan apa, ramaaaaiii lagi kat belakang sedang tunggu nak solat. Maghrib atau subuh pula waktunya singkat. Zikir dan doa itu sunat, solat itu wajib!

7. Semasa masuk atau keluar dari surau, pastikan bukaan pintu tidak menyebabkan aurat orang lain di dalam surau terdedah.

LAIN-LAIN
8. Kebiasaannya surau menyediakan rak kasut. Susun kasut di rak. Kasut tumit tinggi kita mungkin mencederakan orang lain jika diletakkan depan pintu.

9. Cermin dan kipas dalam surau adalah untuk kegunaan awam. Hadkan masa kita menggunakannya. Jika mahu bersolek dan melilit tudung lawa-lawa, buat di bilik air.

10. Ubah mode telefon bimbit kepada mode senyap.

Tambahan khas untuk surau perempuan.

11. Sejadah boleh dibentangkan secara melintang. Dua orang boleh guna dalam satu masa.

12. Ringkaskan solat,wirid dan doa supaya memberi peluang kepada yang lain melaksanakan solat yang wajib. Kadang-kadang kita boleh pula termenung lepas solat duduk berteleku, sedangkan yang lain beratur pegang telekung tunggu giliran 😅

13. Perlu ada 'changing room' supaya kita tak memenuhi ruang solat terutamanya depan cermin. Apakata cuba ringkaskan cara bersiap. Tudung pun mungkin boleh cari yang instant😂

14. Anak-anak mungkin boleh take turn dengan ahli keluarga lain. Surau selalunya sempit kan. Masa suami solat isteri di luar dulu tengokkan anak-anak.

15. Telekung boleh sangkut dengan hanger dan tak terus lipat untuk elakkan bau-bauan menyesakkan hidung.

16. Sebaiknya bawa telekung sendiri. Tak perlu beratur berebut nak guna telekung. Kadang-kadang ruang surau masih ada tapi telekung pula tak cukup. Lagi mudah kalau pakai pakaian yang siap tutup aurat sempurna sewaktu Travel.. Senang tak payah fikir pasal telekung.

17. Tak perlu layan Facebook atau Instagram di surau RnR. Sebab ramai lagi memerlukan ruang di surau untuk solat. Bukan untuk selfie dan update status "done solat".

18. Berikan ruang kepada warga emas dan ibu mengandung menggunakan kerusi yang disediakan. Jangan pentingkan diri, pergi duduk atau buat letak tudung kat situ.

19. Carilah pahala dengan senyum dan sampaikan salam pada jemaah lain di surau. Tak kena bayar pun kalau senyum. 😊


Rasanya cukuplah 19 tips tu.. Mungkin ada yang nak tambah berdasarkan pengalaman masing2 semasa solat di RnR.

Kita cuba mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula. Tambah bab solat dan ibadah. Lagi banyak pahala. 

Mei 29, 2019

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! | Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.

Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadhan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah... pasti Allah kabulkan.

“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. [QS. Ghafir: 60


Tapi MF nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.

Baca doa ini di akhir Ramadhan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar!

doa bulan ramadhan, doa ramadhan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan ramadhan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan ramadhan
sumber: google images

Inilah dia doanya...

Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu... dengan penuh sifat kehambaan...


Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.


Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.


Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).


Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.


Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.


Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.


Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.

Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.


Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.


Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.

Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.


Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.


Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.


Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.


Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.


Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.


Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.


Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.


Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.


Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.


Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Ameen ya Rabb Al'alameen.


Kredit: Sumber

Mei 28, 2019

Dah Berapa Kilo Turun Berat?

Puasa mesti kurus punya.

Itu ayat biasa orang akan kata bila puasa. 


Tahu tak sebenarnya tak semestinya boleh kurus dengan puasa. 

Ada je orang tak kurus-kurus pun walaupun berpuasa penuh.

Mungkin sebab dia tak pantang beberapa perkara ni untuk pastikan puasanya boleh kuruskan badan walaupun itu bukanlah niat utama kita berpuasa. 


Apa pun, nak kurus ketika puasa, buatlah tips ini. 

Insha Allah boleh kurus. Walaupun dah last minit je ni.. Tinggal seminggu lebih je lagi.. Takpe.. Cuba buat.. Insha Allah... Boleh turun banyak. 

Tips kurus ketika puasa


Puasa bukan menyekat kita makan, tapi mengajar kita berdisiplin dalam mengambil makanan. 


Tapi sebenarnya, diet bulan puasa lagi mencabar berbanding bulan biasa kan sebab makanan di bulan puasa, boleh tahan mencabar. Tu belum sambung ke bulan Syawal pula kan. 


MF setakat ni tak turun banyak.. Cuma 2kg je turun. Alhamdulillah... Apa pun, MF bukan target nak kurus cuma nak kecilkan beberapa Part yang terlebih lemak je. Tapi belum mula untuk senam... Jadinya, harapan tinggal harapan. Haha...


Cuma pesanan MF buat semua yang membaca entry dan blog ni. Kalau dah kurus jangan delete pahala Ramadan yang dah dikumpul tu... 

Camne boleh terdelete? 

Ye lah.. Bila dah kurus.. Buka aurat do pagi Syawal... Makanya... Hmmm.. Faham-fahamlah sendiri kan... 

Jadi, betulkan niat kita kurus kerana Allah bukan sebab nak jadi ratu kebaya. 


Sekian. 

Mei 27, 2019

Hukum tinggal puasa dengan sengaja

Hukum tinggal puasa dengan sengaja


Hukum tinggal puasa dengan sengaja, berdosa besar. 


Wajib ganti dengan apa cara sekalipun. 


Walaupun kita tergolong dalam golongan yang diharuskan berbuka, tapi tak boleh tinggal dengan sengaja. 


Wajib cuba puasa, jika tidak mampu barulah berbuka. 


Siapa golongan yang diharuskan berbuka puasa?

Boleh rujuk di entry ini:

GOLONGAN YANG HARUS BERBUKA PUASA


Percaya atau tidak... Ramai yang masih ambil mudah bab puasa. 

Tak percaya nanti tengoklah Ops Puasa dalam 999 TV3 nanti... Tengok lah.. Golongan yang sengaja tinggal tu terdiri dari orang tua dan yang sengaja mencari alasan untuk tidak berpuasa. 


Hmm.. Puasa ni takde teruk mana... Bahkan seronok dibuat selalu walaupun bukan bulan puasa. Kalaulah mereka mengetahui... 

Mei 26, 2019

6 TIPS BISNES DARI MAIL UPIN IPIN


Siapa tak kenal Upin, Ipin dan rakan-rakan, kan? Dan antara rakan-rakan mereka, ada seorang rakan mereka yang pandai meniaga. Siapa lagi kalau bukan Mail.

6 TIPS BISNES DARI MAIL UPIN ipin

Meh nak kongsi 6 tips bisnes dari Mail yang mana kita sendiri boleh duplikasi dalam bisnes kita. Jom baca satu-satu:


1.  KONSISTEN

Faktor utama bisnes tumbang sebab tak konsisten. Tapi anda lihatlah sendiri Mail. Konsisten menjual. Sikit pun dia tak penat, mengeluh.


2. BUANG RASA MALU

Waktu mula-mula Upin Ipin meniaga bantu Mail menjual di pasar, mereka malu. Mail meyakinkan mereka. Mail kata, awalnya dulu dia pun malu. Tapi kalau nak berjaya dalam bisnes, kena buang rasa malu. Jangan rasa malu nak niaga.


3. SEDEKAH

Waktu mereka solat jemaah waktu malam, Upin, Ipin dan kawannya membantu mengemas surau. Dalam masa yang sama, Mail cuba menyumbat wangnya ke dalam tabung surau yang dah sendat. Ya, ini caranya, sedekah!


4. NETWORK

Lihatlah jaringan yang ada pada Mail. Semua orang pun dia kenal. Sama macam bisnes kita. Jika kita mahu kukuhkan bisnes kita, bina network, besarkan jaringan.


5. UPSELL

Ini mungkin tips yang paling mahal. Mail tidak menjual ayam gorengnya satu, tapi dua! (dua seringgit). Barang lain yang Mail jual pun selain ayam goreng, semuanya dua, bukan jual satu. Ini namanya upsell. Jual lebih dari satu untuk kaut untung yang lebih banyak.


6. RAJIN

Ini juga tips yang sangat penting. Dalam bisnes, kena rajin. Ya, bisnes memang penat. Tapi kalau dilayan rasa malas, bisnes takkan ke mana.


Belajar sesuatu dari tips Mail ni? Dan kepala otak mail.. Semua apa yang ada boleh dijadikan sumber wang dan bisnes. Nampak tak?


Jadi, nak berjaya dalam bisnes ni.. Kena rebut ruang dan peluang. Yang penting minat dan keazaman yang tinggi... Insha Allah.. Pasti berjaya. 


Kredit : Facebook 

Mei 25, 2019

Nak dapatkan malam Lailatul Qadr, usahakan buat 14 amalan ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah Allah panjangkan usia masuk ke 10 akhir Ramadhan, maka bermula misi mencari lailatulQadr.

Nak dapatkan malam Lailatul Qadr, usahakan buat 14 amalan ini!


Susunan amalan untuk rujukan sepanjang 10 akhir Ramadhan.


  • 1. Solat sunat qabliyah Maghrib
  • 2. Solat Maghrib berjemaah
  • 3. Solat sunat ba'diyah Maghrib
  • 4. Solat sunat qabliyah Isya'
  • 5. Solat Isya' berjemaah
  • 6. Solat ba'diyah Isya'
  • 7. Solat terawikh berjemaah
  • 8. Solat witir berjemaah
  • 9. Bersedekah
  • 10. Baca AlQuran
  • 11. Banyakkan berdoa
  • 12. Qiamullail
  • - solat sunat tahajjud 2 rakaaat
  • - solat sunat taubat 2 rakaat
  • - solat sunat hajat 2 rakaat
  • - solat sunat tasbih (kalau mampu)
  • 13. Solat sunat qabliyah subuh
  • 14. Solat subuh berjemaah


Yang paling penting, bermujahadahlah! Semoga Allah berikan kekuatan dan mengurniakan kita lailatulQadr.

Kredit: Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi

Bagi MF sendiri, mencabar nak buat semua tu... Apa pun usahalah sedaya mungkin. Tak mampu nak buat semua, jangan tinggal semua. 

Jom kawan, mulai malam ni... kita cuba buat yang mana kita mampu buat... usahakanlah untuk buat. Lailatul Qadr itu lebih baik dari 1000 bulan. Kalau dapat malam tu, ibarat kita beribadah 1000 bulan yang kalau dikirakan menyamai 83 tahun lebih... Kita pun belum tentu hidup sampai usia tu kan.jadi beruntung sangat siapa yang dapat. 

Jomlah kita sama-sama usaha yang mana boleh. Insha Allah... selebihnya kita bermujahadahlah moga kita memperoleh Lailatul Qadr. 


Templak diri sendiri... 
Kalau buat kuih kau mampu kan.. tak kan nak solat lebih sikit pun berkira... 

First Aid Balik Kampung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cuti bermula, bila nak balik kampung. Seronok balik kampung, yang tak seronok ialah nak packging barang... haha...


Nak packing barang ni, banyak sangat benda kena ingat. Antaranya yang MF tak lupa ialah ubat-ubatan. Ini semua persediaan awal, sebab kadang malas nak pergi klinik atau farmasi. Jadi, beli awal-awal dan simpan.


Nak-nak bila ada anak ramai ni kan... Kesihatan yang tak boleh dijangka depa ni. Jadi, kena standby je ubatan yang asas seperti ubat demam dan ubat batuk.

Tapi ada lagi keperluan lain kena juga disediakan sebagai persediaan awal terutama bagi yang ada anak.

Jom, kita tengok apa keperluan lain sebagai persediaan balik kampung selain baju bajan dan kuih raya.
Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!

First Aid Balik Kampung

Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!
Mesti ada ni, banyak kegunaan. Selain sebagai losyen, boleh juga dijadikan rawatan awal kalau tetiba suhu badan meningkat.. Sapu kat dahi dan pelipat badan untuk redakan panas badan. 

Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!
MF memang guna ini, untuk ruam gatal dan alergik. Anak-anak MF akan disapu dengan Talcum Cosmoderm ni. Banyak dijual kat Guardian, Watson ataupun AEON Wellnes.

Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!
Ini, untuk pastikan anak-anak tenang... Urut kat badan dan kaki... untuk tidur lena dan tenang.

Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!
Persediaan untuk anak kembung perut... Dewasa pun boleh juga guna, tetiba sebu lepas buka puasa dalam perjalanan, pun boleh sapu ni.

Persediaan Balik Kampung, Jangan Lupa Bekalan Ini!
Siap sedia dah sepapan ni... 

First Aid Kit Balik Kampung
Persediaan untuk luka-luka kecil..

First Aid Kit Balik Kampung
Wajib ada ni sejak ada anak. Tak pernah takde kat dalam kereta pun memang ada ni. Sekarang anak dah besar, takde dah buat lap bontot, tapi persediaan lain, lap tangan lepas makan atau makanan yang tumpah.

First Aid Kit Balik Kampung
MF memang sedia dengan ubat batuk ni. Rasa yang sedap dan tak mengantuk boleh kurangkan rasa mengantuk. Untuk anak-anak pun sesuai. Sukatannya ada tersedia pada kotak mengikut had umur.

First Aid Kit Balik Kampung
Perlu sangat paracetamol ni. Kalau demam bagi ni je... Ikut sukatan dan kiraan berdasarkan berat anak. 

First Aid Kit Balik Kampung
Ini untuk suami, wajib ada nih... cream untuk legakan sakit otot. rasa panas dan hilangkan ketegangan ketika memandu. 
Kalau ikut gambar MF masukkan yang penting je ni. Tapi ada lagi.

  • Ubat migrain dan darah tinggi suami 
  • Minyak asmak sebagai persediaan untuk anak batuk. 
  •  Ubat asma anak 
  • Inhaler untuk MF sendiri 
  • Minyak gamat 
  • Tisu 
  • Gunting 
  • dan beberapa ubat lain yang dirasakan perlu. Ikut kepada keperluan masing-masing. 


Memang sebekas tu khas ubatan sahaja. Wajib ada... senang kalau perluka rawatan awal kan... Dah la farmasi tutup kalau time raya, jadi dah ada ni, takdelah kelam kabut lagi. Sebagai persediaan awal sahaja. Tapi harapnya, semuanya sihat-sihat dan dilindungi Allah sentiasa.

"aku lebih baik daripada kamu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"aku lebih baik daripada kamu!

"aku lebih baik daripada kamu!

Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa lebih baik daripada orang lain...

Selagi ada rasa itu, selagi itulah kita belum menjadi orang yang baik.  Bahkan kitalah mungkin orang yang paling jahat.

Bukankah permulaan kejahatan syaitan itu bermula dengan rasa "aku lebih baik daripada kamu! "

(Dipetik daripada facebook Pahrol Mohamad Juoi)



kredit gambar: google

Mei 24, 2019

Mana lebih afdhal bila berbuka puasa? - Makan Nasi ke Solat Maghrib Dulu

Mana lebih afdhal bila berbuka puasa? - Makan Nasi ke Solat Maghrib Dulu

Ada orang kata, makan sikit dulu, berbuka dengan makanan manis atau buah ke atau air, kemudian solat. Lepas tu baru makan nasi atau makan makanan yang berat lain.
Kenapa?
Kalau makan nasi dulu tak boleh ke..

Ini jawapannya

Mana lebih afdhal bila berbuka puasa? - Makan Nasi ke Solat Maghrib Dulu

Mei 23, 2019

Fasa Kedua Ramadhan Hampir Berakhir, Rugi Tak Buat Amalan Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Diceritakan dari Salman RadiyaLlahu 'anhu, ia berkata :


Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadhan. Barangsiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya.

 Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah Bulan Ramadhan awwalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka.

Barangsiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka.

Dan barangsiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ". Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, kemudian berkata hadith ini sahih. dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572)

Fasa dalam bulan Ramadhan, fasa puasa

Fasa Kedua Ramadhan Hampir Berakhir, Rugi Tak Buat Amalan Ni


Pada Bulan Ramadhan dibahagi kepada 3 bahagian diantaranya :

(1). Pada 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. 


Pada 10 hari itu, banyak sekali rahmat yang diturunkan Allah kepada kita. Bukan sahaja rahmat bahkan nikmat juga.

Rahmat ni maksudnya kasih sayang Allah. Allah beri kita rezeki, kekuatan dan juga rezeki berupa makanan.

Rahmat Allah juga, awal Ramadhan Allah bagi kita semangat puasa yang tinggi. Sebab tu kena banyak doa, dan ibadah supaya kita dapat istiqamah hingga hujung puasa.

(2) Kemudian 10 hari kedua di Bulan Ramadhan adalah maghfirah. 

Fasa dalam bulan Ramadhan, fasa puasa

Pada 10 hari kedua, banyak dosa yang diampunkan bila kita bertaubat.

Kita sekarang berapa pada fasa ini.
Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak solat malam, berdoa dan zikir,serta banyak-banyak bermuhasabah diri/bertaubat nasuha.

Kerana pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita buat. Dan hendaknya kita berdoa dan zikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari seksa api neraka.

(3). Dan sepuluh hari terakhir di Bulan Ramadhan adalah penghindaran diri dari seksa api neraka. 


Sepuluh hari terakhir inilah kesempatan kita untuk menyucikan diri kita dan banyak2 berdoa agar kita sentiasa dihindarkan dari api neraka.

Fasa akhir ini juga adanya malam lailatul Qadr, yaitu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (QS. Al-Qadr).

Oleh karena itu, hendaknya di 10 hari terakhir, kita benar – benar berjuang untuk mendapatkan lailatul Qadr. Insya Allah mudah2an dapat dan bertuah sesiapa yang dapat.

Waktu ni, banyak kan istighfar, sedekah dan iktikaf. Dan fasa akhir ni mencabar sebab banyak dugaan dan bala tentera syaitan. Hanya orang yang kuat iman dikira berjaya dalam bulan Ramadhan ni.

Jadi, jom rebut peluang fasa kedua ni... Dah nak habis dah ni.. Rugi kalau tak rebut.

Semoga bermanfaat. 

Mei 22, 2019

Daging Goreng Bijan Pedas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daging Goreng Bijan Pedas | Semalam, Menu daging untuk berbuka.

Bila menu daging ni, teringat plak menu daging pedas yang selalu kami beli kalau singgah ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli.

Sebab kan teringin tu, cubalah buat sendiri... Walaupun tak sama tapi rupa tu ada.

Bila buat tu takde lah susah mana pun sebenarnya. Bahan pun mudah dan memang ringkas nak masaknya.

Jadi, MF kongsikan resepi ni kot ada yang nak mencuba.


Daging goreng bijan pedas.

Daging Goreng Bijan Pedas
Daging Goreng Bijan Pedas

Bahan-bahannya


  • 1/2 kg daging
  • Chilli flakes
  • 3 sudu minyak bijan
  • 2 sudu minyak masak
  • Bijan
  • Gula dan garam


Cara memasaknya


  • Potong daging halus dan nipis.
  • Rebus daging hingga masak dan empuk.
  • Toskan daging dari air rebusan.


  1. Panaskan kuali.
  2. Masukkan minyak bijan (masa ni kena guna api yang kecil, sebab nanti minyak tu hangit.)
  3. Kemudian, masukkan cili flakes, daging, garam dan gula, bijan serta minyak masak. Gaul rata hingga serata dan naik bau.
  4. Dah rata semua bahan, boleh angkat dan hidang.


Masakkan ni memang kering. Kalau nak lembab sikit boleh masukkan air rebusan daging sikit.

Memang tak susah.. Tapi memang sedap. Bau bijan tu.. Memang terangkat.

Selamat mencuba. 

Wordless Wednesday | Kacang Yang Menyerupai Bentuk Otak

Makanan untuk cerdas kan minda anak

Kacang walnut adalah sejenis kekacang yang baik untuk otak.

Jika kismis orang selalu kaitkan dengan alternatif sebagai untuk tajam kan ingatan, walnut pula untuk kecerdasan otak.

Walnut kaya dengan omega-3, antioksidan, vitamin B dan juga vitamin E untuk otak dan mencantikkan kulit.

Jadi, walnut salah satu alternative Untuk kita jadikan jajan yang sihat dan baik untuk minda kita.

Jom amalkan untuk otak yang sihat dan cerdas. 

Penolong Akhirat yang datang setahun sekali

Pemberi Syafaat

Puasa dan Al-Quran Menjadi Pemberi Syafaat 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ


Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Puasa dan Al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.


2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, Puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri daripada makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.


3. Orang yang menyibukkan diri dengan Al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), Al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.


4. Ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca Al-Quran sebanyaknya.

 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:


حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ


“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (Sahih Muslim No: 804) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih


5. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan ini, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran seperti yang dilaksanakan di Negeri Johor. 


6. Rebut peluang bertadarus sepanjang Ramadan dan membanyakkan membaca al-Quran.  


Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup. Moga al-Quran menjadi penolong kita di akhirat nanti.


RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH


Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Mei 21, 2019

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap | Semalam datang mood rajin nak buat pencuci mulut. Bila bulan puasa nak makan yang manis-manis bila berbuka puasa.

Takde bahan apa yang boleh dibuat sebab tak plan pun, idea dan kerajinan tu datang secara tiba-tiba.

Teringatkan jagung dalam tin baki buat cekodok yang lepas. Nak buat cekodok lagi rasa macam tak lalu nak makan. Dan disebab itu, gigih mencari resepi yang mudah dan senang serta cukup semua bahan kat rumah ni.

Akhirnya terjumpa resepi kuih bakar jagung. Biasa orang buat perisa pandan, ni kita ubah buat jagung style.

Resepi asal, MF ubah juga sebab ada bahan takde, tapi alhamdulillah.. walaupun diubah suai, tetap menjadi dan sedap.

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap


Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap, kuih bakar mudah, kuih berbuka puasa.
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

Bahan-bahan untuk membuat kuih bakar jagung.


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (MF guna santan kotak Kara)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • 1 sudu pes/kordial jagung (MF guna jenama Double Lion)
  • 1 sudu minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit bijan


Cara membuatnya:


  1. Panaskan oven selama lebih kurang 10minit terlebih dahulu.
  2. Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam blender.
  3. Masukkan jagung dan kisar sebentar sahaja.
  4. Panaskan loyang di atas dapur sebentar, masukkan mentega dan biarkan cair. Tuang adunan yang di blender tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan.
  5. Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam dan 10 minit terakhir tukar kepada api atas sahaja dan menjadikan kuih lebih berkerak.
  6. Biarkan kuih sejuk sebelum dipotong. 
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap, kuih bakar mudah, kuih berbuka puasa.
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

Sukatan ni menjadikan kuih lembut di dalam dan berkerak diluar. Rasanya, cukup manis-manis je dan tak terlalu manis. 

Resepi ni juga takde letak telur dan sesuai untuk sesiapa yang alergik telur. 

Memang mudah sangat nak buat. Boleh la sesiapa nak mencuba sebagai juadah berbuka puasa nanti. 

Selamat mencuba.

Bala tentera syaitan dah ready di bulan Ramadhan

Syaitan ketika puasa


Hujung Ramadhan ni syaitan dah standby dah... Nak lancarkan serangan untuk umat Islam. 


Yang berjaya hadapi dikira menang dalam bulan Ramadhan. 


Banyak bala tentera dia.. Antaranya, hampir akhir Ramadhan, saf di masjid makin surut, pasaraya dah makin ramai orang. Lagu raya semakin kedengaran, penghayatan Ramadhan semakin berkurangan.


Lagu dan drama raya sudah mudah diiklankan. Juadah raya makin sibuk orang buatkan.

Sedangkan di akhir Ramadhan itulah paling banyak pahalanya. 

Itulah.. Yang berjaya dalam Ramadhan ni bukan siapa yang berjaya mulakan... Tapi siapa yang berjaya istiqamah hingga ke hujungnya.. 


Renungkan... 

Mei 20, 2019

7 Kelebihan Barli berbanding oat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BARLI ATAU OAT?

Persamaan
Kedua-duanya mempunyai GI yg rendah iaitu 25-27.
Kedua-duanya tidak akan sebabkan gula darah naik selepas di makan.

Perbezaan

Kelebihan minum air barli

Sumber: Google images

 7 Kelebihan Barli berbanding oat

Tetapi ada sesuatu yang ada dlm barli yang tidak ada dalam oat iaitu :

1. Barli boleh menguatkan sistem imun sedangkan oat tidak.

2. Barli boleh membaiki masalah kekurangan sel darah merah sedangkan oat tidak.

3. Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma sedangkan oat tidak.

4. Barli boleh menguatkan tulang serta elakkan osteoporosis sedangkan oat tidak.

5. Barli boleh mengurangkan kolesterol sedangkan oat tidak.

6. Barli boleh mencuci usus serta lakukan proses detoksifikasi sedangkan oat tidak.

7. Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang dan batu hempedu sedangkan oat tidak.

Dan yang penting, barli adalah salah satu makanan sunnah.

Terdapat beberapa hadis sahih tentang barli, antaranya:

Diriwayatkan dari ‘Aisyah:
“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” (H.R. Ibnu Majah(3440); Ahmad (VI/32); Tirmidzi (2110) dan ia berkata: Hasan sahih. Syaikh Albani berkata dalam Shahihul Jami’ (4522): Shahih.

Barli sedap dimakan dan dibuat air.. Bulan puasa ni antara air kesukaan mak dan abang MF... Setiap hari mesti minum air barli ni.

MF pula suka campurkan dalam air cikong. Cuma kalau beli kedai terlebih gula, kena lah tambah bergelen air masak untuk hilangkan manis tu. Tapi tetap sedap dimakan macam tu je barli ni.

Barli baik untuk badan, tapi tak ramai yang suka. Bubur barli.. Hmm.. Lama pula tak makan.. Boleh buat hari ni sebagai pemanis mulut.. Insha Allah.

Apa pun.. Oat juga dari Allah... Cuma khasiatnya lain... Ada juga cuma lain lah kan.. Tapi kalau amalkan barli dapat satu kelebihan sebab kita amalkan pemakanan sunnah... Sunnah dalam pemakanan, insha Allah dapat pahala.

Semoga Bermanfaat

Manusia yang terbaik dan terburuk

Manusia yang terburuk


Manusia yang terbaik ialah umur yang panjang dan bermanfaat kepada orang lain. 


Manusia yang terburuk ialah umurnya panjang, tapi amalannya sangat menjengkelkan dan tak bermanfaat kepada orang lain. 

Mei 18, 2019

Hukum Dengar Radio/Lagu Ketika Puasa

Puasa... Kita ada banyak masa waktu siang. Sebab kita tak fikir nak makan kan.


Jadi, sambil buat kerja kadang rasa bosan... Buka lah radio atau mp3 untuk dengar lagu. 


Kat radio ni, macam-macam jenis lagu ada... 

Tapi kita puasa... Camne eh.. Boleh ke dengar lagu ketika puasa? Kurang ke pahala puasa ke makruh ke batal puasa eh.


Baik.. Info grafik ini ada jawapannya. 

Hukum Dengar lagu ketika sedang puasa

Ha... Jelas kan.. 

Memang tak batal puasa tapi boleh kurangkan pahala puasa kalau kita dengar perkara yang sia-sia dan melalaikan.


Nak dengar musik atau lagu?

Boleh... Pasang lah lagu yang menyebabkan kita mengingati Allah atau Rasul bila kita mendengarnya. Lagu nasyid, zikir, qasidah dan selawat. Lagu berunsur ketuhanan dan menjadikan kita ingat pada Allah. Lagu macam tu takpe. 


Tapi kalau lagu yang melalaikan... Lagu yang melekakan... Baik jangan dengarlah... Sebab puasa ni bukan tahan perut dan mulut daripada makan je... Tapi juga puasa mata, telinga, dan hati juga. 


Eh.. Dengar lagu raya takpe kan... 

Hehe.. Dah ada jawapan di atas tu... Sebaiknya hayatilah kedatangan hingga ke hujung nya... Nak dengar lagu raya, hari raya nanti pasang lah dari pagi sampai petang pun takpe... 


Semoga bermanfaat... 


P/s: Dengar lagu Sesungguhnya dari Aliff Satar dan Raihan... Best tu... Ada unsur ketuhanan... Penuh keinsafan. 

7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA

Protein penting untuk tubuh. Setiap hari diperlukan. Sumber terbaik dari tumbuhan. Tapi ada juga protein daripada haiwan seperti ayam, telur dan daging.

Dalam diet yang sihat, protein wajib ada. Orang kata nak diet jangan makan ayam, daging... makan ikan je... Hmm.. kurang tepat diet macam tu.

Protein wajib ambil walaupun diet bahkan sangat penting ketika berpuasa.

7 SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA
sumber: google images

Protein penting sebab:
.
1. Bolehkan kita bergerak
.
2. Sokongan kepada struktur sel.
.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
.
5. Sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibodi. Bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.
.
6. Berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.
.
7. Protein mengeluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.
.
Jadi, kena ambil protein setiap hari. Kurang protein beri impak buruk pada kesihatan.

Kesan kurang protein:

Hilang otot, letih, perkembangan terbantu & lemah sistem imun adalah hadiah dari diet kurang protein.

Kredit: Facebook

Mei 17, 2019

10 WAKTU DOA PALING MUSTAJAB DI BULAN RAMADAN

1. Sepertiga Malam Terakhir

2. Waktu Sahur

3. Sepanjang Waktu Puasa

4. Menjelang Berbuka

5. Malam Lailatul Qadar

6. Saat Adzan

7. Diantara Azan Dan lqamah

8. Ketika Sujud Dalam Solat

9. Ketika Hujan Turun

10. Pada Hari Jumeat


Mei 16, 2019

Alhamdulillah... Rezeki dapat duit raya RM450

Alhamdulillah... Sedikit atau banyak tak penting.. Yang penting rezeki itu dari Allah...

Walaupun tak sebanyak mana pun lah kan... Berbanding bonus raya orang lain.. Tapi aku bersyukur saja... RM450 tu sekurang-kurangnya dapat la tampung duit minyak dan tol pergi balik kampung.


Yang lain-lain takde apa sangat nak dibelanjakan... Insha Allah... Yakin dengan rezeki Allah untuk kami sekeluarga walaupun semewah mana sekurang-kurangnya ada.


Rezeki ni tak kira banyak atau sikit... Yang penting syukur dan yang kedua berkat. 


Banyak tapi tak syukur pun akan rasa tak cukup aje... Itu menjadikan ianya tak berkat. 


Bagi yang bukan kerajaan, jangan bandingkan rezeki kami.. Aku yakin, korang pun pasti ada rezeki yang Allah dah tentukan untuk korang. Yang penting yakin rezeki Allah tu luas dan banyak cara lain Allah nak turunkan rezeki tu... 


Moga Allah lapangkan rezeki buat kita semua... Insha Allah... 

Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh |  Ramai anak-anak yang sebaya anak MF dah mula berpuasa. Anak MF setakat hari ni belum berpuasa lagi... bahkan MF sendiri tak menekankan dia berpuasa.

Kenapa?

Sebab dia sendiri belum baligh. Tak jadi kewajipan pun untuk puasa. Tapi tak salah nak melatih dia berpuasa.

MF melatih tapi dengan cara tak memaksa dan memandangkan anak MF pun tak sedia nak puasa. DUgaan dari adik-adik buatkan dia tak mampu nak menahan untuk makan.

Apa pun, time tak puasa boleh pula seharin tak makan sebab main. Masa bulan puasa bukan main lagi kuat makan... adehhh ...


Bagi yang suruh anak berpuasa sebelum usia baligh bagaimana hukumnya?

Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh


Hukum Puasa Anak Yang Belum Baligh

Hukumnya sah puasa jika cukup syarat sah puasa. Dapat pahala, insha Allah... Tapi kalau tak puasa pun tak mengapa sebab belum baligh.


Tapi wajib bagi ibu bapa melatih anak berpuasa secara hikmah.

Tapi yang lebih wajib ajar anak solat sebab itu lebih utama... Insha Allah, kalau solat terjaga yang lain juga terjaga.

Jadi, bab ajar anak puasa, jangan lupa ingatkan dia untuk solat lengkap juga barulah seimbang. Suruh anak puasa, tapi solat tak pula diajak.. Tak kena macam tu...

5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup| Hari ini 16 Mei 2019, sekali lagi hari ulang tahun untuk meraikan para guru di Malaysia khasnya.

Guru atau popular dengan panggilan cikgu, dikenali sebagai seorang yang bertugas mendidik di sekolah tak kira sekolah tadika, taska, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.

Semua daripada kita dewasa hasil didikan guru. Apa pun jadi kita hari ini sedikit sebanyak hasil didikan guru sekolah.

Namun, dalam mendidik kita menjadi dewasa ada guru yang terbaik mendidik kita menjadi dewasa yang baik.

Siapa guru yang terbaik dalam hidup kita?


5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup

1. Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w adalah guru dan murabbi yang terbaik bagi seluruh umat manusia.

Memang tiada yang terbaik melainkan Rasulullah s.a.w yang terbaik. Bahkan Rasulullah digambarkan sebagai sebuah al-Quran yang sangat lengkap dari semua aspek kehidupan.

Rasulullah SAW mengajar kita dari sekecil-kecil hal seperti adab nak buang air hinggalah sebesar-besar hal seperti menjadi pemimpin negara.

Rasulullah SAW adalah yang terbaik. Jadi, sepatutnya Rasulullah SAW adalah role model yang semua orang kena contohi..

Dan Rasulullah S.A.W juga tinggalkan 2 benda yang paling penting untuk kita iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w untuk jadi panduan sepanjang hidup kita. Pegang 2 ni, in sha Allah tak kan sesat hidup kita.

2. Ibu bapa

Ibu bapa adalah guru yang terawal dalam hidup kita. Sebelum kita berjumpa dengan pendidikan yang formal di sekolah, kita akan dididik oleh ibu bapa.

Sebab itu banyak pepatah Melayu dan pesanan Rasulullah SAW tentang didikan ibu bapa kepada anak.

Jadi, kemenjadian seseorang itu asasnya adalah dari ibu bapa. Ibu bapa kena jadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Jika anak tak menjadi selepas kita memberikan didikan yang terbaik itu adalah ujian untuk kita. Tapi jika kita tak mendidik dengan baik, itu adalah salah kita sendiri sebagai ibu bapa.

Jadi, jika anak bermasalah sama-sama kita muhasabah diri sebagai ibu bapa. Di mana salah dan silap kita.

3. Guru sekolah

Selepas ibu bapa, guru sekolah adalah guru yang terbaik untuk mendidik kita. Memberi seluruh ilmu yang diperlukan dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Bermula dari tadika hingga ke peringkat universiti, merekalah guru yang terbaik untuk kita.

Didikan mereka menjadikan kita dewasa dan berjaya hari ini. Jangan pernah lupa jasa mereka menjadikankita dewasa.

4. Pengalaman hidup.

Pengalaman itu adalah guru terbaik dalam hidup kita. Bila kita dah habis alam pembelajaran formal, Pengalaman hiduplah mengajar kita menjadi matang dan dewasa dalam hidup.

Segala liku kehidupan itulah pengalaman yang menjadikan kita semakin dewasa dan belajar sesuatu dalam hidup.

Jadi, berterima kasih lah kepada pengalaman hidup yang penuh berliku itu... Kerana itulah guru untuk menjadikan kita dewasa.

5. Rakan dan keluarga

Rakan sekeliling kita adalah guru untuk kita. Kalau baik kawan yang kita pilih, baiklah kita begitulah sebaliknya.

Namun, keluarga sentiasa menjadi guru terbaik kita sepanjang hayat kita. Tak kiralah keluarga angkat, keluarga kandung atau di rumah perlindungan itulah keluarga kita yang sentiasa mendidik kita menjadi baik.

Berterima kasih lah kepada 5 Guru terbaik dalam hidup kita.

Dan walaupun kita ada guru dalam hidup kita guru dalam diri kita iaitu iman dan akal kita tetap penting untuk memandu diri kita.. Kerana sebab itulah adanya dosa pahala dan syurga neraka. 

Mei 15, 2019

11 Makanan Yang Ramai Orang Beli di Bazar Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Makanan Yang Ramai Orang Beli di Bazar Ramadhan | Bazar Ramadhan, dalam orang dok kempen boikot orang tetap pergi sebab buat apa nak boikot kan... Bukan dosa pun pergi bazar Ramadhan.

MF agak lama tak pergi bazar sejak anak ramai... Tapi masa anak seorang dua dulu, boleh kata kerap sangat pergi bazar Ramadhan.

Apa yang orang suka beli kat bazar Ramadhan?

Macam-macam makanan ada kat bazar, tapi ada beberapa menu yang memang top ketika bazar Ramadhan je. Dan kalau bulan lain tu memang agak susah nak cari sebab tu menu ni top bulan Ramadhan.

Sumber : Google images 

11 Makanan Yang Ramai Orang Beli di Bazar Ramadhan

Antaranya:

#1 Ayam Percik

Ini memang menu hot di Bazar Ramadhan. Kalau penjual tu memang orang dah kenal, dia buat sedap.. kuah percik dia sedap... memang sanggup aje orang berbaris panjang nak beli.

Apa istimewa ayam percik ni?
Aroma, kuah dan sos dia yang merecik tu.. tu yang boleh menggugat iman puasa... hehe...


#2 Kuih Tepung Pelita

Ini kuih feveret MF juga ni, memang akan beli juga seringgit dua... Sedap dimakan sejuk kan... Kuih ni kalau makan cair dalam mulut dan bila dia lalu kat tekak, aduhai.. nikmatnya terasa berbuka puasa.

#3 Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Nasi tomato ni simple je, tapi jadi feveret ramai orang. Orang suka makan ketika berbuka. Waktu zaman bujang dulu, inilah yang MF beli selang seli dengan Nasi Kerabu... Tapi nasi tomato ayam masak merah lebih kerap beli tambah pula kalau ayam masak merahnya sedap dan tak kedekut...

#4 Roti John

Roti John ni walaupun ada jual kat pasar malam tapi entah kenapa tak sama dengan yang kat bazar Ramadhan.

Tapi nak cari roti John yang sedap tu payah juga, biasanya sos dan mayonis je lebih... tapi rasa kurang, tapi kalau ada yang sedap.. sanggup aje berbaris panjang. Makan sepotong pun dah terasa kenyang.


#5 Air Tebu

Air tebu, MF tak minum tapi feveret abang MF. Air wajib dia ketika buka puasa. Pernah try minum tak berapa suka dengan rasanya..

Kalau dapat yang ori itu memang terbaik tapi banyak dah campur air gula...terlebih manis jadi tak ori dah.

#6 Murtabak

Ini isu zaman sekarang, murtabak bawang katanya zaman sekarang. HIlang dah daging dan ayamnya.

Tapi beza murtabak ni di setiap negeri. MF dok kat KL style lain, dok JOhor lain dan kat kedah pun lain. Dan pastinya MF suka lagi murtabak di Kedah... hehe...

#7 Pulut Panggang

MF tak boleh makan pulut, tapi tengok pulut panggang terasa nak makan. Bau memang memikat... Kena plak inti sedap... haihh.. puasa.. jangan bayangkan.. haha

#8 Air Soya

Sedapnya air soya... Air soya kat bazar lain dari yang lain sebab fresh dan buat sendiri... Rasa pekat dan segar. Tambah pula dengan cincau.. lagi terangkat.

Kombinasi air soya, MF suka beli taufu fah... Masa mengandung anak pertama, sebulan makan taufu fah sepanjang Ramadhan... haha..

#9 Popia Basah

Popia basah ni menu rare kat Bazar, susah juga nak jumpa nih.. Kalau MF jumpa memang akan beli.. sebab dia tak sama macam popia yang biasa.

#10 Ayam / Kambing Golek

Ini menu pasti ada wajib ada kat bazar zaman sekarang. Ayam golek atau ayam panggang. Menu kambing ni dulu kat hotel dan buffet ramadhan je.. sekarang kambing dah masuk bazar juga. Jadi, orang biasa pun boleh makan kambing golek sekali sekala.


#11 Nasi Beriani dan Nasi Kerabu

Dua jenis nasi antara pilihan pengunjung bazar juga ni. Sebab tak mudah nak jumpa di bulan biasa.

Itulah istimewanya Ramadhan. Banyak sangat makanan kalau kat Malaysia ni sampai ada yang terbuang.

Buat penjual, masaklah dengan ikhlas dengan niat nak bagi orang berbuka puasa. Insha Allah rezeki jualan pun berkat dan makanan pasti sedap dan orang akan berulang. Jadilah penjual yang jujur, insha Allah ganjarannya dari Allah pasti ada. Tak rugi pun jujur berniaga.

Buat pembeli, belilah sekadarnya jangan sampai membazir.

Buat netizen, tak payah nak buat cabaran boikot bazar Ramadhan kesian orang yang menjual. Tak semua tak bagus.. ada yang betul mencari rezeki... 

Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna | Pernah tak beli ayam goreng ke, ayam panggang ke, bila gigit sampai ke tulang ada merah-merah dan kesan darah. Daging sikit liat.

Ada orang suka makan daging yang tak berapa masak begitu. Style omputih katanya.

Tapi sebenarnya, banyak bahayanya kalau makan ayam atau daging tak masak.

Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN.


Sumber : Google images

Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna

Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Dalam kes yang ringan, anda mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.

Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.

Sekiranya anda sayang dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74’ C

Jika anda makan di restoran, jangan teragak agak untuk pulangkan menu tersebut untuk di masak dengan sempurna.

Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini. Hati hati

Sumber: Public Health Malaysia


Memang bahaya Makan Ayam Tak MASAK. MF sendiri pernah alami keracunan akibat makan ayam.. Bukan sebab tak masak tapi sebab ayam lama.

Kalau beli ayam, part yang ada tulang baik masak dulu... Kalau nak simpan beku simpan yang daging sahaja.

Dalam tulang atau isi dekat tulang tu ada kuman dan bakteria yang berbahaya.

Fuhh.. Serik kena sekali.. Cukuplah.. Sekarang ni cukup berhati-hati kalau makan ayam.

3 Perkataan Yang Lebih Berat Daripada Nilai Emas

Para salaf berpesan dengan 3 perkataan, sekiranya ditimbang dengan emas sekalipun, nescaya ia lebih berat:

PERTAMA 

Siapa yang memperelokkan hubungan antara dia dengan Allah, nescaya Allah akan memperelokkan hubungannya dengan sesama manusia. 

KEDUA 

Siapa yang memperelok urusan batinnya, nescaya Allah akan memperelokkan urusan zahirnya. 

KETIGA 

Siapa yang mengutamakan urusan akhiratnya, nescaya Allah mencukupkan urusan dunia dan akhiratnya.


Harap faham maksudnya... 

Hidup kita bukan untuk Dunia tapi dari dunia untuk akhirat... 

Mei 14, 2019

Lagu Nasyid Sesungguhnya - Alif Satar feat Raihan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lagu Nasyid Sesungguhnya - Alif Satar feat Raihan | Raihan satu kumpulan nasyid yang pernah popular zaman 90-an. Kalau tanya budak zaman sekarang tak kenal dia kumpulan nasyid tu.

Raihan pernah slow selepas vokalis utama kumpulan itu, keluar kumpulan. Raihan terus bergerak sendiri.
MF juga meminati semua lagu kumpulan Raihan sebab liriknya yang memang menusuk QALBU.

Lagu Sesungguhnya, sesungguhnya raihan, alif satar feat raihan, lagu Sesungguhnya alif satar feat raihan.
Sumber: Google images

Lagu Nasyid Sesungguhnya - Alif Satar feat Raihan

Kini tahun 2019, Raihan kembali diperkatakan bila
melakukan 'come back' bila menyanyikan semula lagu mereka dengan berduet dengan Alif Satar.

Memang mengena betul kombinasi suara tu. Mendayu rasa bila dengar lagu nasyid ni.

Walaupun tak sama dengan penyanyi asal iaitu Nazrey, tapi lagu nasyid jika disampaikan dengan penuh penghayatan boleh sampai kepada pendengar.

Lagu Sesungguhnya ini sungguh mendalam maksudnya. Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh bekas vokalis Raihan.

Jom kita sama-sama hayati maksud lagu ini... Jangan hayati suara penyanyi yang sedap tu aje ye.. Hayati juga maksudnya. Moga menusuk QALBU dan muhasabah diri.

Lirik Lagu Sesungguhnya (Raihan) 



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu

Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

Songwriters: Nazrey Bin Johani

Mandi wajib selepas masuk Subuh di bulan Puasa, Sah Ke Puasa?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mandi wajib selepas masuk Subuh di bulan Puasa, Sah Ke Puasa? | Puasa dikira dari Waktu Subuh hingga Waktu Maghrib. Kita dibenarkan makan sahur hingga waktu Imsak je. Masuk je Subuh dah kena puasa.

Tapi persoalannya bila kita dalam tidak suci di mana waktu haram kita berpuasa sebab tak suci kerana berhadas besar.

Mungkin bagi wanita yang berhaid. Haidnya habis waktu malam, dan dia bertangguh mandi keesokannya.

Atau pun... Niat nak mandi waktu sahur sekali terlajak pula sahurnya. Dah tak bangun mandi dan tak sahur. Bila tersedar dah Subuh.

Jadi, macam mana status puasanya? Dikira boleh puasa ke tak hari tu?

Baik... Ini jawapannya.

Mandi wajib selepas masuk Subuh di bulan Puasa, Sah Ke Puasa?
Mandi wajib selepas masuk Subuh di bulan Puasa, Sah Ke Puasa?

Sah ke puasa, mandi wajib selepas masuk waktu Subuh? 

Bagi situasi mandi wajib selepas waktu Subuh adalah sah puasanya. Tidak menjadi kesalahan. Asalkan memang niat malam untuk berpuasa keesokannya. Kalau tak niat nak puasa. Tak kira berpuasa.

Cuma hukumnya, makruh menangguhkan mandi wajib selepas waktu subuh. Tapi PUASANYA TETAP SAH selagi mematuhi syarat sah puasa.

Ini juga seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah dah artikel yang berkaitan, Hukum Mandi Wajib Selepas Masuk Waktu Subuh.

Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu. 
Majoriti ulama berpendapat:
Sahlah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh. 
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tetapi sebaiknya, mandilah waktu malam sebelum tidur untuk elakkan terlajak sahur dan mandi lewat.

Dalilnya:
Sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar dan dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

أَنَّ اَلنَّبِيَّ - صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. [Hadis Muttafaqun ‘alaih]

Sama juga bagi wanita yang haid atau nifas. Jika haidnya habis malamnya, bersegeralah mandi jangan bertangguh.

Sekian, semoga bermanfaat. 

Mei 13, 2019

Tips beli makanan di bazar Ramadhan


Jangan tengok makanan je menarik kena tengok penjual dan gerainya juga....


Kalau tak bersih, penjualnya juga tak bersih baik jangan beli... Seram kan kalau beli. 


Apa pun.. Beli ikut apa yang dimakan... Sesekali nak jumpa payah kan.. Kecuali bulan Ramadhan.. Jangan beli ikut nafsu...