16 Ogos 2017

Ustazah Ini Kongsikan Tips Mudah Lembutkan Hati Anak Yang Keras dan Degil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ustazah Ini Kongsikan Tips Mudah Lembutkan Hati Anak Yang Keras dan Degil! | Anak pelbagai ragam... anak juga satu ujian... jika diuji dengan anak yang keras hati, pening dibuatnya... Masa kecil mungkin dah dididik sebaik mungkin... Tapi bila dewasa, terpengaruh dengan pelbagai cabaran sekeliling, lain wataknya... 

Tapi ada kisah, seorang ustazah yang tak asing lagi, berkongsi tips biasa cara lembutkan hati anak yang degil dan keras ini menjadi lunak dan lembut serta mendengar kata.. 


Ikuti perkongsian ini:


Ustazah Nor Hafizah Musa ada berkongsi cerita yang sangat istimewa.

Satu hari, beliau dijemput memberi ceramah di Pusat Pemulihan Remaja.

Staff di sana dah pesan siap-siap,
Budak-budak ni memang perangai keras kepala,
Buat bodoh,
Tak hormat orang,
Hatta ustaz ustazah pun.

Ustazah agak berdebar,
Tapi ustazah doa banyak-banyak agar Allah permudahkan sesi hari itu.

Memasuki dewan pusat tersebut,
Suasana ternyata berbeza dengan ceramah di tempat lain.

Dipenuhi anak remaja,
Dengan kelakuan yang macam-macam rupa.

Gaya semua takde yang menggambarkan mereka teruja dengan sesi ceramah itu.

Kaki atas kerusi, muka pusing belakang,
Umpama tiada penceramah di depan,
Masing-masing memang tak menyembunyikan perasaan 'loya' dengan sesi ceramah,
Lebih-lebih lagi yang datang adalah penceramah perempuan.

Ustazah beri salam,
Sepi sekali suasananya.

Ustazah cuba beramah mesra,
Namun hambar.

Ustazah terasa sebak didada.
Hilang kata-kata.

Lantas Allah beri ilham.

Ustazah minta semua berselawat.

Namun semua masih menyepi.

Kali ini suara ustazah agak berbunyi tegas.

Kata ustazah,
Mungkin kamu tak suka ustazah,
Mungkin kamu tak suka di sini.

Ustazah tak kisah kalau kamu tak suka ustazah,
Tapi ustazah marah kalau kamu tak hormat Rasulullah.

Kamu kena ingat Rasulullah sayangkan kamu.
Dia kekasih Allah,
Allah kata siapa yang berselawat ke kekasihNya,
Dia akan dicintai Allah dan Rasulnya,
Allah pun sayang Rasulullah,
Kita ni apetah lagi kena sayangkan Baginda.

Nada suara ustazah lancar dan tegas sekali.

Waktu tu,
Masing-masing mula mengubah posisi, mengadap ke hadapan.

Ustazah mulakan selawat,
Perlahan-lahan diikuti remaja-remaja itu,
Dari seorang ke seorang,
Selawat bergema di dalam dewan.

Dan waktu itu,
Allah tunjukkan kemuliaan dan keberkatan selawat tu 'on the spot'.

Sebab Allah dah janji,
Dengan selawat,
Akan dikeluarkan kita dari kerumitan, kesukaran, kepayahan.

Bagaimana keadaan anak-anak tadi yang penuh dengan benci,meluat, tak suka,
Kini bertukar menjadi sayu, tenang.

Dan akhirnya,
Sesi ceramah tadi berlangsung dengan hebat sekali,
Allah muliakan dan berkati sesi itu,
Dapat dilihat raut wajah anak tadi selepas berselawat,
Tenang,
Malah ada yang sayu sehingga mengalir airmata.



Besarnya rahmat selawat,
Menjadikan hati sekeras batu,
Mengalirkan airmata deras dan laju.

Malah,
Anak-anak ni terus mendekati ustazah,
Meluahkan perasaan masing-masing tak semena-mena.

Walaupun sesi dah berakhir,
Mereka minta lagi masa tambahan,
Minta lagi sesi untuk bersama ustazah.

Staff di sana pun terkejut,
Bagaimana ustazah dapat melembutkan hati mereka,
Padahal mereka ini sukar sekali diuruskan.

Disini kita belajar bahawa Selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW bukan benda remeh,
Bukan benda yang takde apa,
Tapi selawat tu sendiri memberi
Keamanan,
Ketenangan,
Keberkatan,
Kebahagiaan.

Cintailah kekasih Allah,
Kerana Allah mencintai Baginda seagung-agungnya.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]

Nota :
kupasan dan rumusan dari ceramah Ustazah Nor Hafizah Musa. Mohon maaf andai ada terkurang dalam penulisannya.

Sumber: Telegram Channel @pendidik4u

1 ulasan:

  1. perkongsian yg sgt menarik dan bagus... Sama2lah kite amalankan selawat keatas Nabi.. 😍😍

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^