div id='header-inner'>

Semangat Berbengkung Selepas Bersalin Anak Keempat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semangat Berbengkung Selepas Bersalin Anak Keempat | Bengkung,  rasa lecehnya nak pakai...  Masa lepas bersalin anak pertama dan anak kedua tak pernah berbengkung pun...  Alhamdulilah..  Masih maintain perut ni...  Maklumlah baru anak dua. Tapi masa lepas bersalin anak ketiga, kenaikan berat badan bertambah... Menyebabkan perut pun berubah...  Memikirkan kewajipan menjaga badan tanggungjawab isteri,  jadi bertekad cari bengkung moden yang murah selepas bersalin anak ketiga. 

Namun, tak konsisten sangat pun... Pakai tak pakai je..  Hasil nya tak memberangsangkan...  Jadi,  nampak juga macam mengandung lagi..  Jadi,  anak keempat ni bertekad nak berbengkung dengan konsisten dengan lebih kerap. 

Semangat Berbengkung Selepas Bersalin Anak Keempat


KENAPA PERLU BERBENGKUNG


Untuk mendapatkan hasil yang terbaik  sebaiknya, setiap ibu selepas  bersalin perlu berbengkung selama tempoh berpantang... Harap dapat buat dengan konsisten lah ni.

Tujuan berbengkung ialah:
✔Membantu mengempis dan merampingkan pinggang.

✔Membantu melenyapkan lemak yang menggeleber yang wujud lepas bersalin.

✔Membantu mengecutkan semula peranakan.

✔Menyokong peranakan agar tidak jatuh.

✔Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.

✔Menguatkan tulang belakang.

✔Mengelakkan badan ‘masuk angin’.

Cara pakai bengkung:

Bengkung perlulah di pakai dari bawah dada sehingga pinggul untuk mengelakkan posisi peranakan turun ke bawah dan perlu dipakai selama 8 jam sehari untuk mendapatkan hasil yang baik.

Setakat ni masih boleh la bertahan pakai lebih 8 jam... 

MF guna bengkung moden je...  Jenis korset macam korset sajat tu aje. MF beli kuat shopee je... Harga pun tak sampai 30 ringgit masa tu...  Lagipun senang pakai bengkung moden.

Bengkung Moden

KELEBIHAN BENGKUNG MODEN


✔Sesuai untuk yang bersalin normal dan caeserean.

✔Tak sampai 1 minit dah siap pakai.

✔Boleh pakai sendiri. Tak perlu minta tolong orang.

✔Tak perlu belit- belit dan ikat.

✔Senang buka/pakai kalau ke tandas. Tapi kalau tak buka pun boleh... Just selak je ke atas.

✔Merampingkan dan mengurangkan berat, supaya potongan kembali kepada bentuk asal.

✔Menghalang abdomen masuk angin semasa berpantang.

✔Menyokong teras abdomen dan membantu peranakan kembali kepada saiz asalnya.

✔Serta-merta ramping supaya kelihatan dan berasa lebih baik.

✔Sebagai sokongan kepada abdomen lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.

✔Direka untuk keselesaan pemakai. Tidak mudah terlipat.

✔Bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu lepas bersalin. Ia juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

✔Rekabentuk di bahagian belakang juga direka sebagai sokongan kepada tulang belakang ibu-ibu yang bersalin, ia membantu menghilangkan saakit belakang yang dialami semasa mengandung dan semasa proses bersalin.

✔Membantu menyokong dan menguatkan abdomen yang lemah akibat regangan semasa mengandung dan melahirkan.

✔Mencegah makan berlebihan.

✔Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi.

Jadi, sebab baru sedar diri yang berbengkung ni banyak kelebihan tu yang semangat lebih sikit anak keempat ni...  Impian nak dapat kan berat badan ideal dan bentuk badan macam anak dara.

Harap-harap semangat kekal bersemangat... Bukan separuh jalan.

Jom sahut semangat nak slim selepas bersalin jom...  

Catat Komen

0 Ulasan