Post Page Advertisement [Top]

kurung najwa 2017
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan Biasakan Diri Dengan Hutang


Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali radhiyallahu ‘anhu.

Hamba ini berkata kepada Ali: Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku.

Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.

Doa Bebaskan Diri Dari Hutang

Katakanlah:

*، اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك*

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram.Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]

Perbanyakkanlah berdoa agar Allah melimpahi kita rezeki supaya kita tidak berhutang. Kerana berhutang ini boleh membuat orang jadi hidup tidak keruan dan suka menipu.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

 إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ, حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ. 

“Sesungguhnya seseorang yang (biasa) berhutang, jika dia berbicara maka dia berdusta, jika dia berjanji maka dia mengingkarinya” (HR Al-Bukhari no. 832 dan Muslim no. 1325/589)

Jom bebaskan diri kita dari berhutang. Yakinlah bahawa Allah sentiasa memberi ruang dan jalan untuk membantu kita. Wallahua'lam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Tips Bebas Hutang
Sumber: Google images

Ada orang memang dia nak nampak mewah hidupnya, jadi dia sanggup berhutang...

Orang berhutang ni mukanya kusam dan tak ceria.. 

Elakkan berhutang kecuali jika terdesak sangat .. tu pun cari tempat yang boleh berikan hutang yang sah dan berdaftar. Elakkan pinjam Ah Long. Jika pinjam dari saudara buat perjanjian hitam putih supaya tak berlaku persengketaan di kemudian hari.

Banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan hutang kita.... Hidup bebas hutang lebih senang dan tenang... 

4 ulasan:

  1. Insha Allah, kak.. Terima kasih atas peringatan dan Insha Allah sama-samalah kita cuba untuk selesaikan hutang-hutang..

    BalasPadam
  2. semoga dapat langsaikan segala hutang2 yg ada. amenn

    BalasPadam
  3. btl tu kak mar...
    kalau blh xnk da berhutang
    tak sabar nak abiskan bya hutang mara nia
    takot jugak berhutang dengan orang tapi tak ingat

    BalasPadam
  4. jauhkanla dari sifat ini.. kalau ada memang kena langsaikan. tapi kalo orang hutang ngan kitaaa tu huuurm entahla tak tahu nak cakap guano. sikit boleh pejam mata. banyak tu pening jugakla =(

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Bottom Ad [Post Page]