9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri" | Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawab dan tugasan di pejabat lebih berat.
Tapi, jangan sampai abaikan 100% aspek memasak untuk suami walaupun tanggungjawab memasak tu bukan kerja isteri 100%.
Macam orang dulu kata, nak jaga laki, jaga perutnya... Cuma cabaran lelaki zaman sekarang ni pelik... dok jaga perut pun kadang dok nampak yang lain juga... Owhh.. itu topik lain... Yang kena buat petua lain...
Tapi, kata orang dulu ada betulnya... yang penting buat je 9 tips ni, ikat suami dengan air tangan isteri.
.
9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan Air Tangan Isteri
1. Belajar memasak
Jangan jadikan alasan tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.Tak reti masak boleh belajar asalkan jangan malas nak praktikkan nanti hilang skill memasak.
2. Tengok rancangan masakan
Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus cuba resipi yang dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.3. Beli buku masakan
Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. Tapi kena praktikkan.4. Window shopping barang dapur bersama suami
Pada hujung minggu, boleh ajak suami untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.5. Ajak suami masak sama
Jika anda penat, pujuk suami untuk turut membantu di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan berdua.6. Gilir-gilir masak
Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang.7. Jangan biarkan dapur tak berasap
Jangan biarkan dapur langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami.8. Sediakan bahan asas
Untuk menjimatkan masa, boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama.9. Luangkan masa untuk masak
Dalam sehari, sesibuk mana pun, wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami .
Semoga tips-tips ini dapat membantu untuk terus ‘tambat’ perut suami dengan air tangan .
Tiada yang lebih bermakna dan indah selain menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami kelak ketika dia merasa masakan . Ketika itulah akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.
Sumber: Page Rahsia Perkahwinan
orang kata air tangan isteri tu pengikat kasih sayang kan :)
BalasPadamyup.. sebab ada keberkatan... :)
PadamTQ sharing...
BalasPadamInsyaAllah akan diamalkan..
betul tu..air tgn isteri terbaik buat suami...:)
welcome..
Padamjom.. sama2 amalkn.. :)
Dalam usaha nak rajinkan diri memasak.
BalasPadamsangat setuju. kadang anak2 asyik jumpa fast food ja tak bagus jugak. ibu kena masakkan makanan tradisional jugak agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ^_^
BalasPadam