Tuesday, 6 March 2018

Betul Ke Bulu Kucing Najis?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Bulu Kucing Najis? | Kucing, binatang peliharaan yang paling ramai orang bela kat dunia. Ramai pencinta kucing di dunia ni... bahkan kalau kat luar negara siap buat video mengenai haiwan kesayangan ramai ini. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi s.a.w.

Bagi yang bela kucing dalam rumah, dia sentiasa ada di kawasan kita. Jadi, bulu kucing atau air liur kucing akan berada dalam rumah kita tanpa kita nampak dan sedari. Ada beberapa isu yang berlegar... Ada yang kata bulu kucing atau air liur kucing ni najis... Betul ke? Namun adakah solat kita terbatal jika terkena bulu kucing?

Betul Ke Bulu Kucing Najis

Betul Ke Bulu Kucing Najis?

1. Bulu Kucing Bukan Najis

Ini penjelasan dari Dr. Rozaimie Ramlee:

Menurut sebahagian ulama, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, maka bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis. Namun kucing merupakan binatang peliharaan dan agak susah untuk kita untuk mengawal bulu-bulu kucing dari berguguran jatuh maka dengan itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang seperti sejadah yang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah dan dimaafkan.

Antara dalil-dalilnya ialah:

1: Dari Kabsyah bintu Ka’ab bin Malik, bahawa beliau menjadi isteri salah satu anak Abu Qatadah. Suatu ketika sahabat Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu datang menjenguknya, diapun menyiapkan air wudhu untuk bapak mertuanya. Tiba-tiba datang seekor kucing ingin minta minum air itu. Abu Qatadah-pun membiarkan kucing itu untuk minum. Kabsyah melihat kejadian ini kehairanan. Kemudian Abu Qatadah menjelaskan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda tentang kucing:

إنها ليست بنجس، إنها من الطوافين عليكم والطوافات

“Kucing itu tidak najis. Kucing adalah binatang yang sering berkeliaran di tengah-tengah kalian.” (HR. Ahmad, Nasai, Abu Daud, Tirmizi, dan disahihkan al-Albani).

2: Dalam riwayat lain dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan:

وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

“Saya melihat Rasulullah berwudhu dengan air sisa minuman kucing.” (HR. Abu Daud dan disahihkan al-Albani).

Namun, sebahagian ulama lain menggunakan kesemua hadis ini untuk menyatakan bahawa bulu kucing tidak bernajis. Ini kerana jika air liur kucing tidak bernajis maka bulunya lebih utama.

Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan bulu kucing tidak bernajis berdasarkan hadis-hadis di atas.

Wallahua'lam

2. Bulu Kucing Najis Yang Dimaafkan

Bulu kucing termasuk dalam najis, kerana semua anggota haiwan yang berpisah ketika hidup dihukumkan sama seperti bangkainya. Namun, ia termasuk dalam najis yang dimaafkan jika sedikit dan demikian juga jika banyak bagi orang yang ditimpa Umum al-Balwa (Al-Baijuri 434/2).

Menurut Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa adalah; "berleluasanya sesuatu sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya."
(Nazariyah al-Darurah al-Syar'iyah, 123).

Kesimpulan:

Bulu kucing memang najis, tapi najis yang dimaafkan kerana kita tak dapat nak elak.. Bahkan tak nampak dan perasan pun dengan najis tu... Tapi andai kata kita pegang kucing, dan nampak bulu melekat pada baju kita, jadi kenalah hilangkanlah dulu bulu tu kalau nak solat.

Tapi andai kata nak berpegang kepada bulu kucing bukan najis pun takde masalah... sebab ada dalil sahih tentang itu...

Jadi, hal ini adalah khilaf dalam menetapkan cabang hukum oleh para ulama... Jadi, nak ikut yang mana? Ikut situasi kita... jika nampak, buangkan... Jadi, sebaiknya carilah alternatif supaya bulu kucing tak bertebaran dan mudah gugur... Insha Allah, tak kan ada masalah was-was bab bulu kucing lagi...

MF tak bela kucing sebab memang alergik dengan kucing... Tapi satu ketika dulu MF memang bela kucing... si kucing hitam... dan kucing adalah binatang kesayangan yang mampu meredakan stress dan penghibur yang setia... 

No comments:

Post a Comment

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^