div id='header-inner'>

HATI-HATI DENGAN NIAT !

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

NIAT BOLEH BERUBAH TANPA KITA SEDARI

Kepakaran iblis ialah memperdayakan manusia dengan apa sekali pun samada ia datang dalam keadaan baik atau tidak dan tanpa manusia itu sendiri menyendari. Jika orang itu baik, maka iblis datang mengoda dalam keadaan yang baik-baik dan sebaliknya.

Kita membuat perkerjaan awalnya memang berpaksikan niat kerana Allah. Namun adakah niat itu kekal? Yang ini lah kita perlu sentiasa muhasabah diri dan perlu kepada sahabat yang sentiasa memberi kita teguran jika kita terbabas niat. Kita tewas dengan pujian manusia dan kita dilayan dengan 1st class layanan dengan kepopularan yang kita miliki. Di mana-mana kita berada orang akan kenal kita. Kita sudah terbiasa dengan budaya itu. Kita mula dihanyut dengan sekeliling kita dan akhirnya apa yang kita lakukan bukan lagi berpaksikan Allah tetapi berpaksikan kepada nama dan kemasyuran.

Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،

Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya, dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.
 
 وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،

(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong ! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.

 وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ "

(kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikit pun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah,  no 1905]

Sumber: google images

HATI-HATI DENGAN NIAT ! 

Beginikah akhir kita sahabat? Inikah akhir kita? Berpada-padalah dengan niat kita. Muhasabah diri kita apa sebenarnya kita mahu. Ada orang memencil diri bukan kerana anti sosial tetapi dia sudah ketahui hatinya rapuh dan hatinya mula berubah maka dia menggambil keputusan untuk berdiam diri dari orang ramai. Diam bukan berhenti melakukan kebaikan tetapi diam agar dia dapat menjaga hatinya.

مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَٰلَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. (Hud 11:15)

أُو۟لَٰئِكَ ٱلَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِيهَا وَبَٰطِلٌ مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud 11:16)

Hayatilah ayat-ayat peringatan yang telah Allah berikan kepada kita. Muhasabah diri kita agar kita tidak menjadi muflis. Tidak salah menjadi popular tetapi yang salahnya jika popular itu telah menjarakkan kita dengan Allah tanpa kita sedari. Tidak salah untuk menjadi terkenal tetapi yang salahnya jika terkenal itu membuat kita semakin riak dan takbur dan mula memilih-milih dalam membuat kebaikan. Jika kebaikan itu tidak membuat kita popular kita tidak akan buat tetapi jika kebaikan itu membuat kita semakin popular kita akan buat.

Berpada-padalah kita dengan niat kita. Sentiasalah kita mencari sahabat yang boleh membimbing kita dan jangan kalian tinggalkan sahabat yang selama ini berkawan dengan kita bukan kerana kita popular tetapi kerana Allah. Sesungguhnya kita sebagai manusia mudah lupa dan itulah yang perlu kita takut dan berhati-hati. Wallahualam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Catat Komen

1 Ulasan

  1. ramai yg berjaya buat kebaikan kerana Allah, tapi bila dipuji niat tu bertukar jadi tak baik. Kena berhati2 dan minta perlindungan dari Allah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)