AKU INGIN MENJADI SEPERTI UWAIS AL-QARANI

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

AKU INGIN MENJADI SEPERTI UWAIS AL-QARANI | Dalam mencari keredhaan Allah kita kadangkala di uji dan di uji dengan hati. Apakah yang kita mahu sebenar dalam kehidupan kita? Kemasyuran sehingga nama kita meniti setiap bibir-bibir manusia atau tidak dikenali langsung oleh orang? Yang mana menjadi pilihan kita?

Ada insan terkenal ketika hidup, ada insan terkenal selepas dia meninggal dunia dan ada insan memiliki kedua-duanya.

Kisah Uwais al-qarni, Kisah Teladan berkati kepada ibu, selamat hari ibu

Aku ingin menjadi seperti Uwais al-Qarani


Tahukah kita siapa Uwais al- Qarani? Seorang tabiin yang ketika hidupnya di zaman Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun beliau tidak sempat bertemu Rasulullah shallallahu alaihi wassalam kerana ketika dipertengahan perjalanan ingin bertemu Baginda shallallahu'alaihi wasallam, bondanya sakit. Beliau menggambil keputusan untuk pulang demi seorang ibu.

Kisah Uwais al-qarni, Kisah Teladan berkati kepada ibu, selamat hari ibu

Kenapa beliau menjadi terkenal? 

Beliau menjadi terkenal kerana beliau meraikan ibunya dan beliau tidak dapat bertemu dengan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam namun Baginda shallallahu'alaihi wasallam mengiktiraf beliau sebagai seorang yang makbul doanya.

Kisah Uwais al-qarni, Kisah Teladan berkati kepada ibu, selamat hari ibu

Beliau bukan orang kaya, bukan pahlawan, bukan pedagang malah beliau hanya orang miskin. Kerja beliau mengangkat barang dagangan, mengambil upah menjaga kambing kerana beliau tidak mahu dikenali apabila beliau tahu yang Rasulullah shallallahu alaihi wassalam berkata doanya makbul. Allahuakbar.

Sebagaimana dalam kisah Uwais Al-Qarani dalam Shahih Muslim (no 2542), bahawa Umar radhiyallahu’anhu berkata; Saya mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

يأتي عليكم أويس بن عامر مع أمداد أهل اليمن من مراد ثم من قرن كان به برص فبرأ منه إلا موضع درهم له والدة هو بها بر لو أقسم على الله لأبره فإن استطعت أن يستغفر لك فافعل فاستغفر لي فاستغفر له

Ertinya: “Akan datang padamu semua seorang bernama Uwais bin ‘Amir beserta sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, dia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit supak lalu sembuh dari penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu yang dia amat berbakti padanya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu -dengan sebab amat berbaktinya terhadap ibunya itu-. Maka jikalau engkau kuasa meminta padanya agar ia memintakan pengampunan -kepada Allah- untukmu, maka lakukanlah itu!” Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan kepada Allah -untukku. Uwais lalu memohonkan pengampunan untuk Umar”.

Jika kita hari ini, apa kah kita akan buat jika kita tahu dan maklum doa kita makbul apatah lagi orang yang memberi pengiktirafan itu bukan orang sebarangan tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang mana kata-kata baginda adalah benar. Sudah tentu kita mahu dikenali. Jauh beza iman kita dengan Uwais al-Qarani.

Manusia yang popular di langit

Beliau terkenal di atas langit namun di bumi, dia tidak terkenal malah dia tidak pernah mem"promosi"kan diri untuk dikenali kerana beliau takut dengan pengiktirafan itu. Dan beliau telah memilih untuk menjadi tidak terkenal. Memilih! Malunya kita dengan Uwais al-Qarani. Mampukah kita menjadi seperti beliau?

Uwais al-Qarani berjaya menjadi orang yang hebat malah beliau berjaya membuktikan, kelebihan itu tidak berjaya melumpuhkan imannya.

Dalam al-Quran surah Al-Araf, Ayat 155, Allah berfirman: Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

Hebat tabiin yang bernama Uwais al-Qarani. Ya Allah, jadilah aku seperti Uwais al-Qarani.

Yang tidak popular di dunia, biar tiada yang mengenali ku di dunia, agar aku menjadi sebutan oleh para makhluk di langit...

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Kisah Uwais al-qarni, Kisah Teladan berkati kepada ibu, selamat hari ibu

Kesimpulan


  1. Berusahalah kita menjaga iman kita seperti mana Uwais yang menjaga imannya supaya tidak leka dengan kelebihan yang dia ada. 
  2. Biar tidak menjadi sebutan di dunia tetapi menjadi sebutan oleh penghuni langit iaitu malaikat Allah.
  3. Berusahalah untuk lindungi diri menjadi sebutan orang kerana untuk melindungi dari sifat riak, ujub dan takbur.
  4. Berbaktilah kepada ibu ayah sedaya mu kerana itu meningkatkan darjat mu di akhirat sana. Seperti mana Uwais yang mengutamakan ibunya menjadikan dia seorang yang diangkat Rasulullah S.A.W sebagai seorang yang dimakbulkan doanya. 


Semoga kisah Uwais al-Qarani menjadi iktibar buat kita. Selamat hari ibu... Hari-hari hari ibu... I love you mom for every seconds...

Kredit gambar: Google images 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !