div id='header-inner'>

MAIN VIDEO GAMES MAMPU CERDASKAN OTAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MAIN VIDEO GAMES MAMPU CERDASKAN OTAK | Video games, siapa tak pernah main satu kerugiaan...  haha...

Kita nampak video games ni macam satu perbuatan yang membazirkan masaa... Tapi sebenarnya, video games sangat bagus untuk otak.



FAKTA INI SANGAT MENARIK - MAIN VIDEO GAMES MAMPU CERDASKAN OTAK

.
Kajian yang telah dibuat oleh World Economic Forum mendapati bahawa senarai kemahiran yang sangat dicari oleh organisasi dalam mencari pekerjanya bermula dari Tahun 2015 hingga 2020 ialah 'Complex Problem Solving' atau kemampuan Menyelesai Masalah Yang Kompleks.
.
Apa yang dimaksudkan ialah kebolehan seseorang untuk 1) Melihat sesuatu masalah atau isu dari sudut pandang yang luas (see the big picture), 2) Kemudian fokus kepada isu yang lebih spesifik dengan lebih terperinci (Zero In), dan 3) Menyusun atur semula apa yang sedia ada bagi mendapatkan penyelesaian baru atau menghasilkan sesuatu yang berbeza.
.
Yang manariknya, mereka dapati SKIL PENYELESAIAN MASALAH YANG KOMPLEKS ini akan cepat dikuasai dengan banyak BERMAIN 'VIDEO GAME'!!
.
TETAPI bukan bermain hingga ketagihan seperti apa yang anak-anak kita lakukan. Kajian menyarankan agar permainan komputer ini dimainkan tiga kali seminggu dan setiap kali bermain lebih kurang 20 minit sahaja!
.
Berikut adalah 6 permainan komputer yang yang meningkatkan kemahiran ini:
.
1) 'Call of Duty' meningkatkan tumpuan visual dan kemahiran spatial yang sangat diperlukan dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
.
2) 'Forza' adalah sebuah permainan komputer kereta lumba. Ia meningkatkan keupayaan untuk membuat keputusan bijak meski pun dalam keadaan tertekan.
.
3) 'Grand Theft Auto' membolehkan kita memproses maklumat dengan pantas dan dalam masa yang sama terus mendapatkan maklumat-maklumat baru juga dan semuanya itu dilakukan dalam keadaan tertekan.
.
4) 'Star Craft' adalah permainan komputer berkaitan peperangan memerlukan seseorang itu bijak mengatur pelan stategik dan menyelesaikan masalah.
.
5) 'Mass Effect' adalah permainan komputer yang memerlukan kemahiran berfikir secara strategik dan kemampuan mengumpul maklumat.
.
6) 'Final Fantasy' adalah permainan komputer yang memerlukan seseorang itu banyak berfikir dan membuat penilaian dengan cepat dan tepat.
.
.
Itulah realitinya.

Sekian.

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
Mentor Power Parenting

Kredit: Telegram Channel @Power Parenting

Jadi, mak bapak jangan larang anak main video game sekali sekala. MF dulu masa kat universiti minggu peperiksaan paling kerap main game... Belajar 20 minit, main game dekat sejam... Pensyarah MF pun menyarankan main game dari melayari internet dengan perkara yang tak berfaedah.

Cuma pastikan terkawal. Anak-anak MF pun sesekali diberikan tablet untuk main game yang terpilih dan hanya MF atau suami sahaja yang download game tu... Tak boleh sesuka hati main dan download.

Teknologi dibina untuk membantu manusia... Jadi, kita yang kawal teknologi, bukan teknologi kawal kita.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. sokong...nak main games xpe. tapi kena ada had masa..kalau dibiarkan nnti bnda lain xbuat

    BalasPadam
  2. Sebenarnya game yg Ada ni merangsang oral kita supaya terus berfikir

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)