2019 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Disember 30, 2019

Persiapan Persekolahan 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persiapan Persekolahan 2020 | Lagi sehari nak menginjak ke tahun baru.

Pastinya yang ada anak sekolah sibuk buat persiapan untuk buka sekolah pada 1.1.2020.


MF tak terkecuali.. Sebab ada anak sekolah dua orang. Tapi untuk anak biasa saja persiapannya. Rasanya persiapan mak dia yang lebih.. Haha..

Persiapan Persekolahan 2020

Persiapan Persekolahan 2020

Dengan planner baru.

Tambah dengan kasut baru hadiah suami...

Dan pastinya dah borong alat tulis baru juga walaupun sebenarnya cikgu sekarang dah jarang pegang pen kecuali pen merah. Tapi nak juga membeli.

Apa pun persiapan ini penting sebagai pencetus semangat untuk naik sekolah nanti...

Untuk anak semestinya ada juga... Kasut baru, baju dan alat tulis baru mesti ada... Biar pun murah asalkan ada.

Tinggal lagi nak seterika baju dan kemaskan apa yang patut.

MF pula semestinya macam cikgu lain siapkan RPH dan fail rekod untuk persediaan hari pertama sekolah.

Semoga segala urusan dipermudahkan...

Dan selamat menempuh tahun baru 2020...

P/s: Kereta terbang mana kereta terbang... 😁😁😁

Disember 28, 2019

Planner Professional 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Planner Professional 2020 | Planner, perlu ke beli baru?

Bagi MF bukanlah sesuatu yang wajib pun.. Tapi MF pasti akan beli satu buku catatan baru setiap tahun.

Tahun lepas tak beli pun planner yang canggih, cuma beli planner biasa je kat Popular.

Tapi tahun ni, ternampak ada orang jual planner yang cantik dan nampak menarik info di dalamnya, buatkan MF tertarik nak beli.

Planner Professional 2020


Satu planner yang lengkap dengan info sebagai guru, isteri dan juga muslimah bekerjaya yang sentiasa sibuk.

Cetusan idea dari pereka dan penulis planner ni memang menarik dan membantu ramai orang.

Harga planner ni takde lah mahal kalau nak dibandingkan dengan Info di dalamnya.

Design dan kandungan yang lengkap MF rasa best dan semangat nak kerja...

Jadi, bagi MF planner baru ni sebagai pencetus semangat untuk naik bekerja semula setelah bercuti lama.. 

Disember 27, 2019

Tanda kisah cinta kami bermula...

Lain orang, lain cara untuk mempamerkan rasa sayang dan romantik. 

Tak tau la nak kata suami MF ni romantik ke tak, tapi dia memang suka bagi lagu kat MF dan sememangnya, pertama kali kami declared untuk bersatu hati pun dia bagi lagu... 

Ini lah lagu pertama yang dia tujukan untuk MF... Masa ni belum jadi bini lagi lah... 

Sungguh mendalam maksud lagu nih... dan pastinya MF ingat sampai bila-bila lagu ni... 

Tanda kisah cinta kami bermula...

Tanda kisah cinta kami bermula... 


Permaisuri HatikuAlbum : Jalan BahagiaMunsyid : Hijjaz 

Di antara kekasih pilihan dihatiPunyai budi penghias diriWajahnya lembut biasan perkerti yang tinggiIndahnya perhiasan dunia 

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang SatuKu kan binakan mahligai impian-muOh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu 

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmahHati-mu tulus suci dan murniHanya diri yang halalEngkau serahkan segalaUntuk mencari redha Allah 

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnyaSemuanya itu hanya ujian diduniaIa adalah mahar untuk kita ke syurga 

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghiburMenjunjung kasih amanah IlahiKu pasti akan terus menyayangiTerima kasih ucapan ku beriKau hadiahkan ku cahaya hatiKu pimpin tangan-mu oh kasih meniti hariSemoga kita dapat bersamaSampai kepada-Nya disyurga sana 

Tuhan kekalkanlah Permaisuri hati ku Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Betul ke ada makanan boleh sebabkan angin dalam badan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Betul ke ada makanan boleh sebabkan angin dalam badan? | Pernah tak kita dengar orang tua-tua kata:

"Jangan makan ni, nanti berangin badan." 

Betul ke ada makanan boleh sebabkan angin..  

Macam mana angin tu masuk dalam badan? 

Ini penjelasan Dr. Zubaidi Ahmad tentang makanan yang berangin ni... 


Punca angin dalam badan


Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

RAFFINOSE

Terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.

LAKTOS

Gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

FRUKTOS

Banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

SORBITOL

Diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.

KANJI

Kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

SESERAT (FIBER)

Yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

Kredit: FB Dr. Zubaidi Ahmad

Kesimpulan 

Maksud berangin itu bukanlah macam angin sepoi-sepoi bahasa ataupun ribut taufan yang boleh goyangkan pokok.

Angin tu istilah orang tua-tua dulu.. Angin ni dari segi istilah perubatan dipanggil GERD.

Next time MF kongsi pasal penyakit angin atau GERD ni ye.. 

Yang penting, Memang relevan makan makanan tertentu yang boleh menyebabkan angin ni... 

Disember 26, 2019

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater) | Lain anak, lain dugaan. Salah satu dugaannya ialah payah nak makan nasi.

Masa kecik seronok suap apa pun makan... Tapi, ingatkan sampai ke besar macam tu... Tidak... Bila dah pandai merasa itu ini, dah reti memilih makanan.

MF diduga dengan anak bongsu yang alah susu lembu tambah dengan susah nak makan serta memilih makanan, buatkan... arghhh... stress nak fikirkan susu dia...

Beberapa kali tukar susu, tak tau dah nak fikir susu apa yang ok...

Pertama kali, lepas susu badan kurang, dia minum susu Anmum...

Sampai satu masa dah tak boleh minum... Bila minum, naik gatal satu badan.. bengkak habis kaki tangan... Doktor injek dengan ubat alergik... reda...

AKhirnya, tukar ke susu kambing...

Itu kisah Mu'allim, anak bongsu...

Si kakak dia sama juga, dari umur 7 bulan alergik susu lembu... dapat ibu susuan, bila lepas setahun, cuba susu Anmum, alhamdulillah... dah boleh minum...

Sampai usia 2 tahun, alergik lagi... tukar susu soya semula, sebab tak boleh minum susu kambing... Nanti cirit birit...

Bila dah tukar susu, rentak makan berubah... jadi, tak selera nak makan... asyik nak susu je... hadoii.. pening...



Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Akhirnya, MF mencuba susu Pediasure... Antara  Susu paling mahal kat Malaysia ni. Tapi nak buat camne.. reda je la.. rezeki anak-anak.

Pediasure Complete

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Setelah sebulan mencuba susu Pediasure, alhamdulillah... berat naik dan selera makan ada dah... Dah nak makan nasi, dan imunisasi badan tu nampak meningkat la sikit.. Kalau tak dalam seminggu dua, mesti ada demam.. letih oo...

Alhamdulillah, kita usaha dan Allah yang punya kuasa, mengizinkan dan berkehendak ke atas usaha kita tu.

Memang mahal susu Pediasure ni... setin pun hampir ratusan ringgit... Tapi MF redha je... yakin dengan rezeki Allah.. takpe lah kita ikat perut, janji anak membesar dengan sihat dan kuat.

Jadi, Pediasure memang susu yang lengkap dengan nutrisi dan vitamin untuk keperluan anak-anak.

S26 Gold (Picky Eater)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni boleh cari kat pasaran, ada tulis lagi untuk Picky Eater. 

Harga murah sikit dari Pediasure. Boleh cuba... Tapi bagi yang tak alah susu lembu la ye... 


Farm Fresh (lactose free)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni susah nak dapat kat pasaran. MF puas juga mencari... Tapi tak jumpa la... yang ada Farm Fresh biasa je... 

Tapi susu fresh ni bagus untuk anak-anak sebab kandungan gula yang minimum. 


Ini yang MF kongsikan berdasarkan pengalaman MF sendiri...

Walaupun susu ni diorang minum, insha Allah boleh bantu tambah selera makan anak-anak. Takde lah bergantung kat susu je...

Anak MF ni tahap, buatlah apa jenis makanan menarik pun, tak kan dia nak makan... Kadang sampai putus asa nak masak... Jadi, apa pilihan MF ada melainkan susu sebagai bantuan untuk keperluan nutrisi harian diorang. Dah itu yang diorang minum kan... 

Apa pun pun MF tak paksa untuk orang beli susu ni... Cuma kalau ada masalah anak susah nak makan boleh cuba yang mana-mana sesuai untuk anak-anak. 

Memang kos tinggi, tapi nak buat camne, rezeki anak.. insha Allah akan ada rezeki untuk mereka selagi kita syukur dan reda beserta usaha kita... 

Disember 24, 2019

Jom Tengok Gerhana Matahari 26 Disember ni!

Jom Tengok Gerhana Matahari 26 Disember ni!  | Gerhana Matahari, satu fenomena alam yang biasa terjadi di bumi.

Selain gerhana bulan, gerhana matahari juga boleh kita lihat sendiri apabila ianya berlaku. 

Jika zaman dulu susah nak dapat lihat gerhana matahari, tapi selalu juga berlaku gerhana bulan, tapi di akhir zaman ni sering berlaku gerhana. 

MF ingat last tengok gerhana matahari 3 tahun lepas kot. Masa tu berlaku di sekolah. Tetiba gelap je alam ni kan.. Seram masa tu... 

Dengan berkat solat sunat gerhana, akhirnya kembali cerah. 




Gerhana Matahari 26 Disember 2019

Jom Tengok Gerhana Matahari 26 Disember ni! 


Insha Allah, jika di izinkan Allah, kita dapat tengok lagi gerhana matahari yang dijangka berlaku 26 Disember 2019.

Laluan gerhana cincin ini akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki selatan India dan Sri Lanka, seterusnya  Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina sebelum ia berakhir di lautan Pasifik.

Gerhana Matahari 26 Disember 2019

Gerhana Matahari ini, adalah gerhana matahari cincin yang akan dapat dilihat di kebanyakan negeri di Malaysia. 
Gerhana Matahari 26 Disember 2019

Tapi tak semua negeri.. Menurut falak online, sesiapa yang berada di Tanjung Piai betul-betul dapat lihat gerhana matahari cincin penuh. Lain-lain tempat dapat lihat separa saja.


Waktu berlaku gerhana matahari ini jam 11.26am, puncak gerhana penuh jam 1.22 pm dan berakhir jam 3.17pm. 

Gerhana Matahari 26 Disember 2019

Tempat lain dapat tengok juga cuma tak jadi cincin lah.. Tapi separa saja merupakli bentuk bulan sabit. 

Orang ramai, yang dapat melihat fenomena ini buatkan solat sunat gerhana ya... 

Kenapa kena solat sunat gerhana? 

Boleh baca penulisan MF sebelum ni di artikel ini:
APA KAITAN GERHANA MATAHARI DENGAN KIAMAT?

Disember 23, 2019

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

Tak sangka, 5 tabiat ni punca gemuk. Macam tak logik!

1.    Tidur Terlalu Banyak

Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk menghasilkan tekanan tindak balas hormon kortisol yang meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari.


2.    Sering Bersiap Dalam Gelap

Menurut kajian dari jurnal PLoS One,  gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka je mata terus buka langsir ok?


3.    Tidak Mengemas Katil

Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik secara. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.


4.    Tidak Menimbang Berat Badan

Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badansetiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.

5.    Makan Sarapan Terlalu Sikit

Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.

Sumber: sinar.my

Disember 22, 2019

Jangan Abaikan 3 Perkara Ini Jika Anda Pergi Servis Kereta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan Abaikan 3 Perkara Ini Jika Anda Pergi Servis Kereta! | Yang beli kereta baru mesti kena hantar servis untuk pertama kali selepas 5000km... Kemudian berperingkat ikut kilometer ataupun ikut tempoh...

Alhamdulillah, pengalaman servis kereta baru ni tak susah sebab suami memang pakar bab ni.. jadi, setiap kali servis suami akan bagitau apa yang perlu dan tak perlu dibuat ketika servis kereta.

Akhir tahun lepas MF telah upgrade kereta yang ada kepada sebuah MPV... Tak mampu nak pakai kereta buatan luar negara beli aje kereta MPV Proton... Not bad... Mampu lah memuatkan semua ahli keluarga dengan selesa... Alhamdulilah...

Bulan yang lepas, (ni entry tertangguh) MF dapat SMS dari Proton, ingatkan tentang servis kali ketiga... Lorr... Lupa sudah... Nasib baik Proton servis ni ingatkan. Servis pertama kami buat kat Gomba, sebab dalam perjalanan nak balik ke Kedah, sekali tengok lebih kilometer, singgah la Kl untuk servis.

Kali kedua kami buat di Pasir Gudang... Masa tu tak booking pun.. just datang pagi masa tu sebab nak bawa mentua jenjalan jumpa kawan lama dia... Sekali boleh servis.

Jadi, yang kali ketiga ni pun kami buat kat sana juga... Sebab selesa dan agak mesra pelanggan.

tips pergi servis kereta

Jangan Abaikan 3 Perkara Ini Jika Anda Pergi Servis Kereta!

MF nak kongsikan sikit pasal servis ni... Mana-mana korang pergi servis kereta, jangan abaikan tiga perkara ini:

#1 Semak Resit

Lepas deal dengan Customer servis, mohon semak semula resit selepas buat bayaran. Bukan apa takut apa yang korang tak nak dia masukkan sekali.. dah kena cas mahal nanti...


#2 Tengok Makenik Buat Kerja

Yang ni memang ramai tak buat... Lepas bagi kunci korang lepak je kat ruang menunggu... Sebenarnya tak digalakkan buat macam ni... Kita ada hak untuk tengok makenik buat kerja asalkan jangan ganggu diorang sudah la...

Masa kami buat servis di kali ketiga tu, suami MF memang biasa tengok makenik buat kerja.. itu memang tabiat dia bila hantar kereta servis tak kita di pusat servis atau bengkel biasa.

Mujur suami tengok, masa kami order minyak lain, masa dia nak isi minyak lain... Nasib baik tengok dan terus dia tengok resit untuk pastikan... Dan makenik tu minta maaf... Korang beli minyak mahal, dia letak minyak murah...lepas tu mula la rasa tak best bila pandu.

Jadi, sesekali jenguk makenik buat kerja di bengkel.

#3 Semak Semula Hasil Kerja Selepas Selesai Servis

Lepas dah siap servis, kunci pun dah dapat semak hasil kerja makenik... Pastikan semuanya selamat, nat diketatkan betul, semua dipasang dengan betul dan semuanya selamat untuk dinaiki. 

Selain tu, kalau wanita lebih baik bawa rakan yang mahir atau faham pasal kereta. Jika tidak takut kena auta je dengan orang kat pusat servis ataupun bengkel tu... 

Perkongsian ni berdasarkan pengalaman peribadi MF sendiri. Jadi, takde kena mengena dengan mana-mana individu ye.. Moga bermnfaat untuk semua.


Disember 20, 2019

Cara Backup Artikel Blog

Pernah terfikir, bagaimana jika satu hari nanti, blog kita di delete atau tetiba hilang... siapa sangka la kan... mesti kita tension kan..

beribu, beratus artikel penulisan kita lenyap begitu sahaja...

Owh... jangan risau... sebenarnya, ada cara untuk kita selamatkan artikel-artikel penulisan kita andai kata blog kita di delete, terdelete ataupun hilang secara tetiba...

Cara Backup Artikel Blog

Caranya mudah sahaja:

1. Buka Dashboard blog kita, kemudian pergi ke Setting:
Cara Backup Artikel Blog

2. Kemudian, klik Other dan klik pada Export Blog.
Cara Backup Artikel Blog

3. Bila dah klik Export Blog akan keluar popup macam kat bawah ni:
Cara Backup Artikel Blog


4. Kemudian klik je download... Kalau buka melalui Google Chroome browser, automatik di download... tapi jika browser lain, akan keluarlah popup save file... Jadi, segala artikel yang ditulis diblog anda selamat disimpan dalam PC/Laptop anda... 

Jika nak buat semula blog baru, dan nak guna semula artikel tersebut, cuma ulang step 1, 2 tetapi klik pada Import Blog... Cari semula dimana kita simpan blog yang download tadi dan klik import blog... 
Cara Backup Artikel Blog

Mudah bukan.. jadi, tak perlu risau lagi artikel kita tu.. selamat dah disimpan... 

Kredit dari sini: http://seo.rahmadgraphic.my/




UPDATE
Cara Backup Artikel Blog

Yang terbaru 2019, Caranya lain sikit je... 

Pergi ke Setting > Others > Backup Content

Senang je kan.. buatlah backup ye.. sekarang ni musim dok sekat-sekat segala mak nenek media sosial ikut suka hati depa je nih... Jadi sayang tau beribu artikel kita tulis... 

Mau menangis.. 


Disember 19, 2019

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

Sebagai ibu bapa...kita nak yang terbaik untuk anak-anak...

Bila kita marah...  kita pujuk semula...

Di atas adalah 9 waktu mustajab yang sesuai untuk nasihat anak-anak...

Nasihat dengan belaian dan sentuhan lebih berkesan daripada bercakap macam bagi syarahan dan ceramah... (tapi terlepas juga baca syarahan... 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️)

Anak lelaki ke anak perempuan sama je... Cuma cara nasihat tu ada kala boleh secara lembut ada yang perlu tegas.. Ikut keadaan...

Yang pasti nasihat dengan menjerit tak kan berkesan...

Jom ibu bapa... Kita amalkan bersama... Moga kita jadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat....


Sumber pic: Fb
Published with Blogger-droid v2.0.10

Disember 18, 2019

Bagaimana Lelaki dan Wanita Melihat Warna


Berbeza bukan... 

Bagaimana Lelaki dan Wanita Melihat Warna

Lelaki dia kelaskan dan kelompok kan... wanita pula pecahkan setiap warna tu dengan lebih detail.. Sebab tu kalau nak cat rumah, kadang bertekak juga suami isteri...

Suami kata buh warna biru je.. isteri akan tanya biru apa??? Biru laut, biru lembut, biru terang...bla...bla...blaa... 

Sama juga jika membeli belah, cari tudung...nak matchkan dengan baju... kena pula baju tu banyak kombinasi warna, lagilah lama memilih dalam membeli tudung... lelaki takde... simple je dia kan...

Suami susah nak faham isteri??? 

Sebab tu, suami-suami tak faham bila:

Isteri dok belek baju dalam satu almari, boleh kata takde baju nak pakai...
Isteri dok tengok kasut kat rak kasut, boleh kata takde kasut nak pakai... 

Jangan pening ea para suami... ini lumrah dan normal kebanyakan perempuan... ada juga perempuan yang simple... tapi seperti aku katakan...kebanyakan... bukan semua ea.. 

Lelaki dan wanita berbeza tapi boleh hidup bersama

Jadi, kita memang berbeza kan... tapi kita boleh bersama dan sehati sejiwaa... kerana apa??? Kerana tautan hati dan cinta anugerah Ilahi... 

Disember 17, 2019

Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!

Aku memang syorkan korang semua tonton video ni...
Pasti tonton...
Memang merentap hati seorang manusia... 

Memang pilu, bahkan boleh menitiskan air mata...
v
v
v
v
v
Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!

Dua Video Haiwan yang Merentap Hati Manusia!


Itulah kasih antara haiwan...
si angsa yang menyuap ikan makan...
sama-sama dapat makan...
makanan yang ada dikongsi bersama... 
video ni menyentap perasaan manusia...
bagi yang ada perasaan kemanusiaan pasti akan insaf dengan video ini...
ini bukan cobaan... tapi betul-betul...


Kehebatan kasih antara haiwan, walaupun berlainan spesis...
Si harimau yang rasa bersalah kerana membunuh ibu yang baru melahirkan anak...
Akhirnya, dia tak jadi makan si ibu, dan membela si anak binatang buruannya...
Memang merentap hati video ni...

Binatang pun ada rasa keperibinatangan...

Disember 16, 2019

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri" | Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawab dan tugasan di pejabat lebih berat.

Tapi, jangan sampai  abaikan 100% aspek memasak untuk suami walaupun tanggungjawab memasak tu bukan kerja isteri 100%.


Macam orang dulu kata, nak jaga laki, jaga perutnya... Cuma cabaran lelaki zaman sekarang ni pelik... dok jaga perut pun kadang dok nampak yang lain juga... Owhh.. itu topik lain... Yang kena buat petua lain...

Tapi, kata orang dulu ada betulnya... yang penting buat je 9 tips ni, ikat suami dengan air tangan isteri.
.
9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"


1. Belajar memasak

Jangan jadikan alasan tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

Tak reti masak boleh belajar asalkan jangan malas nak praktikkan nanti hilang skill memasak.

2. Tengok rancangan masakan 

Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus cuba resipi yang dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

3. Beli buku masakan

Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. Tapi kena praktikkan.

4. Window shopping barang dapur bersama suami

Pada hujung minggu, boleh ajak suami untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.

5. Ajak suami masak sama 

Jika anda penat, pujuk suami untuk turut membantu di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan berdua.

6. Gilir-gilir masak

Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang.

7. Jangan biarkan dapur tak berasap

Jangan biarkan dapur langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami.

8. Sediakan bahan asas 

Untuk menjimatkan masa, boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. 


9. Luangkan masa untuk masak

Dalam sehari, sesibuk mana  pun, wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami .

Semoga tips-tips ini dapat membantu  untuk terus ‘tambat’ perut suami  dengan air tangan .

Tiada yang lebih bermakna dan indah selain  menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami kelak ketika dia merasa masakan . Ketika itulah  akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.

Sumber: Page Rahsia Perkahwinan

Disember 15, 2019

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka | Proses penuaan merupakan fitrah alami yang mustahil untuk dielakkan, namun kita boleh melambatkannya. 

Dengan gaya hidup, dengan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang alami serta petua-petua orang lama, insha Allah boleh bantu untuk lambatkan proses penuaan pada kulit dan wajah kita. 

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Ini 5 Tanda Penuaan Pada Kulit dan Muka

Kalau nak tahu sama ada semakin tua atau tidak, cuba lihat lima perubahan pada kulit yang paling ketara ini:

#1 Kulit  mengecut dan kering

Cuba tengok kulit di wajah, tangan, ataupun kaki. Kalau kelihatan kecut dan kering, itu bermakna proses penuaan telah pun bermula. 

Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurangan, dan ini menyebabkan lapisan kulit semakin menipis dan menjadi kering. 

Kalau sering terdedah kepada cahaya matahari, ia akan turut mengeringkan kulit dengan lagi cepat. 

Jadi, nak atasi kena amalkan minum air secukupnya… #peringatkatdirisendiri.


#2 Garis penuaan pada bucu mata

Juga dikenali sebagai crow’s feet, garis penuaan atau kedutan pada bucu mata ini berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit yang kurang kelembapan. 

Cara atasinya dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, minum air yang banyak, dan menggunakan produk penjagaan kulit yang memberi kelembapan pada kulit.

#3 Kulit mengendur

Dengan meningkatnya usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan elastin dan kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. 

Tanpa kandungan elastin dan kolagen yang tinggi dalam kulit, kulit akan mudah ‘jatuh’ dan mengendur. Masalah kulit kendur boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit yang khusus.

#4 Bintik-bintik atau tompok-tompok pada wajah

Semakin meningkat usia, melanosit (sel pigmen) anda akan membiak dengan lebih cepat dan seterusnya berkumpul sehingga membentuk bintik-bintik atau tompok-tompok pada kulit. 

Bintik atau tompok ini lebih jelas terlihat pada bahagian kulit yang paling sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka. Senang kata, jeragat pun mudah muncul kalua tak jaga muka dengan baik.

#5 Tona kulit yang tidak bermaya dan tidak sekata

Pipi kiri gelap, manakala pipi kanan kelihatan cerah. Kenapa jadi camtu? 

Dengan meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit akan berkurangan sebanyak 7% bagi setiap 10 tahun. 

Dengan berkurangnya sel kulit baru, sel kulit lama yang telah mati akan semakin memenuhi wajah yang menyebabkan tona kulit kelihatan tidak bermaya dan sekata.

Jadi, kena ada produk yang sesuai atau amalan yang konsisten untuk pastikan kulit muka jadi sekata. 

Bila menginjak usia 30-an, kena cari produk jaga kulit yang sesuai… Kalau tak makin nampak la tanda penuaan tu. 

Bukan apa, tak best kan kalua umur tahap mak cik tapi bila orang tengok muka dah tahap nenek… Sentap kan… hehe… 

Tapi, MF percaya, selain produk penjagaan kulit, gaya hidup juga penting untuk pastikan tanda penuaan ni hilang, antarannya amalkan ulaman dan sayuran hijau, minum air secukupnya, elakkan stress dan paling penting cukup tidur!.. 

Dan tak lupa.. kurangkan marah dan banyakkan senyum… 

Disember 14, 2019

Lagu Mengantuk Mumia - Didi & Friends Jadi Trending

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lagu Mengantuk Mumia - Didi & Friends Jadi Trending | Lirik lagu ni memula jadi misteri.. Mula ingat anak saja dok menyanyi dan buat sendiri... Sekali, eh... try cari.. mana dia dapat lagu ni...


Lagu Mengantuk Mumia - Didi & Friends

Lirik lagu Mengantuknya Mumia - Didi & Friends


Hooo… nak tidur mana?
Hooo… nak tidur mana?

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil yang bulat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Circlestein punya
(Okay)

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil segi empat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Itu Squarewolf punya

Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur
Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur

Hooo… dah boleh tidur
Hooo… dah boleh tidur

*****

Lagu Mengantuk Mumia - Didi & Friends Jadi Trending

Sekali, rupanya lagu baru Didi.. MF ni lama dah tak tengok TV sebabnya anak bongsu dok tengok ulang tayang movie Home tu sehari berkali-kali.. Jadinya, lama lah tak buka siaran TV.

Agaknya dia ada tengok kat Youtube la tu..

Budak kan.. sekali tengok terus melekat dalam otak dia...

Tapi, pelik la pulak lagu ni... Sekali dengar terus melekat... Macam syok plak dengar... haha..

Terus la MF cari dan download kat Youtube... berulang kali dengar... bukan budak je suka, mak pak budak pun suka dengar.

Suara Mumia tu macam unik kan... jadi rentak rap dia sebab memang orang yang berpengalamn pun menyanyi tu...

Suara Mumia Mengantuk Didi & Friends

Lagu "Mengantuknya Mumia" ciptaan DJ Fuzz dan Aziquebeats adalah lagu tentang Mummy yang sangat mengantuk yang sangat ingin tidur dan mencari katil yang betul untuk tidur. Sebelum jumpa tempat tidur Mumia, dia jumpa tempat tidur Circlestein dan Squarewolf dulu. 

Suara tu adalah suara DJ Fuzz... 

Siapa DJ Fuzz? Boleh baca kat sini : https://djfuzz.home.blog/siapa-dj-fuzz/


Jadi trending


Lagu ni jadi trending di media sosial terutama di twitter... Sebab ada orang share kat twitter... sekali orang pakat cari dan dengar... 

Setakat hari ni, video ni jadi trending... dan mencapai 1 juta view sehari... setakat hari ni dah lebih 20 juta view dah video Mengantuknya Mumia di Youtube rasmi Didi & Friends... dan katanya, target diorang ni, nak challege video Baby Shark yang pernah trending satu masa dahulu. 

MF sebagai rakyat Malaysia memang bangsa dengan hasil anak bangsa kita ni... Bukan mudah nak buat animasi... MF sendiri pernah belajar cara buat animasi masa belajar di Universiti dulu... Nak buat 3 saat je pun dia punya letih... huii... 

Jadi, MF sedih kalau ada yang cetak rompak barang produk animasi tempatan ni... 

Jadi, jom kita support hasil produk animasi tempatan... 

Like dan subscribe Youtube Rasmi Didi & Friends sebagai tanda sokongan. 


Disember 12, 2019

Pengalaman Melalui Highway Tertinggi di Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman Melalui Highway Tertinggi di Malaysia | Pernah baca kisah highway tertinggi di Malaysia? Kalau sebut gunung tertinggi di Malaysia atau Menara tertinggi di Malaysia, semua orang tahu... Tapi kalau highway tertinggi di Malaysia...

Ok, kat Malaysia ada highway tertinggi... Tapi tak payah la banding dengan luar negara, kalau rekod kita, kira tulah highway paling tinggi di Malaysia...

Highway tertinggi di Malaysia ialah Rawang Bypass... Terletak di Rawang... Highway ni ialah jalan pintas untuk ke Bandaraya KL... Kalau sebelum ni kena lalu highway LATAR, kali ni tak payah...

Teringatkan pasal highway ni... teringin juga nak lalu... kebetulan masa balik ke Johor dari Kedah... kami memang plan nak transit bermalam di KL semalam.

Lepas bincang dengan suami, dia setuju dan MF terus buka maps untuk cari jalan ke Rawang Bypass... Owh.. ada rupanya dalam Google Maps.. senang kerja.

Terus je ikut jalan yang maps tunjuk... Kalau korang melalui Highway Utara-Selatan arah Selatan, exit 117 (Sg.Buaya/Serendah) tengok signboard highway.. lepas tu follow je maps tu.. lalu jalan kecik je memula tu... tapi jangan risau, akhirnya akan tembus juga ke highway tu.

Dan highway tu takde toll.. Hehe


Pengalaman Melalui Highway Tertinggi di Malaysia


Highway rawang bypass

Bila masuk je akan nampak ketinggiannya tu dari jauh.. rasa wow sebab sekeliling tu pokok hutan simpan kerajaan negeri Selangor.. memang cantik..


Rawang Bypass

Panjang highway tu tak panjang mana, tapi seronok la menikmati keindahan sekelilingnya... Hijau je.. nampak pokok kat bawah highway.


Rawang Bypass, Selangor

Memang betul highway tu jalan pintas ke KL.. Biasa kami exit Hospital Sungai Buloh kalau nak ke KL... Tapi sebab kali ni exit Serendah, lalu Rawang Bypass.. Jadi lebih singkat perjalanan... Tak sampai 30 minit dah sampai KL... 

ALHAMDULILLAH, sampai hajat nak lalu kan... Jadilah untuk jenjalan bercuti... 

Gayat? 

Naik kereta kan.. Takde lah rasa sangat pun.. Sebab tak nampak bawah... Kalau nak lebih rasai ketinggian tu kena ride dengan motor la kan.. 

Apa pun seronok lalu Highway tu sebab pokok hijau je sekeliling... 

Owh.. Highway ni memang dibina tinggi sebab nak jaga habitat flora dan fauna di hutan simpan negeri Selangor tu.. Pokok semua tak boleh potong.. Jadi sebab tu kena buat tinggi... Dan pokok yang terpaksa dipotong pun sangat minima masa pembinaan highway ni... 

Anak-anak tak rasa... Tapi kami laki bini lah dapat rasa. Dulu masa dok lalu tu tak siap lagi... Bila dah siap dapat lalu.. Alhamdulillah... 

Simple vacation for our memories 2019.

Disember 10, 2019

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat, 
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas, 
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, 
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah... 
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash... 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. 
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu, 
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya. 
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu, 
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya. 
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan, 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya. 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai. 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri, 
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. 
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu.

Ya Allah...
sesungguhnya, 
Aku lemah tanpa petunjukMu, 
Aku buta tanpa bimbinganMu, 
Aku cacat tanpa hidayahMu. 
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, 
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu, 
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah. 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.

Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru, 
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu, 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati, 
Isteri yang dikasihi, 
Isteri yang solehah, 
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Ameen,ameen Ya Rabbal 'Allameen..

Sumber: FB sahabatku.. diizinkan untuk share

p/s: print dan tampal kat bilik supaya boleh baca hari-hari... 

Cara Nak Tegur Isteri , patut ke, aibkan isteri di laman sosial?


cara nak tegur isteri


Menegur Isteri Suatu Cabaran


Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, tapi kalau tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan.

Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan.

Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi S.A.W:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita”
(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Cara Nak Tegur Isteri

Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

#1 Tegur dengan lisan (bercakap terus terang)

Teguran boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang.

Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

#2 Tegur melalui penulisan

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri.

Jangan sekali-kali menegur isteri dengan SMS atau WhatsApp kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya mesej tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.

Kalau nak guna mesej, kena tau ayat yang sesuai supaya takde berlaku salah faham. Sebab wanita ni pelik sikit, lain yang disampaikan lain yang dia faham.

Teguran mestilah berhikmah dan mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata. 

Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Tak kisah isteri nak buat apa pun... Nak selfie, buka aurat, beli pakaian, membazir dan sebagainya. Ini berlaku terutama kepada isteri yang segalanya lebih dari suami... sampaikan suami diam takut nak tegur.

Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.

Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : “ Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang rasa, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya.

Tapi kalau tak tegur pun boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Sebab, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Kalau isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga.

Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus. 

Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Analogi

Isteri ni lembut, kalau berlembut dan hikmah dengannya, dia boleh ikut... Jangan dia buat salah lepas tu aibkan dia, cari perganti lain..

Ibarat kereta, kalau kereta rosak, cuba repair... insha Allah tahan lama lagi... bukan cari baru ganti.. dan kereta kalau dijaga elok, lama lah dia bertahan kan...

Sekian, semoga bermanfaat. 

Disember 08, 2019

Kata-kata Untuk Suami Isteri | Bila dah jadi suami isteri

Kata-kata hikmah ni, selalu ku ulang bersama, ku tampalkan pada almari pakaian di bilik.. untuk sentiasa ingat-mengingati.. Indah dan bahagianya  hidup jika kita ikhlas memberi dan menyayangi... kerana Ilahi... Inilah renungan bersama... Mari kita renung-renungkan...

Kata hikmah suami isteri u tuk renungan bersama

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....
amin.

Renungan bersama buat para suami isteri.... 

Disember 06, 2019

Review OYO HOTEL!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review Hotel OYO! | Hotel OYO, baru kenali pada tahun ni... Masih baru MF kira... MF pun baru mula kembali travel tahun ni, selepas anak MF yang bongsu tu dah semakin kurang tantrum dan boleh dibawa berjalan.

MF ni jenis tak reti nak plan bercuti.. sebab takut tak jadi.. Biasa plan last minit lah... Rasa nak ke mana-mana mesti time tu lah siap dan dalam perjalanan tu baru survey hotel.

Dalam banyak-banyak aplikasi MF cuba, MF paling suka guna ialah aplikasi Booking.com.

Bukan apa, ni antara yang paling mudah dan tepat harganya berbanding yang lain serta takde cas tersembunyi. Berapa harganya, itulah yang kita bayar. Nak guna  pun senang.

Dalam banyak-banyak hotel kat Booking, hotel murah yang biasa masuk senarai ialah Hotel OYO.

Hotel OYO ni, tema warnanya merah dan putih.. Sekarang ni kat mana-mana ada hotel oyo nih.

MF pernah install aplikasi OYO Hotel ni, tapi macam tak mesra pengguna sangat, jadi selesa lagi guna booking.

Sepanjang tahun ni, 4 kali MF menginap di Hotel OYO ni...

Nak cari hotel ni, mudahnya kalau guna Booking lah...

Review OYO HOTEL!

Review OYO HOTEL!

MF boleh katakan OYO Hotel ni, kategori hotel bajet... sebab kalau tengok review tak lebih dari 3 bintang lah...

Tapi dari pengalaman MF sendiri, ada juga yang boleh dikategorikan 5 bintang.

Kenapa pilih OYO HOTEL?

Sebabnya adalah murah!

Berjalan-jalan dengan anak yang ramai kena ambil bilik yang besar. MF pernah cuba ambil bilik standard room... dengan katil saiz Queen, boleh tidur tapi tak selesa.. Anak MF sejenis tidur nak tempat yang lapang. Jadi, hotel OYO ni, sediakan bilik yang luas tapi harga murah.

Lagipun, kalau kita travel nak berjalan-jalan buat apa bazirkan duit ambil hotel mahal... sedangkan kita guna sekejap je kan... Jadi, baik ambil hotel murah tapi ada kemudahan lengkap. Jadi, hotel OYO ni pilihan yang tepat.

4 pengalaman berbeza dengan Hotel OYO

Hotel OYO yang pertama sekali pernah MF tempat dan inap ialah di Setapak, KL... Masa tu plan nak ke KL atas urusan peribadi. Pergi pun hari minggu je... Jadi, cari je hotel murah sebab jangka sampai pun waktu malam... Jadi, bazir je ambil hotel mahal. 

OYO 997 My Home Hotel Setapak in Kuala Lumpur 

Review OYO HOTEL!

Harga RM103 semalam.

Bilik Family Suite... dengan dua katil Queen yang besar... selesa lah untuk anak-anak tidur. Persekitaran yang mudah untuk dapat kan makan malam. Ada restoran makanan Melayu dari Pantai Timur jadi, cukup selesa dengan harga tu. 

Pengalaman kedua di Johor Bahru iaitu di Gelang Patah.

OYO 1172 Hotel Shlyo di Gelang Patah

Review OYO HOTEL!


Harga RM78 semalam.

Bilik Suite Executive.. dengan dua katil Queen... Selesa untuk tidur cuma bilik dan hotel ni kurang memuaskan pengurusannya. TV pun masih takde channel dan bilik berbau rokok... Sedikit kecewa lah dengan hotel ni... 

Pengalama ketiga di Bandar Bukit Mahkota berhampiran dengan Nilai 3.

OYO 1191 Yootel Boutique Hotel in Kajang

Review OYO HOTEL!

Harga RM74 semalam.

Bilik Suite Executive dengan dua katil king... Bilik ni sangat selesa... rasa macam nak tambah semalam lagi... haha... 

Kelengkapan lengkap, channel TV siap dengan Fox Movie, Channel Cartoon (anak layan sampai pagi), ada peti sejuk... bilik pun bersih... dan ada satu sofa dan meja solek... 

Tempat makan pun best... restoran betul-betul sebelah hotel... Murah dan sedap... memang selesa sangat hotel ni.. MF rate sampai 9.5/10 bintang... sebab tak tau apa yang tak best kan... Berbaloi sangat dengan harga tuh. 

Pengalaman keempat, masa perjalanan pula ke Johor, singgah di KL sekejap.. melepaskan lelah... kami bermalam di hotel OYO di Pekeliling, KL. 

 OYO 700 Fine Hotel

Review OYO HOTEL!

Harga RM65 semalam.

Bilik Suite Family dengan 2 katil Queen. Boleh dikatakan selesa juga hotel ni, cuma dari segi kebersihan tandas dia kurang. Air pula kecil... Tapi design bilik ni best... Bilik solek, almari dan tandas terselindung dari bilik. 

Berbaloi dengan harga... Yang ni memang betul last minit tempah... dah sampai depan hotel baru booking... So, lambat masuk dalam sistem.. dan MF tanya kat kaunter kalau tak tempah online, harga bilik tu RM178... HOHOHO.. beza banyak tuh kan.. 

Ok, itu review dari pengalaman MF dengan Hotel OYO... Pada MF, hotel OYO ni selesa untuk berhenti rehat sementara meneruskan travel lagi... Tak perlu belanja yang besar. 

Hotel ni cukup dilengkapi kemudahan asas walaupun ianya hotel bajet... Ada kemudahan lif, parking, tuala, sabun mandi, pemanas air, tv dan wifi... Cuma keluasan tu tak boleh lah disamakan dengan hotel berbintang-bintang dan ternama kan.. 

Insha Allah, next time kalau travel last minit, MF akan cari hotel OYO nih.. Senang dan cukup selesa untuk kami 6 beranak ketika travel.. Insha Allah...



Sumber gambar: Booking.com, Google images