بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Calon Pasangan Hidup
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (HR Bukhari No: 4700) Status: Hadis Sahih
Sumber: google images |
Pengajaran:
1. Perkahwinan adalah ibadah bagi memenuhi keperluan semula jadi manusia.
2. Perkahwinan dan hidup berumah tangga tidak hanya pertemuan antara lelaki dan wanita tetapi ianya merupakan perkongsian hidup bagi mencari keredhaan Allah.
3. Pemilihan wanita sebagai pasangan hidup di atas ciri-ciri yang baik:
a. kerana hartanya bagi membantu keperluan rumahtangga
b. kerana keturunannya bagi memperolehi benih yang baik
c. kerana kecantikannya bagi menjadi hiasan hidup bagi mewujudkan kegembiraan
d. kerana agamanya bagi kehidupan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat
4. Beruntunglah mereka yang mendapat pasangan hidup yang memenuhi keempat-empat ciri tersebut termasuk suami juga isteri.
5. Memilih pasangan yang beragama adalah suatu keutamaan kerana harta akan berkurangan, kecantikan akan lusuh namun dengan agama akan menjadikan kehidupan bahagia dan diredhai Allah.
Ini panduan mencari pasangan hidup dalam Islam. Cari yang beragama dan beramal dengan agama. Bukan sekadar ada ilmu agama tapi tak praktikkan pun tak guna juga. Orang yang beragama tak semestinya ustaz atau ustazah... Tapi cukup seorang yang beriman dan beramal dengan sebenar-benarnya agama ISlam itu.
nice share
BalasPadamIn shaa Allah..
BalasPadaminilah tip yang akan saya guna untuk mencari pasangan hidup..
jaga solat dan jaga aurat ..
kalau dah dapat...alhamdulillah.
berharta kira bonus sebab kalau tak de pun suami boleh sediakan.
dapat yang cantik kita anugerah yang Allah bagi la