Tuesday, 20 March 2018

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Basuh Berus dan Span Make Up | Sejak guna BB Cream jenis liquid, baru reti nak guna berus bagai ni. Sebelum ni, guna bedak kompak je.

Jatuh cinta dengan BB cream sebab senang dan mudah nak apply dan tak perlu nak calit banyak kat muka... Tak sampai 3 minit dah siap touch up muka.

Bila pakai berus untuk liquid foundation ni, kena basuh paling kurang sebulan sekali. Perlu basuh sebab berus yang kotor akan beri kesan pada muka kita. Mestilah ada kuman kan. Jadi kena hygiene berus dan span solekan supaya sentiasa bersih.

Jadi, mula cuti sekolah terus buat la.. sebab tak guna berus ni. Dok rumah mana make up sebab suami MF tak bagi MF make up. Dia nak natural beauty je.

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Mudah sangat nak cuci berus make up ni. Hanya perlukan air suam dan sabun baby. Tapi MF guna pencuci organik untuk cuci botol dan buah-buahan tu.

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Caranya, letak sabun kat tapak tangan sikit dan oleskan berus kat tapak tangan. Tapi sebelum tu cuci tapak tangan bersih-bersih ya.

Oles hingga keluar sisa-sisa bedak tu semua. Kemudian alirkan air paip dengan kedudukan berus ke bawah.

Untuk basuh span... Masukkan sabun dalam air suam dan rendam sekejap span dalam air sabun. Gosok dan picit span perlahan-lahan hingga keluar kotoran tu.

Dah siap basuh, keringkan. Simpan ditempat yang tertutup dan bebas habuk.


Senang je nak basuh... Jangan tak basuh berus span... Nanti muka tu bermasalah sebab banyak kuman bawah lapisan kulit.

Semoga bermanfaat. 

2 comments:

  1. Skrg dah mudah.. boleh beli je pencuci khas untuk brush.. guna conditioner tak sesuai..nt effect pada skin.. sbb conditioner ada bahan yg x sesuai untuk skin..hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks tips akak. Mai jenis lagi suka pakai jari je, tak pakai span/brush. tapi tu la adik cakap nanti tak blend cantik.

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^