بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Tidak Kesah Soal Halal dan Haram
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada suatu zaman, manusia ketika itu tidak peduli lagi dari mana dia mendapat sumber harta sama ada halal atau haram". (HR Bukhari No: 1941) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Keimanan seseorang berkait rapat dengan segala amal sama ada oleh lisan mahupun perbuatannya.
2. Apabila iman pada seseorang telah hilang, soal halal dan haram tidak dihiraukan lagi.
3. Akan ada pada suatu masa, manusia tidak kesah soal halal dan haram dalam pemilikan harta.
Allah S.W.T. berfirman dalam mencari dan menggunakan harta:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. Tetapi dihalalkan mendapatkan harta dengan cara jual beli secara suka rela. Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri. Sungguh Allah Maha Penyayang kepada kalian.” (QS. An-Nisa [4]: 29)
Ibnu Katsir: cara batil yang dilarang dalam mencari harta adalah cara-cara yang tidak sesuai dengan syariah. Antaranya melalui riba, perjudian, rasuah, mencuri, menipu dalam jual beli dan sebagainya.
Ketahuilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti.
Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram
Sumber: Google images |
Tak Kisah Halal Ke Haram
Zaman yang Nabi s.a.w sebutkan dalam hadis di atas adalah zaman yang sedang kita hadapi sekarang.
Zaman sekarang, orang alami tekanan ekonomi... Semua benda guna duit... menyebabkan orang dah tak fikir soal halal haram asalkan dapat duit.
Orang sibuk sana sini nak kaya.. nak ada duit, nak puaskan tuntutan nafsu, nak berlumba kumpul aset dan harta benda.
Hal ni jelas kelihatan dalam laman sosial sendiri... Jika dulu blogger berblog kerana minat dan lebarkan silaturrahim... Tapi kini tak lagi, berblog sebab nak duit... Nak jana pendapatan sampingan. Hinggakan isi dan konten blog diketepikan dan setiap sudut blog penuh iklan...
Sama juga kalau lihat di Facebook dan Instagram... Sana sini orang berniaga. Yang tak pernah berniaga pun mula berniaga... Mudah terikut bila orang tunjuk perniagaan itu banyak income... Terus pakat menjual...
Itulah realitinya.. zaman yang Nabi s.a.w sebut tu sedang berlaku... Obsesi dengan duit hingga tak fikir halal haram.. bukan bab duit je.. bab makan, bab nak cantik semua tak kisah.. tak selidik dah. Asalkan dapat capai apa yang dikehendaki..
Nauzubillah.. sama-sama kita muhasabah diri.
sama-sama kita muhasabah diri kak
BalasPadamallahuakhbar.. janganla masuk golongan macam ni. nauzubillah. semoga kita terhindar dan sentiasa dilindungi. lagi2 bab makanan dan sumber harta. memang kena teliti yang amat..
BalasPadam