بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cuti bermula, bila nak balik kampung. Seronok balik kampung, yang tak seronok ialah nak packging barang... haha...
Nak packing barang ni, banyak sangat benda kena ingat. Antaranya yang MF tak lupa ialah ubat-ubatan. Ini semua persediaan awal, sebab kadang malas nak pergi klinik atau farmasi. Jadi, beli awal-awal dan simpan.
Nak-nak bila ada anak ramai ni kan... Kesihatan yang tak boleh dijangka depa ni. Jadi, kena standby je ubatan yang asas seperti ubat demam dan ubat batuk.
Tapi ada lagi keperluan lain kena juga disediakan sebagai persediaan awal terutama bagi yang ada anak.
Jom, kita tengok apa keperluan lain sebagai persediaan balik kampung selain baju bajan dan kuih raya.
First Aid Balik Kampung
|
Mesti ada ni, banyak kegunaan. Selain sebagai losyen, boleh juga dijadikan rawatan awal kalau tetiba suhu badan meningkat.. Sapu kat dahi dan pelipat badan untuk redakan panas badan. |
|
MF memang guna ini, untuk ruam gatal dan alergik. Anak-anak MF akan disapu dengan Talcum Cosmoderm ni. Banyak dijual kat Guardian, Watson ataupun AEON Wellnes. |
|
Ini, untuk pastikan anak-anak tenang... Urut kat badan dan kaki... untuk tidur lena dan tenang. |
|
Persediaan untuk anak kembung perut... Dewasa pun boleh juga guna, tetiba sebu lepas buka puasa dalam perjalanan, pun boleh sapu ni. |
|
Siap sedia dah sepapan ni... |
|
Persediaan untuk luka-luka kecil.. |
|
Wajib ada ni sejak ada anak. Tak pernah takde kat dalam kereta pun memang ada ni. Sekarang anak dah besar, takde dah buat lap bontot, tapi persediaan lain, lap tangan lepas makan atau makanan yang tumpah. |
|
MF memang sedia dengan ubat batuk ni. Rasa yang sedap dan tak mengantuk boleh kurangkan rasa mengantuk. Untuk anak-anak pun sesuai. Sukatannya ada tersedia pada kotak mengikut had umur. |
|
Perlu sangat paracetamol ni. Kalau demam bagi ni je... Ikut sukatan dan kiraan berdasarkan berat anak. |
|
Ini untuk suami, wajib ada nih... cream untuk legakan sakit otot. rasa panas dan hilangkan ketegangan ketika memandu. |
Kalau ikut gambar MF masukkan yang penting je ni. Tapi ada lagi.
- Ubat migrain dan darah tinggi suami
- Minyak asmak sebagai persediaan untuk anak batuk.
- Ubat asma anak
- Inhaler untuk MF sendiri
- Minyak gamat
- Tisu
- Gunting
- dan beberapa ubat lain yang dirasakan perlu. Ikut kepada keperluan masing-masing.
Memang sebekas tu khas ubatan sahaja. Wajib ada... senang kalau perluka rawatan awal kan... Dah la farmasi tutup kalau time raya, jadi dah ada ni, takdelah kelam kabut lagi.
Sebagai persediaan awal sahaja. Tapi harapnya, semuanya sihat-sihat dan dilindungi Allah sentiasa.
First aid.. ini memang penting tapi ramai yang tak kisah bab nie.. good sharing sis..
BalasPadam