20 November 2018

November 20, 2018

10 Waktu Terbaik Berselawat Ke Atas Nabi s.a.w

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



10 Waktu Terbaik Berselawat Ke Atas Nabi s.a.w


  1. Sesudah laungan azan
  2. Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid
  3. Dalam solat jenazah.
  4. Dalam takbir hari raya.
  5. Dalam tahiyat ketika solat.
  6. Pada awal dan akhir doa.
  7. Pada hari jumaat sama ada malam atau siang.
  8. Dalam khutbah dan doa qunut.
  9. Ketika orang lain menyebut nama Rasulullah s.a.w.
  10. Di dalam majlis ilmu, ketika dan sebagainya. 


Jom perbanyakkan selawat.

Moga dengan banyak nya selawat ini, kita dipanggil dan rapat dengan Nabi serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Insha Allah...


19 November 2018

November 19, 2018

Ini Kelebihan Alunan Selawat Ketika Dodoikan Anak Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Insha Allah.. Esok bukan sekadar cuti... 

Tapi cuti semata-mata untuk ingat Nabi Muhammad s.a.w... Rasul dan Nabi yang sangat cintakan umatnya. 

Kita ingat tak kat Baginda? 

Kita ni patut bersyukur sangat dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w... 

Sebab salah satu kelebihannya kita akan dapat syafaat di akhirat nanti jika kita... Banyak kan ingat Nabi Muhammad s.a.w. 

Nak ingat Nabi macam mana? 

Mudah saja... 

Dengan perbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda. 

Selawat sebagai tanda rindu kepada Baginda ﷺ ☺️

‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Semoga cinta kita pada baginda ﷺ semakin bertambah dan mendapat syafaatnya dikelak nanti ☺️

Ini Kelebihan Alunan Selawat Ketika Dodoikan Anak Tidur

Banyak kelebihan selawat...

Antaranya :
1. Orang yang banyak selawat antara orang yang paling mulia di akhirat. 

2. Allah akan balas selawat tu dengan 10 kali ganda. 

3. Keutamaan selawat di hari Jumaat. 

4. Selawat kita di dunia tetap akan sampai kepada Rasulullah SAW. 

5. Rasulullah akan menjawab salam orang yang memberi salam kepada Baginda. 

6. Doa tidak makbul tanpa selawat. 

7. 100 kali selawat membuka 100 pintu rahmat. 

Ini Kelebihan Alunan Selawat Ketika Dodoikan Anak Tidur

Selain tu.. 

Kelebihan jika selalu dengarkan selawat kepada anak-anak kecil. (pengalaman sendiri) 

1. Mampu lembutkan hati anak-anak yang kurang dengar cakap. 

2. Mudah untuk kawal marah.

3. Mudah untuk ibu bapa kawal emosi.

4. Anak mudah tidur dan lebih tenang. 

5. Kurang tantrum dan jika tantrum pun ibu tak tantrum sekali... 😅

Selalulah pasang alunan zikir dan selawat dalam rumah. 

Insha Allah... Rumah tangga akan ada kelainannya. 😊
November 19, 2018

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu | Pucuk paku, makanan hutan yang tumbuh meliar.

Dulu kat kampung, selalu kutip aje kat tepi jalan.

Sekarang ni, nak makan kena beli la kat pasar.

Pucuk paku nampak biasa tapi khasiatnya luar biasa.

Jangan pandang lekeh dengan tumbuhan hutan ni.. Sebab ada khasiat yang tersendiri.

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

1. Menjaga daya tahan tubuh

Pucuk paku ialah sayur sihat yang dapat menjaga daya tahan tubuh.

Daya tahan tubuh yang baik akan membuat anda memiliki perlindungan yang kuat terhadap serangan penyakit, sehingga tubuh tidak mudah terjangkit penyakit yang mudah merebak.

2. Baik untuk metabolisme tubuh

Membantu metabolisme menjadi normal. Metabolisme yang tak normal menyebabkan penyakit senang datang...

3. Ubat Gout

Khasiat pucuk paku dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi Gout.
Kandungan dalam pucuk paku untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu yang boleh mengganggu aktiviti seharian.

4. Baik untuk kesihatan tulang

Khasiat pucuk paku baik untuk membuat tulang menjadi lebih sihat.

Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu?
Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang akan semakin sihat dan juga terjaga.

Bagi yang tidak suka susu... Boleh amal makan pucuk paku.

5. Menyembuhkan luka

Khasiat pucuk paku dapat jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka.

Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka.

Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

6. Mencegah penuaan secara semulajadi

Penuaan yang terlalu cepat di usia ketika masih muda akan membuatkan kita hilang kepercayaan pada diri sendiri.

Ni pun akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya pucuk paku. Sayur ini akan membuat kita nampak awet muda.

7. Menyihatkan mata

Kandungan semulajdi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata dari penyakit rabun.

8. Menurunkan berat badan

Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan.

Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, Insha Allah akan mendapat berat badan yang ideal. Tapi kena konsisten lah baru berjaya.

9. Mencegah hipertensi

Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku.

Sayuran ini sebaiknya makan setiap hari jika ada mengalami gejala hipertensi.
Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah sehingga tidak akan terjadi kenaikan.

10. Mencegah kenaikan kolesterol

Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit.

Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini bersifat anti kolesterol yang tinggi.

Sumber

Jom makan pucuk hutan untuk sihat...

Sedapnya pucuk paku masak lemak kan.. Nyum..... 
November 19, 2018

Harta Vs Ilmu, Yang Mana Nak Pilih?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Di antara HARTA atau ILMU, yang manakah pilihan Anda ??


ILMU - Peninggalan para Anbiya'
HARTA - Peninggalan Firaun, Qarun & kuncu2nya (seumpamanya)

ILMU - Memelihara kita
HARTA - Terpaksa dipelihara

HARTA - Banyak harta, banyaklah musuh
ILMU - Akan lebih banyak rakan & taulan jika semakin banyak ilmu

HARTA - Akan berkurang apabila dibelanjakan
ILMU - Akan bertambah

HARTA - Orang yang berharta kadang2 digelar sbg org bakhil
ILMU - Orang berilmu akan dimuliakan

HARTA - Terpaksa dipelihara daripada dicuri
ILMU - Tidak perlu terpaksa dipelihara daripada dicuri

HARTA - Orang yg mempunyai harta akan dihisab
ILMU - Memberi syafaat kepada tuannya

HARTA - Lama kelamaan akan binasa
ILMU - Tidak akan binasa

HARTA - Akan menjadikan seseorg itu keras hatinya
ILMU - Sebagai penerang & penawar hatinya

HARTA - Manusia kadang2 menjadikan harta sebagai Tuhan
ILMU - Menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan & kehambaan kpd Tuhannya

Sumber: Facebook Bahagian Dakwah Jakim 

18 November 2018

November 18, 2018

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam | Bitcoin, dah lama dah muncul dalam system muamalat di dunia.

Kemunculan Bitcoin menimbulkan persoalan tentang hukum.

Bagi orang yang kisahkan pasal hukum, pasti akan kaji selidik, Tanya pakar ulama, cari dalil yang ada sebelum join Bitcoin.

Bitcoin ni apa?
Bitcoin ni mata wang digital. Tapi ada beberapa buah negara tak iktiraf pun Bitcoin ni sebagai matawang.

Tapi sehingga hari ni ramai yang join Bitcoin ni sebab nilainya yang sangat tinggi.

Orang Islam pun ramai dah join Bitcoin.

Tapi bagi yang memegang kepada hukum... Pasti nak tau hukum kan...

Setelah sekian lama tunggu, akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, keluarkan kenyataan rasmi tentang hukum Bitcoin.

Dalam artikel yang di tulis di web rasmi Mufti Wilayah memang panjang berjela lah... sebab siap dengan bukti, hadis dan segala pendapat dari pelbagai pihak.

Tapi, dalam entry ini MF akan cuba ringkas dan olah sebab bukan semua suka baca panjang-panjang kan.

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

hukum bitcoin

KEDUDUKAN BITCOIN SEBAGAI MATA WANG

Persoalan samada bitcoin adalah sejenis mata wang atau tidak masih lagi diperdebatkan. Menurut The Economist, Bitcoin menepati 3 ciri-ciri mata wang:

  • sukar diperoleh
  • bekalannya terhad
  • mudah untuk dipastikan (verify).


Setakat kajian ini dilakukan, Bitcoin masih kekal sebagai mata wang kripto yang paling mudah dicairkan dan terbesar di pasaran dari segi aktiviti pengguna dan aktiviti pemaju.

Ia mempunyai jumlah dagangan harian melebihi USD 10 bilion dan penilaian pasaran USD 135 bilion (setakat 18 April 2018).

Dalam Islam, para sarjana meletakkan pelbagai ciri mata wang sama ada ciri fizikal, teknikal dan seumpamanya.

Contoh ciri fizikal ialah senang dibawa, dikira, ketahanan dan seumpamanya.

hukum bitcoin
sumber: google images
Namun ciri penting yang perlu ada sebagai mata wang ialah dua sifat utama:

1. Diterima umum:

Wang hendaklah diterima umum tidak kira dalam sistem ekonomi apa sekali pun bagi berfungsi sebagai alat tukaran.

Imam Malik berkata, andainya kulit dijadikan wang oleh sesuatu masyarakat, maka aku akan haramkan ia ditukar dengan emas secara bertangguh.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa apa sahaja yang diterima umum sebagai mata wang, maka ia boleh dijadikan wang. Walaupun kulit kambing, bitcoin, garam dan gula. Wang kertas yang ada ketika ini diterima umum, walaupun cuma kertas dan ia disahkan oleh kerajaan.

2. Kestabilan nilai:

Sifat ini sangat penting kepada wang untuk menjalankan fungsi wang. Secara umumnya, nilainya yang stabil dan tidak mudah naik dan turun secara mendadak. Jika mata wang nilainya tidak stabil, maka ia tidak boleh berfungsi sebagai penyimpan nilai.


Risiko Bitcoin

Bitcoin (dan juga mata wang kripto yang lain) merupakan satu produk inovasi moden yang masih baru dalam pasaran, dan sudah pasti ia mempunyai risiko dan masalah yang masih belum diselesaikan hingga sekarang. Antaranya ialah:

1. Naik turun nilai yang sukar dikawal dan dijangka akibat spekulasi berlebihan para pelabur (fluctuation/volatility)

Sewaktu Bitcoin mula-mula diperkenalkan, nilainya tidak melebihi USD1, namun sejak itu ia mula mendapat populariti diseluruh dunia dan nilainya terus meningkat naik.

Bitcoin memulakan tahun 2017 dengan nilai USD 966, dan naik mendadak hingga merekodkan harga tertinggi dalam sejarah pada USD19,850 pada pertengahan Disember, ia tiba-tiba mengalami penurunan mendadak kepada USD12,000 hanya dalam masa beberapa hari.

Namun demikian sejak awal 2018, harga bitcoin mula menunjukkan sedikit kestabilan, dengan konsisten mengekalkan paras USD6000 sejak pertengahan 2018. Sejak tiga bulan belakangan pula, ia berada dalam lingkungan USD 6,300 hingga USD 6,700, menunjukkan tahap kestabilan tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun ketidakstabilan ini tetap melahirkan kebimbangan bahawa fenomena Bitcoin ini tidak lain hanya seperti buih yang akan pecah pada bila-bila masa. Ketidakstabilan harga Bitcoin ini juga menumbuhkan minat kepada mata wang kripto alternatif yang lain seperti ethereum, litecoin dan XRP.

2. Risiko penggodaman terhadap sistem

Setakat kajian ini dilakukan, kes kecurian terbesar melibatkan bitcoin berlaku pada tahun 2014, apabila pusat dagangan terbesar ketika itu Mt. Gox telah kehilangan sejumlah 850000 bitcoin akibat penggodaman terhadap sistem komputer mereka, dengan nilai kerugian ketika itu berjumlah USD 480 Juta.

Sementara untuk kes terkini pula melibatkan Youbit, sebuah pusat dagangan bitcoin di Korea Selatan yang telah jatuh muflis pada Disember 2017 setelah hampir 4000 bitcoin milik para pelabur dicuri dalam satu siri serangan siber.

Sehingga kajian ini dilakukan, dianggarkan kira-kira 980 000 Bitcoin telah dicuri daripada bursa, dengan kerugian dianggarkan USD 15 Bilion menurut nilai semasa.

3. Dieksploitasi oleh penjenayah untuk kegiatan penggubahan wang haram dan mendanai aktiviti keganasan

Pada Januari 2017, Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK) yang merupakan satu agensi anti penggubahan wang haram Indonesia melaporkan bahawa Bahrun Naim, salah seorang penyokong Daesh menggunakan bitcoin untuk mendanai aktiviti keganasan kumpulan militan itu di Syria.

Sementara itu pada Disember 2017, sebuah mahkamah persekutuan di New York, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa Zoobia Shahnaz, seorang wanita warga AS kelahiran Pakistan atas tuduhan mendanai aktiviti pengganas Daesh menggunakan saluran bitcoin dan lain-lain mata wang kripto melibatkan dana berjumlah USD 85000.

Jabatan Keadilan (Department of Justice) (AS) dalam kenyataan sama menambah bahawa pertuduhan tersebut masih lagi di peringkat siasatan dan tertuduh belum bersalah selagi belum terbukti.

Namun disebalik kes-kes yang dilaporkan, beberapa pakar masih enggan membuat kesimpulan bahawa mata wang kripto sememangnya satu ancaman secara mutlak dari sudut membantu aktiviti keganasan.

Sebagai contoh, David Carlisle, seorang konsultan bagi Royal United Services Institute (RUSI) yang merupakan badan pemikir bebas tertua dunia dalam bidang pertahanan dan keselamatan antarabangsa menyebut bahawa masih belum jelas samada mata wang kripto akan menjadi sumber dana utama bagi aktiviti pengganas. Bahkan tanpa mata wang kripto sekalipun, mereka telahpun mempunyai banyak sumber kewangan lain yang tidak putus-putus.

Tambah beliau lagi, tanggapan bahawa mata wang kripto adalah satu ancaman besar dari sudut keselamatan memberi gambaran seolah-olah sistem kewangan konvensional sedia ada tidak mempunyai risiko dieksploit ke arah mendanai aktiviti keganasan.

4.  Kemunculan skim-skim pelaburan palsu berasaskan bitcoin dan mata wang kripto

Terdapat banyak skim pelaburan palsu yang menggunakan bitcoin sebagai tarikan kepada pelabur yang telah muncul selaras dengan perkembangan mata wang kripto tersebut sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Antara contoh syarikat tersebut ialah Bitkingdom, Ethtrade Malaysia dan Ethtrade Limited, yang berdaftar di Hong Kong, dan syarikat-starikat ini telah tersenarai di dalam Bank Negara Financial Consumer Alert pada 23 Jun 2017.

Pandangan Badan Fatwa dan Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi bitcoin ini sepertimana yang berikut:

1.  Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan bitcoin ini antaranya ialah:

i.  Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir) [66]

Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.

(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.

(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.

(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi sesebuah negara.

(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).

(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian tersebut.

ii.  Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum bitcoin kerana faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut sudut positif dan negatif mata wang digital ini. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharuskan atau mengharamkan Bitcoin secara mutlak, dan beliau menggesa agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang:

  • Medium pertukaran (medium of exchange)
  • Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah atau store of value)
  • Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam)
  • Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)


Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.

iii.  Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin (mining) yang mempunyai unsur perjudian.

iv.  Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.

2. Pandangan Yang Mengharuskan

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya:

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat. (yang main bitcoin wajib bayar zakat jika korang kata bitcoin itu harus dengan berpegang kepada pandangan ini)

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan kewangan berasaskan teknologi ini.[71]

b.  Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk pelaburan.

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.

c.  Mufti Muhammad Abu-Bakar

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan beberapa syarat:

Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang daripada sudut syariah.
Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.

3.  Tawaqquf (belum memberi pandangan secara rasmi)

Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan ketetapan pada permasalahan kerana ingin mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh antaranya:

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018), dikemukakan beberapa pandangan badan fatwa dan sarjana berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak melakukan sebarang pentarjihan ke atas mana-mana pendapat.[76]


Kesimpulan:


hukum bitcoin
sumber : google images


Mufti Wilayah menyimpulkan bahawa ada beberapa sebab Bitcoin ini haram buat masa ini:

1. Nilai yang tidak stabil.

Didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

2. Tidak diselia oleh badan yang berautoriti

Ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

3. Bitcoin sebagai aset pelaburan bukan mata wang alternatif

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

4. Perlu ada sekatan kerana ada kemudharatan

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Tidak patuh syariah

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.

Hukum Boleh Berubah dari Haram kepada Harus Jika...

Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Secara ringkas je ni... Bacaan Penuh dengan penjelasan yang padat dan teliti.. boleh baca di link ini:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin

Jangan malas baca.

Bagi yang hentam mufti... mohon istighfar bebanyak ye... sebab punya lama buat kajian dan selidik nak cari bukti dan dalil sebelum keluarkan artikel ni.

Tapi ada yang mengharuskan... Korang nak ikut yang tu... silakan... Tapi macam dalam artikel di atas... hasilnya wajib bayar zakat bila cukup haul dan nisab.

Jadi, jelas dan terjawab lah persoalan sebelum ni...

Jadi, korang nak join ke tidak...

Tepuk dada tanya iman...

Nak jadi kaya memang mudah... tapi fikirkan juga halal haramnya... sebab akan jadi darah daging kita... dan kesannya turut kena pada ibadah kita...

Fikir-fikirkan... 
November 18, 2018

Kita Dah Hampir Lupa Dengan Pesanan Kekasih Allah Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nabi s.a.w tak risau kita syirik... Tapi nabi lebih risau kita rebutkan dunia. Macam dunia ni tak kan hancur dan musnah.

Perkara yang Nabi s.a.w risaukan... Dah pun berlaku zaman sekarang...

Ramai orang berebut kan hal dunia. Berlumba nak kaya hingga lupakan yang miskin. 

Berlumba cari duit dan rezeki hingga lupa Yang Maha Pemberi Rezeki.

Letakkan lah dunia di tapak kaki bukan di atas kepala... 

Dunia akan hancur.. Yang kekal amalan yang kita buat di dunia.. 

17 November 2018

November 17, 2018

Setiap Orang Ada Zon Masa Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap Orang Ada Zon Masa Sendiri  


Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing

Ada yang masih single...

Ada yang nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..

Ada yang dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.

Ada yang baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.

Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.

Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...

Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...

Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.

Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama...

Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama...

Ada yang 'depan' dari kita...

Tapi ada juga yang 'belakang' kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih...

Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jangan stress.

Keep going..teruskan dengan apa yang dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.

Difikiran nya siapa lah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.....

Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.

Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.

Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing .. siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang ada hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jangan runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan bising masih belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dalam kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap orang akan dapat apa yang ALLAH kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kepada ALLAH, itu yang paling penting.

Pendek kata ALLAH ada. Jangan takut
ALLAH sebaik-baik perancang
ALLAH sebaik-baik pelindung

Sumber: WhatsApp Group
November 17, 2018

Tak Pernah Letak Harapan Yang Tinggi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak Pernah Letak Harapan Yang Tinggi | Akhir tahun, musim peperiksaan akhir tahun bagi kebanyakan sekolah di negara kita.

Debaran keputusan peperiksaan anak-anak sudah berakhir bila ibu bapa dah mula upload keputusan peperiksaan di media sosial.

Alhamdulillah... MF kira baru pertama kali la tahun ni login dan guna SAPS ONLINE IBU BAPA. Sebelum ni dok guna bahagian guru untuk key in markah anak murid je.


Bila ramai up status kejayaan anak-anak... MF pun teruja nak tengok juga...


Sekali bila login... Memang terkejut dan sangat terkejut..

Betul ke ni keputusan peperiksaan anak aku...

keputusan peperiksaan anak di saps


Alhamdulillah... Tak pernah terjangka dan tak pernah letak harapan tinggi untuk anak sendiri.

Namun, Alhamdulillah. Rezeki ..

Pandai rupanya anak aku di sekolah. Monolog dalam hati.

Alhamdulillah...

Apapun bagi MF perjalanan masih jauh.

Baru Tahun 1, banyak lagi liku dan cabaran masa akan datang.


Tak Pernah Letak Harapan Yang Tinggi

Sebenarnya memang tak sangka si anak sulung MF yang kami panggil kakak... Boleh dapat nombor 1 dalam kelas dan Top 5 dalam Darjah.

Tapi, itulah... Bebel kat rumah sebab tak nak belajar.

Main dan tengok tv aje kerja dia.

Itu yang tak sangka sungguh...

keputusan peperiksaan anak di saps

Insha Allah... Ahad ni ada majlis anugerah... Kena lah korbankan masa kejap untuk raikan dia di sekolah.

Harap Tak Perlu Sental Lagi Baju Putih Tahun Depan

Selepas KPM umum pemakaian kasut hitam... MF selalu gak kata.. Harap tahun depan kakak tak pakai baju putih. Sebab tak larat nak sental... Stress tengok baju sekolah dia.

Alhamdulillah... Tak sangka.. Allah makbulkan lagi doa MF...

keputusan peperiksaan anak di saps

Tahun depan dia pakai baju purple.. Kerana dilantik jadi Pengawas Perpustakaan Sekolah.

Alhamdulillah... Sesuai la tu dengan minat dia yang suka membaca...

Harap dapat la dia jadi top wakil Nilam sekolah ke kan...

Alhamdulillah...

Sebenarnya, saja coretkan kegembiraan ni kat blog ni... Dah lama takde kisah peribadi untuk kenangan kan...

Kat Facebook nanti ada yang cemburu.. Kat blog ni macam diari.. Tiada siapa nak halang kan.

Lagi pun sebagai kenangan kami...

Bukan nak menunjuk kata anak pandai ke apa ke..

Tapi sekadar simpan kenangan tu di sini.

Lagi pun MF tahu... Baru tahun 1 masih jauh perjalanan tu...

Moga jadi pemangkin untuk anak-anak lain juga berjaya.

MF bukan apa.. Rasa syukur dengan kejayaan anak mf ni.. Sebab MF sendiri bukan dari pelajar yang pandai di sekolah dulu...

Bahkan tak pernah pegang jawatan apapun kat sekolah dulu... MF seronok bila cikgu pandang anak MF...

Suami mf lagi lah.. bukan dari kalangan pelajar yang bijak suatu masa dahulu.

Dia pun belajar tahap Tingkatan 3 je.. Sambung SPM sebagai calon persendirian ketika dah bekerja...

Jadi, bila anak MF mula nampak potensi di sekolah... Kami tumpang happy..

Moga si kakak terus cemerlang... Jadi contoh buat adik-adik dia.

Tak perlu bandingkan keputusan anak-anak

Sebenarnya kita tak perlu jeles atau nak bandingkan keputusan anak-anak kita dengan orang lain.

Sebab sekolah lain-lain kan.. Tahap pencapaian budak pun lain-lain... Jadi... Tak perlu rasa cemburu pun....

Kalau nak bandingkan, cuma bandingkan keputusan antara peperiksaan. Contohnya antara peperiksaan pertengahan tahun dengan peperiksaan akhir tahun.

Itu lebih baik.

MF doa, semoga anak-anak kita.. Dilapangkan dada untuk menerima ilmu... Diperteguhkan ingatan untuk mengingati ilmu... Dan diaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan.

Dalam kita mengejar keputusan peperiksaan jangan lupa adab...
Selalu mf pesan kat anak sendiri dan anak murid.

Tak guna pandai.. Kalau sombong dan tak de adab.

Jadi didik anak kita dengan adab... Kerana orang beradab itu lebih mulia dan berjaya... Insha Allah...

16 November 2018

November 16, 2018

Kenapa dalam neraka ramai wanita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenapa dalam neraka ramai wanita? | Ini bukan tuduhan tapi fakta berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w:

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Bukan takde kaum lelaki masuk neraka, tapi masalahnya lagi ramai wanita dari lelaki di neraka.

Ustaz kata, orang perempuan ni, nak masuk syurga pun senang, tapi nak masuk neraka pun senang juga.

Kenapa dalam neraka ramai wanita? 

Kenapa dalam neraka ramai wanita?
Kenapa dalam neraka ramai wanita? 


Kenapakah Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa ramai ahli neraka adalah terdiri daripada golongan wanita?


Apakah kesalahan golongan ini yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita? Berikut merupakan beberapa sebab kesalahan wanita tersebut;


#1 – Tidak Mentaati Suami

Seorang isteri yang mengingkari segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri adalah bersyukur dengan nikmat setiap rezeki yang dibawa balik oleh suaminya.

Allah s.w.t juga tidak akan memandang golongan isteri seumpama ini, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w;

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)

Bahkan golongan wanita seperti ni adalah mereka yang sangat gemarkan kemewahan dan perhiasan yang yang berharga, berjenama dan cantik-cantik.

#2 – Derhaka Kepada Suami

Derhaka yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;

#1- Derhaka dengan ucapan.


  • Derhaka dalam bentuk ucapan adalah dengan berkata-kata yang menyakitkan dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.

#2- Derhaka dengan perbuatan.


  • Memenuhi permintaan suami tapi dengan wajah yang tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.


  • Isteri tidak mahu melayani keperluan batin suaminya, bermasam muka ketika melayani suami, menghindari suami ketika hendak disentuh, mengalang suami daripada mendatanginya dan perkara-perkara lain seumpamanya.


  • Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun mengunjungi orang tuanya.
  • Isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, menerima tetamu tanpa izin suaminya menunjukkan aurat selain daripada suaminya.


  • Isteri enggan mencantikkan diri untuk suaminya sedangkan suaminya menginginkan hal itu.


  • Berjalan di tempat umum tanpa mahram, berbicara dengan lemah lembut dengan lelaki yang bukan mahramnya, puasa sunat tanpa kebenaran suaminya dan lain-lain lagi.


#3- Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.


  • Seorang isteri juga menceritakan perihal suami yang tidak disukai oleh suami kepada rakan atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sehingga menjatuhkan pandangan buruk terhadap suaminya itu.


  • Meminta cerai tanpa sebab syarie atau mendakwa dirinya telah dianiaya atau dizalimi suaminya.




#3 – Mengingkari Suami

Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”


Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”


Baginda s.a.w bersabda;
“Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama adalah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”


Selain itu, wanita sering derhaka pada suaminya juga suka membantah dan hanya mahu menegakkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.


#4 – Bertabarruj


Tabarruj ialah seorang wanita yang  suka menampakkan keindahan perhiasannya serta batasan yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

Allah s.w.t telah melarang hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah al-Ahzab:33)


Terdapat sabda Rasulullah s.a.w tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang dengan pakaian mereka yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat.

Mereka adalah golongan wanita yang suka dan gembira dengan menampakkan perhiasan mereka itu.

Padahal perbuatan seperti ini secara tidak langsung turut menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahawa;

“Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”

Oleh itu, hanya wanita yang bijaksana yang sentiasa mahu bertaubat kepada Allah s.w.t akan sentiasa memohon maaf dan keredaan daripada suaminya atas segala kesalahan yang dilakukannya.

Bahkan, akan sentiasa berusaha dan berazam untuk mencintai dan mentaati suaminya itu. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.


Cara Untuk Menyelamatkan Dari Azab Neraka buat Kaum Wanita

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya, Baginda pun bangkit dan mendatangi kaum wanita lalu mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda;

“Bersedekahlah kamu semua, kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya dan dia pun bertanya;

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab;
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, bersedekahlah sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.

Saling bermaafanlah antara suami isteri dan tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari azab api neraka, Amin.

Wahai kaum lelaki, sayangi dan selamatkanlah wanita-wanita kita dari api neraka Allah swt yang ramai penghuninya adalah wanita.

Semoga bermanfaat.

15 November 2018

November 15, 2018

5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan! | Dah diet macam-macam, tapi tak turun berat badan.

Orang kata, diet kena makan nasi juga... Tapi kenapa makin bertambah berat?

Ok, cuba check balik, menu yang kita makan.

Apa jenis masakan yang kita makan..

Adakah menu yang sihat?

5 Teknik Masakan yang berkesan untuk jaga kesihatan dan sekaligus membantu menurunkan berat badan.


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

resepi diet
5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

1. Celur

Biasanya, kalau celur ni ialah sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, carrot, dan brokoli. Kacang boleh di celur dalam 30 saat hingga1 minit.

Jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi.


2. Kukus

Memasak dengan teknik kukus juga sangat baik untuk kesihatan sebab kita tak guna minyak langsung Banyak resepi mudah dengan teknik kukus ni.

Contoh resepi, ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba halia yang menyihatkan.


3. Rebus

Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam, Asam pedas atau masak singgang antara resepi yang boleh kita aplikasikan.


4. Sup

Sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain.

Teknik sup ini juga tak memerlukan minyak dan sangat sihat. Letak pula rempah ... sedapnya hirup panas-panas di musim hujan...


5. Bakar

Teknik bakar, salah satu teknik yang sangat mudah, kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar.

Jadi, menu jenis grill sangat sesuai untuk orang diet.


Bagi yang nak diet, kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak.

Kalau nak makan daging, pilih part dada dan yang kurang lemak. 
November 15, 2018

Nak murah rezeki? Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak murah rezeki? Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak! 


Tips lapang rezeki dengan rezeki anak-anak. 


1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikan lah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. insya-Allah.
.
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
.
5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak2.
.
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak2.
.
8. Bersyukurlah kerana dikurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak diberikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
.

Akhir kata,
setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetap kan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi.
Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.❤️

.
Kredit : Facebook Maryam Salleh


MF pernah ditegur sebab bagi anak susu mahal, pampers mahal.

Bagi MF, dengan anak buat apa nak berkira. Sedangkan kita sendiri tumpang rezeki dia aje.

Jika sebelum kahwin, kita susah.. Lepas kahwin senang sikit.. Tapi lepas ada anak bertambah senang...

Alhamdulillah rezeki tak pernah putus walaupun anak ramai.

Insha Allah... Setiap anak tu ada rezeki untuk dia...

Jadi, jangan berkira dengan anak. 

14 November 2018

November 14, 2018

WW | Personaliti Dari Sebuku Roti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Memang kreatif orang yang reka ni..

Just for fun... Hehe.  
November 14, 2018

DOA YANG KERAP DIBACA OLEH NABI ﷺ.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DOA YANG KERAP DIBACA OLEH NABI ﷺ.


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Terjemahan:

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Abdul Aziz dari Anas dia berkata; "Do'a yang paling banyak dipanjatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah: 'RABBANAA AATINAA FID DUN-YAA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH WAQINAA 'ADZAABAN NAAR Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.'" (HR Sahih Bukhari, hadis no. 5910)


Berbahagialah orang yang berdoa dan janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Wallahualam.

Sumber: Page Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan

Doa yang sangat simple dan senang... 

Bebudak pun suka baca doa ni... 

boleh ajar anak doa ni dengan mudah... boleh ajar nasyid ni... 


13 November 2018

November 13, 2018

Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan | Peria, sejenis sayuran yang memang pahit.

Orang lama-lama suka makan peria sebab tau banyak khasiat. Tapi orang muda sekarang, jarang la makan sayur ni.

Sebab pahit tu la kan...


Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.


Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan


1. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. 

Caranya minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi.
Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

2. Daunnya pula boleh merawat buasir. 

Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.

3. Merawat masalah darah kotor

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.

Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

4. Atasi Ketagihan Minum Alkohol

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria.

Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Bagi orang Islam, haram minum Arak, tapi kalau terminum dan nak ubati ketagihan dan usaha untuk berhenti, cepat amalkan buah peria ni.

5.Sejukkan Badan

Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.


6. Atasi Masalah Pernafasan

Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.


7.  Menggalakkan Penghasilan Susu

Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.


8. Atasi Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Tapi, buah peria tidak digalakkan diambil oleh ibu mengandung sebab katanya boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.

9.   Cantikkan kulit

Peria juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana sebab ada ciri penulenan darah.


10. Tambah Tenaga Untuk Wanita Berpantang

Wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.


11. Mengurangkan Masalah Mata

Antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.


12.    Baik Untuk Perut

Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.


13.    Bantu Turunkan Berat Badan

Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Jadi ia turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan



Petua kurangkan rasa pahit peria

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.

Khasiat makanan
* Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
* Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
* Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
* Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
* Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.


Sepahit-pahit peria, masih boleh dimakan sebenarnya... tapi kalau pahit timun, fuhh.. melekat kat lidah.. tak mampu nak telan ...

Jadi, sedapnya kalau dapat buat keropok peria ni... Hmmm...

Sumber: Pelbagai
November 13, 2018

Cara Sujud Syukur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Sujud Syukur | Sujud syukur adalah sujur kerana mendapat kegembiraan dan nikmat.

Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini:

1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat

seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.

2. Ketika terselamat daripada musibah. 

Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Antara situasi lain yang disunatkan sujud syukur:

  • Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
  • Mendapat zuriat yang diimpikan
  • Terselamat daripada kemalangan atau bencana yang menimpa
  • Mendapat kemenangan dalam pertandingan
  • Bertunang atau berkahwin
  • Mendapat pekerjaan yang baik atau dinaikkan pangkat
  • Menang pilihanraya
  • Bebas daripada fitnah yang merosakkan nama baik dan keluarga
  • Dibebaskan daripada penjara
  • Sembuh daripada sakit
  • Diselamatkan daripada lemas
  • Harta benda yang dicuri atau dirompak, ditemui kembali atau dikembalikan


Sujud syukur ialah ibadat yang mempunyai syarat-syarat sah yang tersendiri.

Syarat sah sujud syukur:

1. Suci daripada hadas kecil dan besar dengan berwuduk dan mandi junub atau alternatifnya
2. Suci tubuh, pakaian dan tempat daripada najis.
3. Menghadap kiblat
4. Menutup aurat

Syarat harus sujud syukur:

1. Islam.
2. Berakal.
3. Baligh.
4. Suci daripada haid dan nifas.

Mengikut mazhab Syafii, sujud syukur tidak boleh dilakukan ketika sedang bersolat.

Sekiranya dilakukan juga, solat itu batal.

Ia perlu dilakukan ketika tidak bersolat apabila menerima berita menggembirakan atau sebagainya.


CARA SUJUD SYUKUR

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

1. Niat
Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Taala

2. Takbiratul Ihram

3. Sujud (sekali sahaja)

4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Tapi ada juga sebahagian ulama mengharuskan sujud tanpa wuduk.. Macam kita tengok kat TV kan.. Bila menang sesuatu anugerah atau menang bola ke.. Terus sujud kan.. Dibolehkan.

Tapi lebih afdhal ikut kata majoriti ulama... Ada wuduk dan mengadap kiblat. 

12 November 2018

November 12, 2018

Panduan Pilih Vitamin C Yang Terbaik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Panduan Pilih Vitamin C Yang Terbaik | Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimppan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan.

Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C.

Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.

Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses.

Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh.

Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh.

Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C.

Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari.

Dos yang sebegini boleh didapati dari kenanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.

Doktor Zubaidi Ahmad mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.

Panduan Pilih Vitamin C Yang Terbaik

Panduan Pilih Vitamin C Yang Terbaik

Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C.

1. Ascorbic acid

Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder.

Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.

2. Buffered vitamin C

Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid.

Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.

3. Vitamin C dengan bioflavonoids

Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C.

Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.

4. Topical vitamin C

Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat.

Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Facebook Dr Zubaidi Ahmad

Boleh la lepas ni cari vitamin yang sesuai.

Ingat nak beli.. Tapi macam confius nak pilih yang mana sesuai... 

Setakat ni MF cuma minum oren je.  Tapi kadang skip tak minum.. Jadi rasa lemau juga.. 

Rasanya kena juga la beli vitamin C sebab banyak manfaat vitamin C terutama untuk stress dan juga kulit. 
November 12, 2018

Rasa Nak Marah? Cepat-cepat Ucap Ayat Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rasa Nak Marah? Cepat-cepat Ucap Ayat Ini | Marah adalah dari syaitan.

Marah lawannya sabar.

Tapi kadang bila berlaku sesuatu yang mencabar kesabaran itu yang buatkan kita hilang sabar.

Tapi, marah ni boleh dikawal. Nabi s.a.w ajar kita untuk kawal marah.


عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Ada dua orang yang saling mencerca dihadapan Rasulullah, sementara kami duduk di sisi baginda, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya merah, maka Nabi SAW bersabda: Aku akan ajarkan satu kalimah dimana jika dia membacanya, kemarahan itu akan hilang daripadanya. Baginda membaca (istiazah – aku berlindung daripada syaitan yang direjam). Lalu salah seorang lelaki yang mendengar, bangun mendapatkan lelaki tersebut sambil berkata: Apakah kamu tahu apa yang diperkatakan Nabi tadi? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Apakah engkau tengok aku seperti orang gila?" (HR Bukhari No: 5650) Status: Hadis  Sahih

Cara kawal marah

Pengajaran:

1.  Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.

2.  Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.

3.  Caranya... Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan... Kemudian bacalah ayat ni. Iaitu Istiazah
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Fussilat: 36

Kawallah kemarahan kita dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan dari hasutan Syaitan.

Jadi, kita tukar... Biasa kita sebut istighfar bila nak marah...

Salah tu... Kena sebut istiazah sebab belum terlepas marah.

Tapi kalau dah terlepas tanpa sempat dikawal... Baru lah sebut istighfar...

Jom kita jadi sabar...

Ya Allah, jadikanlah aku ibu yang penyabar... 

11 November 2018

November 11, 2018

Buat Kerja Rumah Pun Boleh Kurus

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Siapa kata suri rumah tak boleh bersenam.

MF ingat dok kat rumah lagi senang nak kurus sebab kadang buat kerja rumah sampai tak sempat nak duduk.

Jadi, ada banyak kebaikan bila buat kerja rumah ni...

Jangan semuanya rasa nak senang...

Sebab Mak-mak kita dulu, susah nak jumpa yang gemuk kan.. Kecuali bila dah berusia.

Sebab tu juga mak kita bila dah berusia dia rasa tak sihat bila tak boleh bergerak dan buat kerja rumah kan..

Jom kurus dengan kerja rumah.. 

Kalau suami merungut gemuk... Suruh je dia buat kerja rumah selama seminggu siap pakej jaga anak... 😜😜😜

10 November 2018

November 10, 2018

Sedap Juga Makan Nasi Dengan Sambal Garing Che' Nor

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sedap Juga Makan Nasi Dengan Sambal Garing Che' Nor | Bagi yang suka makan pedas... Tak selera makan nasi tak de pedas-pedas.

Paling tidak, sedikit cili pun jadilah... Buat tambah rasa.

Sambal kering satu penambah rasa dan selera tika malas masak.

Dulu pernah buat...

Sambal ikan bilis kering campur kacang dan tempe... Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Tapi dah lama tak buat sebab tak beli ikan bilis. Maklumlah... Ikan bilis bukan harga bilis lagi sekarang.. Harga bapak jerung... 😁😁😁


Ada sekali tu, encik suami ke kedai runcit dan nampak ada jual sambal garing Che' nor.

Sambal ni lama dah keluar kat pasaran. Tapi kami tak pernah try pun.

Jadi, sebab masa tu kami dalam travel... Bawa bekal nasi goreng... Jadi beli lah sambal ni buat penambah rasa.

Sambal Garing Che Nor

Mmmmm...
Pertama kali rasa.. Memang pedas giler... Haha..

Sambal Garing Che Nor

Sebab dia guna cili kering kot..
Tapi Sedap sebab ikan bilisnya memang garing dan rangup.

Sambal Garing Che Nor

Sedap makan dengan nasi...
Fuhh.. Berselera...

Tapi itulah..
Kaki makan pedas..

Sebekas gini.   Tahan sehari je la. 
Nampaknya kena belajar buat la sambal garing kering macam ni untuk stok travel.

Memang jadi penambah selera.

Siapa tak cuba lagi.. Boleh cuba..
Tapi.  Pastikan korang memang kaki makan pedas .. Sebab memang pedas. .

09 November 2018

November 09, 2018

7 Warna Yang Menenangkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Warna Yang Menenangkan | Tenangkan diri dengan warna yang tenang. Bila kita stress... Terapi kan diri dengan warna yang tenang supaya fikiran kita tak serabut. 

Kalau kat rumah... Digalakkan cat dinding dengan warna yang tenang dan cool ini... Supaya bila kita penat bekerja.. Lihat dinding warna tenang... Kita pun jadi cool. 



7 Warna Yang Menenangkan

Ada 7 Warna Yang menenangkan... Iaitu... 

1. Biru

Warna ini adalah warna yang menjadikan sensasi mendamaikan, tenang dan lembut, sehingga dapat digunakan untuk mengendalikan stres. Biru boleh menenangkan minda, memperlambat degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangi kecemasan.


Biru diyakini mempunyai kesan beku dan zat astringent (zat yang menyebabkan jaringan biologi berkontraksi atau mengerut). Warna ini biasanya digunakan untuk warna bilik supaya dapat memberikan kesan yang tenang ketika hendak tidur.

2. Hijau

Hijau adalah warna menenang dan melambangkan warna alam. Selain itu, warna ini memberi kesan paling indah dan menghibur yang menarik perasaan harmonis.


Hijau juga boleh meredakan kecemasan dan membuat kita selalu tenang dan segar. Warna hijau lumut ​​dan hijau lembut adalah warna yang paling baik mengurangkan rasa stress s dari semua 'keluarga' warna hijau.

3. Merah jambu (Pink)

Merah muda atau merah jambu mempromosikan ketenangan dan kedamaian. Bahkan Feng Shui menyatakan merah jambu menenangkan pelbagai tenaga di ruang dan menciptakan suasana bersahaja.


Walaupun warna merah jambu dianggap sebagai warna feminin, biasanya untuk ruang bayi di hospital dicat warna ini, tapi pink tetap cantik untuk hampir semua jenis ruangan.

4. Putih

Putih melambangkan kesegaran. Warna ini boleh digunakan untuk menguruskan stress sekaligus meredakan fikiran yang kusut.


Ruang bercat putih disebut-sebut sebagai ruang yang ideal bagi wanita hamil. Tapi, perlu diingat, warna putih yang diperlukan adalah putih polos atau bersih. Kalau putih kusam, boleh saja mempengaruhi emosi juga 'kusam'.

5. Ungu (Violet)

Violet menandakan kekuatan, kedamaian, dan kebijaksaan. Warna ini membawa keseimbangan dan ketenangan batin.


Violet juga dipercaya baik untuk pertumbuhan tulang, menjaga kalium dan natrium keseimbangan tubuh. Bahkan kajian menunjukkan bahawa kekuatan meditasi boleh sepuluh kali besar di bawah sinar violet. Atau kalau tidak, boleh menggunakan ruang berwarna ungu untuk dekorasi ruangan yang boleh dimanfaatkan meditasi.

6. Kelabu

Ramai berfikir warna kelabu membosankan dan menyedihkan. Padahal warna kelabu mampu menyerahkan ketenangan dan menyejukan fikiran.



Nak lebih berkesan untuk rasa sejuk dan tenang bila digabungkan dengan warna biru atau putih. 

7. Kuning

Warna ini memberikan sensasi hidup lebih hidup dan energik. Jadi, kalau rasa nak semakin produktif, tak ada salahnya mewarnakan ruang kerja dengan warna ini.


Boleh juga kat dapur jika yang ada hobi memasak supaya jadi lebih produktif memasak.

Pilih warna-warna ni kalau nak cat dalaman rumah atau pejabat.. 

Warna yang menenangkan ini juga baik untuk emosi. 

Warna ni juga baik untuk anak-anak yang sedang membesar... Mempengaruhi mood dan emosi mereka.