10 Kesalahan Paling Hit Ketika Ramadhan!

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.


Tidak sahur.

- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

Sahur terlalu awal

-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 😅

Terlebih tidur 😴

- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit 🍤🍹🍩🍪🍌🍍

- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir.

-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 💸💸💸

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.

-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr

- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 📈

Puasa tapi tak solat.

- pahala puasa pending ⛔
, sebab tak solat. Ayoyo! 🙈🙈

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.

-bulan Ramadan bulan Ilmu.📚📕📓 Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.


🔟 Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.🌜

-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem! 🎊
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 💯✔


Perasan juga dengan fenomena nih...
Terutama di Facebook... MF scroll wall Facebook bulan puasa ni jarang jumpa post-post yang bermanfaat... Yang banyak orang post, berbuka, bersahur makan apa... Makan dekat mana.. berbanding bulan tak puasa.. banyak orang kongsikan tips, ilmu yang bermanfaat dan kata-kata motivasi...

Ingatlah puasa bukan sekadar tahan. Lapar dan dahaga... Tapi lebih daripada tu... Jom ubah rentak puasa moga jadi lebih baik... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. terima kasih atas ingatan.. insyaAllah berazam perbaiki setiap tahun..

    BalasPadam
  2. yang last tu mmg rugikan

    klu puasa bulan Ramadhan jarang skip sahur dgn sengaja melainkan xsedar..bangun2 dah azan subuh dah..adehh

    dan yg paling hit ialah pembaziran..huhuhu mostly part makanan dan masa

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !