GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Doa Pendek Rabbana

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


6 Doa Pendek Rabbana | Al-Quran untuk diamalkan. Antara cara beramal dengan al-Quran adalah menggunakan doa-doa yang terkandung dalamnya.

Subhanallah, setiap hal mustahak manusia, Allah sudah sediakan doa untuknya. Sebutlah apa sahaja. Hendak zuriat, ada doanya. Hendak berjaya dalam suatu urusan, ada doanya. Hendak selamat daripada bahaya, ada doanya.

Ayuh kita hafal dan amal enam rabbana berikut. Pendek-pendek sahaja.

6 Doa Pendek Rabbana
Sumber : Google image 

Doa Pendek Rabbana

..............................................................................

1. Doa Memohon Dimudahkan Urusan


رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-kahfi 18: 10)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.

..............................................................................

2. Doa memohon kemenangan dan mendapat keputusan terbaik


رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim.” (Surah al-A’raf 7: 89)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.

..............................................................................

3. Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” (Surah al-Baqarah 2: 250)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera Jalut.

..............................................................................

4. Doa agar tidak termasuk golongan jahat


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.” (Surah al-A‘raf 7: 47)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh ashabul A‘raf ketika melihat ahli neraka.

..............................................................................

5. Doa berserah kepada Allah

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 

“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Surah al-mumtahanah 60: 4)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.

..............................................................................

6. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 201)

Sumber :EZY DAKWAH@Solusi 107.l via @HimpunanDoa

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ