Dua Kali Kakak Dapat Anugerah Tulisan Tercantik

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dua Kali Kakak Dapat Anugerah Tulisan Tercantik | Siapa sangka, anak sulung MF yang MF biasakan nama kakak, mempunyai bakat terpendam. Diam-diam ubi berisi. MF tak pernah latih dia lebih-lebih... cuma dari kecil beli buku dan kertas A4 sebundle untuk dia menulis... Tulis, lukis tu hobi dia...

Si kakak ni, masa usia 5 tahun masuk sekolah PASTI tak tau satu apa pun... MF bagitau kat cikgu dia awal-awal... Alhamdulillah.. berkat usaha cikgu, doa ibu bapa... kakak cepat dapat apa yang dia belajar.

Masa di sekolah Pra dia dapat macam-macam anugerah.. Antaranya, anugerah tulisan tercantik... Cantik ke? Bagi MF biasa saja.. Tapi cikgu dia lebih tahu untuk menilai dan MF dan suami sangat menghargainya.

Sebenarnya, banyak kelebihan bila ank selalu menulis dan kuasi tulisan tangan.

Tulisan Tercantik

10 Kelebihan Anak Kuasai Tulisan Tangan

  1. Boleh meningkatkan penguasaan skil motor halus.
  2. Boleh bebas berimaginasi.
  3. Menajamkan koordinasi mata dan tangan.
  4. Menambah pemahaman, persepsi dan kemahiran visual.
  5. Meningkatkan penguasaan awal untuk menguasai skil mengeja dan membaca.
  6. Meningkatkan keyakinan diri ketika di sekolah.
  7. Melatih si manja memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan.
  8. Sebagai latihan kognitif untuk menajamkan minda.
  9. Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel otak bergabung.
  10. Latihan berulang kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.



Latihan Untuk Bantu Anak Menulis Dengan Baik

  1. Boleh anak untuk memegang pensel dengan betul iaitu melibatkan jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari yang disebut sebagai tripod grasp. Anda oleh menggunakan krayon yang dipatah-patahkan untuk menggalakkan si manja mempelajari tripod grasp dengan betul.
  2. Melukis dan mewarnai pada permukaan yang menegak (seperti dinding) boleh melatih otot bahu, lengan dan pergelangan tangan si manja.
  3. Anak sudah mempunyai tangan dominan pada usia lima hingga enam. Ia selalunya sudah mempunyai tangan dominan sejak daripada usia dua hingga tiga tahun yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menulis.
  4. Belikan buku bergaris tiga atau buku latihan yang mempunyai latihan menulis dengan menyambung titik-titik untuk melatih si manja menulis.
  5. Pastikan anak menulis pada posisi badan yang betul iaitu posisi duduk pada kerusi, meja di paras dada dan paras meja siku tidak bersentuhan.
Tulisan Tercantik
Anak usia 7 tahun tulis... Cantik ke tak?

8 Aktiviti Untuk Tajamkan Skill Menulis

Selain melakukan latihan menulis secara berulang kali, anda boleh mengajaknya bermain. Pilih permainan yang banyak menggunakan tangan dan mata untuk membantu si manja menguasai skil menulis dengan cepat.

Permainan ini melibatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus yang akan membantu si manja untuk menguasai skil tulisan tangan dengan lebih baik.

MELUKIS

biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati apabila berkelapangan. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Aktiviti ini juga menggalakkan si manja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.

Tulisan Tercantik
Bahagia anak dapat conteng macam ni... 

MEWARNAKAN

Mewarna ialah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.

BERMAIN CAT AIR

Bermain dengan cat melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat air yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja.

BERMAIN DOH

Doh lembut adalah permainan yang wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.

BERMAIN MANIK

Permainan yang sering diminati si manja ini membantu penguasaan mata dan tangan. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.

BERMAIN DENGAN PENYEPIT

Ajak si manja mengalihkan objek kecil seperti gula-gula atau pom pom ke dalam mangkuk lain menggunakan penyepit.

PATUNG PUPPET

Bermain dengan puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari serta berimaginasi.

RANTAI PASTA

Buat gelang-buat gelang menggunakan pasta makaroni atau penne yang untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil


TIP AJAR MENULIS ABJAD MENGIKUT URUTAN

HURUF BESAR


Anda boleh memulakan aktiviti latihan tulisan tangan secara berperingkat untuk memastikan si manja menambah kecekapan dengan mendahulukan huruf-huruf berikut:

Langkah pertama: Huruf besar L, T, I, F, E, H

Huruf yang berbentuk berasaskan garisan vertikal dan melintang.

Langkah kedua: Huruf besar V, W, X, A, Z

Huruf yang terdiri daripada garisan menyerong dan melintang.

Langkah ketiga: Huruf besar C, O, G, Q

Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan menyerong.

Langkah keempat: Huruf besar B, D, P, R, J, U, S

Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan melengkung.

HURUF KECIL

Selepas menguasai tulisan tangan huruf besar, anda boleh menggalakkan si manja meningkatkan penguasaan huruf kecil pula. Urutan latihan adalah seperti berikut.

Langkah kelima: Huruf  kecil v, w, c, o, s, x, z

Huruf yang sama dengan huruf besar tetapi bersaiz kecil.

Langkah keenam: Huruf  kecil t, l, i, y, j, u, k

Huruf yang seakan-akan sama dengan huruf besarnya.

Langkah ketujuh:Huruf  kecil a, b, d, e, g, q

Huruf yang mempunyai bentuk lengkungan ‘c’.

Langkah kelapan: Huruf  kecil f, h, m, n, p, r

Huruf-huruf yang mempunyai lengkungan separa.
 Kredit: Majalah Pa&Ma

Nak dapat skill begini, kurangkan anak dengan gadjet dan lebihkan dengan pemainan yang menggerakkan anggota badan dan deria serta motor badan... Insha Allah... 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tahniah kakak... bijak kakak ni... nice sharing mf

    BalasPadam
  2. Bagus juga ada anugerah macam ni kan... boleh buatkan pelajar tu semangat nak tulis cantik2.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !