بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
AWAS!!! INI ANCAMAN KERAS KEPADA ORANG LELAKI YANG TAK BERJEMAAH DI MASJID | Solat berjemaah di masjid bagi lelaki sesuatu yang dipandang remeh oleh kaum lelaki... Kalau lah lelaki tau, pernah zaman para sahabat, rumah mereka dibakar jika tidak solat di masjid... Masa tu Rasulullah tak melarang... tapi Rasulullah tak buat je... kalau Rasulullah buat, dah jadi sunnah... jenuh la bomba nak padam kebakaran sebab zaman sekarang, masjid sebagai hiasan dan hanya penuh pada waktu tertentu.
Sumber: google images |
Ancaman Orang Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّار
Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh saya ingin sekali menyuruh solat, lalu dikumandangkan iqamah, kemudian saya menyuruh seseorang mengimami solat berjamaah (menggantikan saya), lalu saya pergi bersama beberapa orang yang membawa longgokan kayu bakar ke rumah orang-orang yang tidak mengerjakan solat berjamaah, kemudian saya bakar rumah-rumah mereka dengan api.” [HR. Abu Daud No: 461]. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah menekankan kepentingan untuk lelaki Muslim mengerjakan solat fardu di Masjid.
2. Ancaman Rasulullah untuk membakar orang berserta rumahnya kerana tidak mengerjakan solat fardu di masjid (tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak). Menunjukkan kepentingan solat fardu berjemaah di masjid.
3. Lelaki Muslim yang mendengar azan dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid, solat yang dilaksanakan di rumahnya tidak akan sempurna tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Hadis Rasulullah SAW:
مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ قَالُوا مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْ فَلَا صَلَاةَ لَهُ و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا عَلَى التَّغْلِيظِ وَالتَّشْدِيدِ وَلَا رُخْصَةَ لِأَحَدٍ فِي تَرْكِ الْجَمَاعَةِ إِلَّا مِنْ عُذْرٍ
Dari sahabat Nabi SAW dengan banyak jalur, mereka mengatakan, “Barangsiapa mendengar seruan azan lalu tidak memenuhi panggilannya (hadir untuk solat), maka tidak ada solat baginya.” Dan sebahagian para ahli ilmu berkata; “Hal ini sangat ditekankan dan tidak ada keringanan bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjamaah kecuali bila ada uzur.” (Sunan Tirmidzi No: 201) Status: Hadis Sahih
Marilah kita imarahkan Masjid dengan menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita.
Justeru, ayuhlah kita para isteri dan ibu didik anak dan seru suami kita untuk solat berjemaah di masjid... Jadikan masjid sebagai rumah kedua. Kalau tak masjid surau pun boleh asalkan solat berjemaah. Itu seruan yang penting untuk kaum lelaki.
Kejutlah suami dan anak lelaki untuk solat di masjid... Tak dapat 5 waktu, satu dua waktu pun jadilah... Dan solat Subuh dan Isyak berjemaah sangat digalakkan...
baru tahu sampai macamtu sekali zaman dulu nak suruh solat berjemaah
BalasPadam