Apa Yang Susahnya Islam?

0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Islam Itu Mudah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana  serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu. (HR Bukhari No: 38) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadat dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya.

2.  Mudah itu bukan membawa maksud mengambil ringan tetapi melaksanakan mengikut kemampuan seperti solat jika tidak mampu berdiri, boleh dilakukan dengan duduk dan seterusnya.

3.  Barangsiapa menolak rukhsah (kemudahan) dengan memberatkan diri contohnya tetap berpuasa sedangkan ketika itu dia sakit yang jika diteruskan puasa akan menjejaskan kesihatan dan memudaratkan diri.

4.  Buat dan laksanakan ibadat dengan cara yang betul dan bersederhanalah semasa menunaikannya dengan tidak menyeleweng dan melampau serta menyeksa diri. Namun ibadat tersebut tidak dilakukan ala kadar dan sedikit sehingga mengabaikan kewajipan dan kesempurnaannya.

5.  Nilai ibadat bukan dengan sebab banyak, tetapi dari keikhlasan hati dan kesungguhan melaksanakan mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Walaupun dilakukan sedikit tetapi berkekalan sepanjang masa.

6.  Sentiasa meminta pertolongan daripada Allah dalam melakukan ibadat sama ada pagi mahupun petang seperti melalui ibadat solat di waktu subuh, tengahari, petang serta malam

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Islam itu mudah tapi jangan mempermudahkan... Tiada apa yang memberatkan dalam Islam... Jika ikut peraturan semuanya mudah dan simple. Sebab semua yang Islam aturkan adalah kebaikan dan hikmahnya untuk kehidupan kita juga. 
Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)