GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang | Pendidikan di dunia, bermula dari rumah... Diteruskan ke alam persekolahan...

Sekolah mula wujud selari dengan perkembangan tamadun... Jika dahulu sekolah secara tak formal... Tapi selepas tamadun manusia berkembang dan maju, sekolah diwujudkan sebagai institusi yang penting dalam masyarakat...

Sekolah satu institusi yang penting demi kemajuan dan perkembangan zaman manusia...

Alhamdulillah... Takdir Allah.. MF dilahirkan untuk menjadi pendidik walaupun bukanlah cita-cita MF bukan nak jadi pendidik... Jadi perkembangan pendidikan iaitu satu institusi pendidikan yang formal dikenali sebagai sekolah dapat MF lihat dan ikuti zaman demi zaman... Jadi, MF boleh sangat nampak perbezaan antara sekolah dulu dan sekolah sekarang.

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

Perbezaan Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

1. Sistem Pendidikan

Sistem dan dasar berubah sungguh dulu dan kini... Jika dahulu lebih kepada peperiksaan... Tapi kini tak lagi... Sistem pendidikan dibentuk untuk menepati falsafah Pendidikan Negara...
Pelajar dilatih dan ajar sejak umur 5 tahun hingga ke peringkat menengah umur 17 tahun...
Sistem pembelajaran dulu, lebih kepada guru yang mengajar, tapi kini sistem pembelajaran ingin mendidik pelajar berani dan berdikari... Berani menyuarakan pendapat... Kerana itu diwujudkan Pembelajaran Abad ke-21. Sistem berpusat kan pelajar.. Pelajar belajar dengan bimbingan guru... Berkongsi idea dengan rakan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman hidup Mereka.
Jadi, beza sangat pembelajaran dulu dan sekarang... Dulu, belajar, hafal teori dan jawab peperiksaan... Tapi sekarang adanya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPD), pelajar diuji dan dinilai oleh guru, ibu bapa dan masyarakat setiap masa... Jadi, pembelajaran dahulu, siapa pandai dia akan ke hadapan, tapi kini tak lagi... Semuanya diuji dan dinilai...

2. Sistem Online

Dahulu semuanya manual sahaja... Info dan hal ehwal pelajar semuanya secara manual.. Bahkan nak mohon ke sekolah pun secara terus ke sekolah... Tapi kini semuanya hujung jari.. Kat Mana-mana boleh mohon masuk sekolah asalkan ada teknologi dan juga Internet....

Data pelajar dari segala segi termasuk data peribadi keluarga ada dalam simpanan data dan simpanan... Nak tahu hal pelajar tersebut klik aje... Simpanan data ini disimpan di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Dulu tiada APDM ni.. Jadi, data pelajar kita tak dapat banyak melainkan guru sendiri kena korbankan masa dan tenaga pergi ke rumah pelajar tersebut jika mahukan lebih maklumat.

Kini dengan APDM, semuanya mudah... Bahkan nombor telefon ibu bapa pun ada.. Boleh terus hubungi jika ada sebarang masalah.

Selain  APDM, sekarang juga ibu bapa boleh tahu prestasi anak-anak dengan mudah dengan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS). Masukkan sahaja nombor kad pengenalan atau nombor MyKids anak, terus terpapar keputusan anak termasuk ulasan guru. Anak-anak tiada alasan lagi nak membohongi ibu bapa.

3. Infrastruktur dan Kemudahan di Sekolah

Sekolah dulu dan sekolah sekolah sekarang dah lain... Dulu kemudahan tak lengkap dan canggih seperti sekarang..

Dulu, bangunan sikit aje.. Kerusi kayu, meja kayu... Tapi kini kemudahan  senang... Kerusi dan ringan, meja pun plastik aje... Mudah nak usung sana sini...

Sumber: google images

Selain tu, bentuk bangunan dulu sebuah-sebuah dan hanya menggunakan papan. Tapi kini kebanyakan design bangunan sekolah bersambung dengan bangunan seterusnya dan ini memudahkan pergerakan pelajar dan guru ke sesuatu tempat dalam kawasan sekolah. Selain itu juga, ada sesetengah sekolah dibina bangunan tinggi dan dilengkapi dengan lif. Sekolah sebegini biasanya dibina bagi kawasan yang sempit dan terhad tanahnya seperti di bandar besar.

Dulu makmal, bengkel tak lengkap.. Tapi kini segalanya ada... Mudah nak teruskan pembelajaran...Jika dulu cikgu mampu mengajar secara teori sahaja.. Sekarang belajar sambil buat terus kerana ada kelengkapan dan kemudahan untuk digunakan ketika proses pembelajaran dan pengajaran.

Dahulu, menggunakan papan tulis menggunakan kapur tulis, tapi sekarang kebanyakan sekolah guna papan putih yang ditulis menggunakan pen marker.

Itu 3 point utama beza sekolah dulu dan sekolah sekarang. Cikgu pun berubah dah sekarang... Fesyen cikgu dulu... Kalau budak sekolah sekarang tengok, mesti tak selera... Tapi sekarang... Cikgu ibarat artis dah di sekolah..

.
Selain perbezaan tu ada juga perbezaan ketara zaman dulu dan sekarang...

1. Cara murid ke sekolah

Dulu

Murid ke sekolah kebanyakannya berjalan kaki... Dan berakit buluh jika ada sungai... Tu zaman mak bapak MF la...kira-kira tahun 70-an.  Tapi zaman MF dah maju sikit, Jalan elok dah... Dah ada tar jalan... Ke sekolah naik basikal...

Sekarang

Zaman makin maju, pelajar sekarang majoriti ke sekolah paling kurang naik motosikal dihantar ibu bapa, jika sekolah menengah dah mula bawa motor sendiri... Bagi golongan berada sikit, memang naik kereta bahkan golongan elit siap ada pemandu peribadi... Hebat kan...

2. Perbelanjaan ke sekolah

Dulu

Belanja ke sekolah zaman dahulu banyaknya bawa bekal.. Jika bawa duit pun 20 sen sudah mencukupi...

Sekarang

Paling kurang RM5 sebagai  belanja sekolah.. Bahkan ada yang bawa RM20 ke sekolah setiap hari... Perbelanjaan semakin meningkat...

Budaya membawa bekal juga semakin berkurangan... Bahkan nak tengok pelajar yang bawa bekal air kosong pun susah... Pernah MF tanya pelajar kenapa tidak bawa air sendiri dari rumah... Alasannya sebab malu dan leceh... Alahai...

3. Denda dan hukuman

Dulu

Denda dan hukuman ini sebagai satu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rotan itu biasa.. Bahkan pelajar dulu memang gerun dengan rotan dan cikgu disiplin...

Sekarang

Denda dan hukuman ibarat satu penderaan fizikal, emosi dan mental pelajar.. Pelajar yang salah perlu kaunseling dari kaunselor bukannya terus didenda macam pelajar dulu. Konsep guru penyayang diwujudkan di sekolah... Di mana guru perlu mendidik pelajar dengan lemah lembut dan berhikmah... Teknik kekerasan dan rotan bukan lagi denda yang relevan bahkan denda sebegitu memberi kesan kepada pelajar dan guru..

Nampak sangat perbezaan ketara bab denda dan hukuman ni... Penerimaan pelajar dan ibu bapa tu sangat berbeza antara dulu dan sekarang.

4. Komunikasi

Dulu

Dahulu komunikasi antara guru dan ibu bapa serta pelajar hanya di sekolah. Ibu bapa yang ingin tahu perkembangan anak di sekolah hanya ketika waktu tandatangan laporan kemajuan murid yang biasanya diadakan setahun sekali. Dan sesetengah sekolah dua kali setahun.

Sekarang

Komunikasi antara ibu bapa, pelajar dan guru lebih mudah dengan kemudahan teknologi... Perkembangan teknologi telefon dan gadjet memudahkan komunikasi ini. Kewujudan  Group Telekomunikasi seperti group whatsapp, telegram dan sebagainya memudahkan para guru dan ibu bapa berinteraksi untuk menyampaikan maklumat secara terus dan tepat serta cepat.

Interaksi antara pelajar dan guru juga mudah... Guru boleh terus berkomunikasi dengan pelajar secara maya melalui group whatsapp kelas atau group mata pelajaran. Sebarang masalah pelajar boleh terus berhubung dengan guru melalui teknologi yang ada. Perkembangan ini merupakan perkembangan positif dalam arus pendidikan di Malaysia. Cuma ada kalanya perlu dikawal kerana ada juga mudaratnya jika tidak dijaga adab dan tatasusila.

Beza sangat sekolah dulu dan sekarang... Tapi matlamat satu je.. Tempat menyampaikan ilmu... Mendidik manusia dan memanusiakan manusia...

Sekolah satu institusi pembelajaran formal yang perlu dipertahankan walaupun ada kelemahannya. Kerana segalanya bermula di sekolah untuk membentuk masa depan yang cerah.

2Ulasan

  1. Dulu sebelum mak ayah bersara, selalu dengar jugak hal hal sekolah. Diorang paling terasa bila part sistem bertukar especially banyak benda yg online. Untuk guru muda, mungkin senang sbb dah biasa gunakan laptop & IT tu semua. Tapi cikgu2 berumur ni mencabar katanya

    hanisamanina.com

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ