بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
1. Makan ikut keperluan.
Berbuka dengan niat nak menegakkan tulang rusuknya sahaja.. makan untuk bagi tenaga untuk solat.. bukan sebab terliur dan sedap...
2. Makan untuk mencukupkan
Makan ikut kouta... 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk bernafas atau oksigen... Orang yang tidak ikut kouta ni akan rosak badannya...
3. Makan berlebihan
Pesta makan... Makanan yang dia tak makan pun dia makan pada bulan Ramadhan...
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM |
Agak-agak kita ditahap dan jenis yang mana???
Renungkanlah... Jika termasuk dalam golongan atau jenis 1 dan 2 masih ok lagi... Jangan sampai masuk jenis ketiga...
Moga Ramadhan kita.. puasa kita betul-betul puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga.. InshaAllah...
Q & A: Kenapa kita dilarang memakan dengan banyak ketika berbuka puasa atau bersahur?
Jawapan: Makan berlebihan boleh menjejaskan amalan ibadah pada waktu malam khususnya pada bulan Ramadan. Sifat malas beribadah amat berkait rapat dengan makan berlebihan semasa berbuka puasa. Tambahan pula, makan terlalu banyak boleh menyebabkan mengantuk.
Saya makan cara no satu jelah
BalasPadam