Ticker

6/recent/ticker-posts

Dosa Perempuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dosa Perempuan | Rasulullah SAW. pernah diperlihatkan oleh Allah, gambaran di neraka semasa peristiwa Isra' Mikraj.


Dan dari peristiwa itu.. Rasulullah SAW bersabda... 

 “Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR. Bukhari, 3241 dan Muslim, 2737)

Dosa Perempuan
Sumber : Google images 

Dosa Perempuan 

Dalam hadis ni memang menunjukkan bahawa ramai di neraka adalah wanita. 

Kenapa?

Sedangkan Nabi s.a.w juga kata, wanita sebenarnya senang masuk syurga. 

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” (HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani) 

Tapi kenapa ramai wanita dan perempuan berdosa dan masuk neraka?

Kerana inilah... Telemovie Dosa Perempuan ingin beri pengajarannya... 


Telemovie Dosa Perempuan... Bagus untuk tontonan wanita... Sama ada yang belum berkahwin atau dah kahwin. 

Banyak pengajarannya. Antaranya :

1. Nafsu wanita

Dikatakan wanita ini ada 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. 

Peranan lelaki membimbing wanita bukan mengikut dan mendorong wanita mengikut nafsu. 

Wanita sanggup lakukan apa sahaja bila mula tergoda dan jatuh sayang. 

Begitulah yang digambarkan dalam Telemovie ini...

Watak Tasha yang terlalu mengikut hawa nafsu... Tapi malangnya, hawa nafsunya dihimpit dan didorong oleh lelaki yang sepatutnya membimbing dia...bukan merosakkan dia. 

Kerana nafsu juga dia sanggup membunuh... Kerana nafsu juga dia jadi pendendam dan penjenayah. 

Lelaki seperti Daud sepatutnya membimbing Tasha. Bukan merosakkannya. 


2. Patuh Perintah Suami

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Patuh kepada suami satu kewajipan seorang isteri selagi perintah itu tak bertentangan dengan ajaran Islam. 

Inilah dosa yang telah dilakukan oleh isteri Nik. 

Kerana tak patuh kepada perintah suami, bahaya menimpa dia dan anaknya. 

Selain tu, dosa isteri menipu suami dan tidak minta izin suami ketika keluar rumah. 

3. Cara beri nasihat kepada perempuan 

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berilah nasihat kepada perempuan wasiat yang baik-baik. Sesungguhnya mereka itu diciptakan dari tulang rusuk (sesungguhnya tulang rusuk itu bengkok di bahagian atasnya), jika engkau cuba untuk meluruskannya maka dia akan patah namun jika engkau biarkan maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan.  (HR Bukhari No: 3084) 

Nik sepatutnya menasihati isterinya dengan hikmah. Bukan dengan marah. 

Seperti yang dinasihatkan oleh kawan sekerja Nik. Tegur isteri baik-baik. Mesti dia dengar... Bukan marah. 


Itu antara 3 intipati penting dalam Telemovie Dosa Perempuan. 

Banyak pengajaran lain boleh diambil juga. Macam... Jangan cuai... Jangan biarkan anak keluar dari rumah waktu malam. Jangan mudah percaya dengan orang baru dikenali. 

Dan antara pengajaran penting juga.. Ibu bapa jangan terlalu memaksa anak bab jodoh... 

Tengok lah apa yang terjadi pada Tasha... 

Dalam pada cerita ni buatkan MF seram juga.. Mencabar betul nak didik anak perempuan sebab perempuan ni penuh emosinya. 

Jadi, cara MF.. MF biarkan anak perempuan MF rapat dengan bapak dia.. Dan MF cuba jadi kawan rapat  dengan anak dara MF... 

Semoga kita beroleh manfaat dari Telemovie ini... Kita ambil yang bermanfaat... Insha Allah... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. stress tengok cerita ni semalam hahaha tapi tu la penuh pengajaran

    BalasPadam
  2. Cerita ni memang sangat mendalam dan penuh makna. Terkesan dibuatnya

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^