GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Seram Tonton Telemovie 100 Hari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seram Tonton Telemovie 100 Hari | Semalam teman suami buat kerja sambil melayan tv.. asalnya nak tengok movie Korea... Tapi tak jadi lepas terlayan telemovie kat TVi.. 

Telemovie bertajuk 100 hari buatkan diri ini rasa meremang... Rasa gerun bila sebut hal kematian... Tambah pula dalam telemovie ni sebut pasal tanda kematian... Mula lah memikir juga... 

Betul ke ada tanda kematian ni? Memang ada.. dalam Al-Quran Allah ada sebut dalam surah Az-Zumar... 

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Tanda kematian tu ada tapi bagi orang yang berfikir akan tahu itu tanda kematian... Senang kata.. orang alim, orang baik-baik... InshaAllah dia tahu... 

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


100 Hari Kematian
Sumber: Google Images

Tanda Kematian 100 Hari


Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allahسبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.

Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.


Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.


Tanda 5 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.

Tanda 2 hari sebelum hari mati.

Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi.

Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar  hari berikutnya.

Tanda akhir.

Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ketulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.


Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)
Sumber: Shafiqolbu

Jadi, camne rasa? Korang nak rasa ke tak nak? Rasanya, biarlah kita perasan dengan tanda ini supaya ada persediaan walaupun rasa gerun tu ada kan... Siapa tak takut mati... Perpisahan antara roh dan jasad... Perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh... Seram bila fikirkan... Sebab fikirkan amalan tak banyak lagi... 

Namun, rasa risau dan rugi jika kita tak perasan dengan tanda ini... Sebab kita sia-siakan peluang yang Allah bagi kita rasa... 

Macam telemovie semalam yang MF tonton.. seorang ahli maksiat yang kaya .. dia merasai tanda kematian tapi dia tak endahkan... Dia anggap itu perkara biasa... Tapi bagi orang baik itu, dia persiapkan diri dengan melipatgandakan amalan kebaikan yang dia buat... Alhamdulillah... Dua keadaan mati yang berbeza walaupun mati dengan cara yang sama... 

Moga kita sama-sama dapat ambil pengajaran dan jadikan satu ilmu berguna untuk hidup kita juga... 

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati... 

1Ulasan

  1. Semoga hidup dan mati kita sentiasa dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. InsyaAllah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ