10 September 2017

Resepi Bihun Sup Utara Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Bihun Sup Utara Mudah | Kuat juga pengaruh group dan page Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook... Tapi dalam masa yang sama, jadi pencetus semangat dan idea untuk memasak setiap hari.

MF masak dua kali je seminggu, jadi setiap hujung minggu memang makan sedap la dari hari biasa..

Hari Jumaat masak masakan kampung aje... Iaitu sup kaki ayam je...

Hari Sabtu, nampak resepi Bihun Sup Utara... Terus la tag en.somi kat Facebook.. Apa lagi.. Terus la dia suruh buat.. Hehe...

Jadi, dengan semangatnya pelangi sabtu lagi suami ke pasar mencari bahan buat  sup.

Resepi Bihun Sup Utara 


Bahan-bahan buat sup:

  • 1kg daging, kalau campur tulang lain macam rasanya... Lagi sedap... Tapi kalau takde, daging pun boleh...
  • Bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi (di kisar)
  • Bunga lawang, kalau takde guna aje sup bunjut.
  • 2 sudu besar serbuk sup. 
  • Garam dan gula 

Bahan untuk sos:

  • Cili kering, bawang besar, bawang putih di kisar halus. 
  • Sos cili

Bahan untuk sambal kicap:

Kicap manis, cili padi dan bawang putih.
Garam

Bahan hiasan:

Daun sup
Bawang goreng
Tauhu goreng

Cara memasak :

1. Rebus daging agak masak... Separuh masak pun boleh.. Cara merebus, didihkan air. Kemudian masukkan daging dan masak hingga separuh masak.

2. Dalam periuk lain, tumiskan bawang, halia dan cili padi yang di kisar hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air rebusan daging dan daging separuh masak tadi ke dalam bahan tumis.. Masukkan air secukupnya.

4. Masukkan sup bunjut, dan serbuk sup... Didihkan hingga daging masak dan empuk. Sebelum tutup api, masukkan garam dan gula sebagai perasa.

Cara memasak sos:

  • Tumiskan cili yang di kisar. 
  • Masukkan air, sos cili, gula dan garam... 
  • Masak sos hingga pekat. 

Cara buat sambal kicap:

  • Tumbuk cili dan bawang putih... 
  • Masukkan kicap dan garam, gaul sebati.


Apa beza bihun  sup utara dengan bihun Sup lain? 

Bezanya, bihun Sup Utara ni makan dengan sos cili merah... Rasa memang pedas... Sambal kicap tu kira penambah rasa.. Tapi kalau takde pun Takpe...

Nampak macam susahkan... Tapi mudah aje nak buatnya...

Puas hati dapat buat sendiri... Menggamit memori betul bihun Sup ni... Nak betul menggamit memori, makan dalam plastik sedut kuah dengan straw.. Perghh... Memang sedap.. Orang utara tau la camne nikmatnya... Hehe

5 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa...SA x suka bihun..kalau derhaka tukar mee ok x?

    BalasPadam
  2. Seronok kalau masak sendiri.. Puas makan..

    BalasPadam
  3. Wahh..nmpak sedap, nice sharing kak

    BalasPadam
  4. Terima kasih share resipi maria.nanti nak try

    BalasPadam
  5. Terima kasih share resipi maria.nanti nak try

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^