20 Oktober 2018

4 Masalah Hidup dan Cara Menyelesaikannya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Masalah Hidup dan Cara Menyelesaikannya

sumber: google images


1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah Solatmu.


Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]

إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}

2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibumu dan baktimu kepadanya.


Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]

إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}

3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka periksalah hubunganmu dengan Al-Qur'an.


Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]

إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...

4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianmu terhadap nasihat yang engkau dengar dari orang-orang yang menyampaikan Nasihat kepadamu.


Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]

إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ 
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }

Moga moga Allah memelihara kita Mencari KeredhaanNya...
Amin.
Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Kesimpulan dan ringkasan:

1. Masalah susah nak control nafsu:
Penyelesaiannya: Check semula solat kita, sempurna ke tidak... tepat pada waktu ke tidak.

2. Masalah akhlak buruk, hati tak tenang dan sentiasa gelisah
Penyelesaiannya: Check balik hubungan kita dengan ibu bapa kita.

3. Masalah hidup tertekan dan sentiasa dalam kesempitan, tak kira la selalu ada masalah keluarga ke, masalah kewangan ke...
Jalan penyelesaiannya: Selalulah baca al-Quran.

4. Masalah, tak tetap pendiriaan dan sering rasa was-was
Penyelesaian: Lihat balik, dengan siapa kita bergaul dan rapat.

2 ulasan:

  1. Ya Betul , yang buruk itu selalunya berpunca dari diri kita sendiri. Semuga kita menjadi Hamba Nya yang sentiasa beristigfar dan mengaku akan kesilapan sndiri.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^