Breaking News

Mac 06, 2018

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan | Bawang, satu ramuan penting dalam masakan seharian. Tak sedap masakan tanpa bawang. Bawang yang biasa dan popular digunakan ialah bawang merah dan bawang putih... Hinggakan ada yang buat kisah dongeng tentang kedua bawang ini...

Tapi bawang ada banyak jenis sebenarnya... dan ada fungsinya yang tersendiri dalam menyedapkan masakan.

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan


1. Bawang Mutiasa 

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Bawang jenis ini mempunyai saiz kecil dan putih. Bawang kecil diproses dengan penaik, jeruk, atau direbus. Tak pernah rasa pula bawang ni.


2. Bawang Merah

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Bawang jenis ini juga disebut sebagai Dayak bawang atau bawang merah. Ini adalah jenis bawang yang terdapat di setiap dapur di rumah ataupun kedai makan. Bawang ini boleh digunakan untuk memasak atau dimakan mentah. Ada dua jenis, bawang kecil dan bawang besar.


3. Bawang manis

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Sekali pandang ni sama macam bawang holland atau bawang bombai. Tetapi kulit cenderung kelihatan lebih muda dan mempunyai rasa yang lebih manis. Beberapa jenis bawang manis yang paling popular adalah vidalia, bermuda, dan walla-walla. Mungkin kita perasan sangat dengan jenis bawang ni.


4. Bawang kuning

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Ini jenis bawang yang biasa dijumpai di banyak pasaraya atau kedai runcit biasa Kat Malaysia panggil bawang Holland. Bawang ini adalah jenis bawang serba boleh dan boleh digunakan dalam semua jenis makanan.Tapi tak sedap jika dikisar, sesuai dicincang halus atau hiris nipis... Dan tak sesuai untuk dimasukkan dalam sup ayam.. Pernah try dah... ianya mengeluarkan bau yang tak best.

5. Bawang Putih 

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Jenis ini mempunyai warna putih dan bentuk yang cenderung berbentuk bujur. Ia juga cenderung menjadi kuat dan manis. Bawang putih biasanya digunakan dalam citarasa masakan Cina. Bawang putih ni banyak khasiat lain dari sudut perubatan tradisional seperti buang angin dalam badan dan melegakan selesema dalam kalangan bayi.

6. Leeks

6 Jenis Bawang dan Kegunaannya Dalam Masakan

Daun bawang digunakan sebagai perasa dalam masakan dan sayur-sayuran. Dalam masakan Korea, bawang sering digunakan sebagai perasa minyak dalam setiap hidangan. Kalau takde sayur nak dicampur dalam nasi goreng, cukup guna daun bawang sebagai ganti sayur... Memang sedap dan nasi goreng pun jadi lebih sedap. Cubalah!

Itulah jenis bawang dan kegunaanya dalam masakkan... Tak lengkap takde bawang walaupun bawang buatkan kita menangis... Walaupun begitu, mak cik bawang tak diperlukan dalam kehidupan... Boleh tambah dosa je jadi mak cik bawang... hehe... sekian...


Sumber: Olahan dari CNNIndonesia
Sumber gambar: Google Images

2 ulasan:

  1. Yang penting..kalau masak tanpa bawang.. rasa tak lengkap menu.hehshe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/buat-duit-secara-meluas-dalam-blog.html

    BalasPadam
  2. Nombor 1 jew macam tak pernah guna dalam masakan ke ada nama lain

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^