Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini cara solat di Surau RnR yang Ramai orang terlepas pandang | Dalam perjalanan jauh, Pasti sekali kita akan singgah di mana-mana surau di perjalanan. Sama ada surau di RnR atau Hentian Sebelah.

Tapi kadang bila ramai orang pelbagai ragam kita tengok di surau tu kan. Dan ragam tu kadang buatkan kita rasa tak senang. Sebab manusia akhir zaman, mana dia fikir orang lain. Dia fikir dia je solat. Orang lain tak payah.

Ingat! Bersedekah dan memudahkan orang lain beribadah itu juga satu kebaikan dan sedekah yang berpahala. Tapi ramai orang lupa bab ni.

Apa yang kita perhatikan, bila orang terlalu ramai di Surau RnR, sampai kadang boleh jadi sesak sebab sikap pentingkan diri sendiri ni.

Ambil wuduk lama, solat lama, solat kat depan pintu masuk. Bawa anak-anak kecil. Bersolek lama. Telekung bersepah. Doa panjang dan macam-macam lagi.


Jadi, apa kata kita ubah cara tu. Meh sini kita sedekah dalam ibadah. Mudahkan orang lain untuk solat juga sedekah yang barakah. Insha Allah.

1. Ambil wuduk pada anggota wajib sahaja.
 Terutama kalau solat waktu subuh atau maghrib. Waktu yang singkat, orang nak cepat. Jadi tak payah bazir kan air dengan wuduk yang panjang. Mudahkan orang lain juga nak berwuduk. Ada 4 anggota wuduk yang wajib kita basuh. berikut:

1. Muka
2. Tangan hingga p'gelangan siku
3. Kepala
4. Kaki hingga buku lali

2. Jika berjemaah, jangan baca surah panjang.
Bila solat pula, Imam janganlah baca surah panjang-panjang.

3. Pilih saf yang paling jauh dari laluan keluar masuk supaya orang tidak terpaksa lalu di hadapan kita semasa sedang solat.

4. Pastikan barang peribadi kita diletakkan di hadapan saf bagi mengelakkan diambil orang. Dan juga sebagai penghadang solat atau dipanggil sutrah.

5. Bersegera meninggalkan saf apabila selesai solat dan berdoa. Jika mahu bertafakur, mohon ke masjid atau surau utama.

6. Zikir pendek.
Lepas solat pulak siap zikir pendek cukup. Lepas tu doa yang ringkas. Tak perlu nak wirid bagai macam kat masjid.
.
Bukan apa, ramaaaaiii lagi kat belakang sedang tunggu nak solat. Maghrib atau subuh pula waktunya singkat. Zikir dan doa itu sunat, solat itu wajib!

7. Semasa masuk atau keluar dari surau, pastikan bukaan pintu tidak menyebabkan aurat orang lain di dalam surau terdedah.

LAIN-LAIN
8. Kebiasaannya surau menyediakan rak kasut. Susun kasut di rak. Kasut tumit tinggi kita mungkin mencederakan orang lain jika diletakkan depan pintu.

9. Cermin dan kipas dalam surau adalah untuk kegunaan awam. Hadkan masa kita menggunakannya. Jika mahu bersolek dan melilit tudung lawa-lawa, buat di bilik air.

10. Ubah mode telefon bimbit kepada mode senyap.

Tambahan khas untuk surau perempuan.

11. Sejadah boleh dibentangkan secara melintang. Dua orang boleh guna dalam satu masa.

12. Ringkaskan solat,wirid dan doa supaya memberi peluang kepada yang lain melaksanakan solat yang wajib. Kadang-kadang kita boleh pula termenung lepas solat duduk berteleku, sedangkan yang lain beratur pegang telekung tunggu giliran 😅

13. Perlu ada 'changing room' supaya kita tak memenuhi ruang solat terutamanya depan cermin. Apakata cuba ringkaskan cara bersiap. Tudung pun mungkin boleh cari yang instant😂

14. Anak-anak mungkin boleh take turn dengan ahli keluarga lain. Surau selalunya sempit kan. Masa suami solat isteri di luar dulu tengokkan anak-anak.

15. Telekung boleh sangkut dengan hanger dan tak terus lipat untuk elakkan bau-bauan menyesakkan hidung.

16. Sebaiknya bawa telekung sendiri. Tak perlu beratur berebut nak guna telekung. Kadang-kadang ruang surau masih ada tapi telekung pula tak cukup. Lagi mudah kalau pakai pakaian yang siap tutup aurat sempurna sewaktu Travel.. Senang tak payah fikir pasal telekung.

17. Tak perlu layan Facebook atau Instagram di surau RnR. Sebab ramai lagi memerlukan ruang di surau untuk solat. Bukan untuk selfie dan update status "done solat".

18. Berikan ruang kepada warga emas dan ibu mengandung menggunakan kerusi yang disediakan. Jangan pentingkan diri, pergi duduk atau buat letak tudung kat situ.

19. Carilah pahala dengan senyum dan sampaikan salam pada jemaah lain di surau. Tak kena bayar pun kalau senyum. 😊


Rasanya cukuplah 19 tips tu.. Mungkin ada yang nak tambah berdasarkan pengalaman masing2 semasa solat di RnR.

Kita cuba mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula. Tambah bab solat dan ibadah. Lagi banyak pahala. 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Betul sangat. Kadang solat kat RnR dah lah full pastu ade yg jenis duduk lama situ makeup situ baring kat situ tempat orang nak solat. Sabo jelah. Bagi saya lah. Senang pakai pakaian syariat amik wudhuk. Siap2 terus. Lepastu boleh terus solat pakai tu je. Hadkan penggunaan telekung supaya takde yg kelam kabut semua nak amik telekung nak tunggu telekung orang tengah pakai ke kan

    BalasPadam
  2. betul2 semua ni penting, klu dpt surau kt rnr yg baru n luar mcm ni oklah tp kalau time sesak berlama2... kesian kt org lain...

    BalasPadam
  3. khusyuk akak baca dari pangkal sampai hujung...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !