Post Page Advertisement [Top]

kurung najwa 2017
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi 7 Jenis Air Untuk Berbuka Puasa! | Bila berbuka puasa, yang dicari dulu mesti air kan... Lepas tu baru cari kuih, kurma dan sebagainya... 

Air apa yang biasa kita buat atau beli dibulan puasa ni??? Biasa air soya, cincau, sirap, oren, jagung, air tebu dan lain-lain... Kali ni MF nak share 7 resepi air lain dari lain untuk berbuka puasa... 


AIR BANDUNG 3 LAPIS

Bahan-bahan :

🍓 3 sudu besar air pandan (masak 1 cawan air dengan 1/2 cawan gula+sedikit esen pandan)
🍓 1/2 cawan susu cair + 1 sudu kecil susu pekat manis + 1/4 cawan air masak (kacau sebati kesemua ni)
🍓 5 susu besar air masak + 1sudu kecil sirap
ais yang di hancurkan sedikit

Cara-cara :

Letak 3 sudu air pandan tuh kat bawah sekali. (kene manis sikit dan sejukkan.. kalau letak yang panas-panas ia akan terapung di atas.

Kemudian masukkan ais yang telah dihancurkan sedikit

Lepas tu ,masukkan susu tadi dengan perlahan-lahan dan berhati-hati agar ia tak bercampur sangat dengan air pandan tadi.

Akhir sekali,titik-titikkan sirap di atas air susu tu dengan perlahan-lahan.Jangan kacau kerana ianya akan meresap sendiri (kalau nak senang, masukkan dalam botol yang boleh dipicit macam botol letak mayonis tu)

Kalau nak letak straw tu..letak dengan penuh berhati-hati yer....selamat mencuba..


JUS JAMBU BATU 


Bahan-bahan: ( 1 jug plastik )

🍓 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yang jenis berkedut)
🍓 2 liter air
🍓 1 1/2 – 2 senduk gula pasir
🍓 sedikit pewarna hijau
🍓 Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris – secukupnya
🍓 Air batu secukupnya

Cara penyediaan :

1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yang telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.

2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.

3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing.

4. Tambahkan air batu siap untuk diminum. 


ICED COFFEE WITH CHOCOLATE ICE - CREAM 


Bahan-Bahannya:

🍓 6 ketul ais kecil
🍓 2 scoop aiskrim coklat
🍓 1 cawan susu segar
🍓 1 sudu kecil serbuk kopi-dibancuh dengan sedikit air
🍓 1 sudu kecil gula
🍓 Taburan choc rice

Cara-caranya:

Kisar ais,aiskrim dan susu hingga ais hancur.

Tuangkan ke dalam gelas dan campurkan bancuhan serbuk kopi dan gula.

Kacau dan taburkan choc rice. Siap!!!


AIR SELASIH BERSUSU 


Bahan-bahan :

🍓 2 sudu biji selasih direndam hingga kembang
🍓 1 cawan susu cair
🍓 1 cawan air gula
🍓 1 cawan ice-cream soda
🍓 1-2 cawan air (jika perlu)
🍓 sedikit garam
🍓 1 cwn agar-agar ros didadu kecil (jika ada)

Cara-cara :

Satukan semua bahan kecuali agar-agar...kacau hingga sebati..

kalau rasa nak cair ckit..boleh la tambahkan air...cukupkan rasanya...mengikut selera sendiri..kemudian masukkan ke dalam peti sejuk..biarkan sejuk..

untuk menghidang...

masukkan secukup agar-agar ke dalam gelas..kemudian tuangkan bancuhan susu tadi... kalau nak letak ice cube pun boleh..suka hati..dah boleh​ diminum... :)


JUS AVOCADO


Bahan-bahan untuk jus avocado :
🍓 1 / 2 biji avocado - ambil isinya aje.
🍓 1 cawan dlm 250ml susu segar - boleh guna mana-mana susu segar yang anda gemari
🍓 2 sudu makan susu pekat
🍓 2 sudu makan gula
🍓 coklat cair..

Cara buat jus avocado:

1. ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula

2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda

3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi

4. Tambahkan ais ketul dalam minuman. Siap!

 SELAMAT MENCUBA


JUS BUAH NAGA 
Sumber: Google images

Bahan-bahan:

😃 2 biji buah naga( guna yang isi merah )
😃 500 ml air
😃 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar ( guna susu pekat )
😃 1 cawan gula ( *kalau guna susu pekat just guna ½ cawan gula dan sebaliknya )
😃 Sedikit perahan limau kasturi
😃 Sedikit ais batu


Cara-caranya:

1-    Blend semua bahan secara kecuali ais batu.
2-    Siap dihidangkan bersama ais batu.

SELAMAT MENCUBA ! 😋


Resipi Mudah Smooties!


Lite Berry Smoothie (1/2 susu; 1 buah)
½ cawan susu 
1 sudu teh gula
1 cawan strawberi segar atau beku tanpa gula atau beri lain
½ cawan kiub ais


Basic Smooth Smoothie (3 buah)
1 pisang beku
200mls jus oren jus / susu atau lain-lain jus
½ cawan peach beku, raspberi, blueberry, atau strawberi
½ cawan ais


Tropika smoothie (2 buah-buahan)
1 cawan nanas segar atau dalam tin (jus)
 ½ cawan jus nanas atau yogurt beku
½ cawan kiub ais
½ mangga segar, dikupas dan dicincang dalam keping


Orange-Peach Smootie (1 susu; 2 buah)
1 cawan jus oren (atau jus apa-apa)
1 cawan yogurt tanpa lemak, tanpa gula
1 cawan peach beku (atau mana-mana buah-buahan)
1 cawan ais


Strawberry Banana Smootie (1 susu; 2 buah)
1 cawan lite strawberi yogurt
½ cawan segar atau beku strawberi
1 pisang sederhana, dibekukan atau dihiris segar
½ cawan ais


Purple Zoom smoothie (1 susu; 2 buah-buahan)
200ml jus anggur
½ cawan blueberry beku
½ cawan lite vanila yogurt atau kefir
½ cawan ais


Banana Energy Shake (1 susu; 1 buah)

1 cawan susu atau susu soya
1 pisang beku
½ cawan kiub ais

Sumber: Buku Resepi @telegram Channel

Jadi, bolehlah cuba yang mana-mana berkenaan untuk berbuka.. yang pasti semua minuman ni menyegarkan... Tapi tak perlu banyak.... Cukup sekadar membasahkan tekak ketika berbuka tak elok pula kalau minum banyak sebab nanti letih bila berpuasa esoknya...kecuali jus buah ataupun bila minum minuman sejuk begini kena banyakkan minum air kosong selepas nya... 

Selamat mencuba... 

2 ulasan:

  1. Jus alpokat will always be my favourite. Minum segelas tak pernah nak cukup.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Bottom Ad [Post Page]