GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SEKEJAP BAIK, SEKEJAP JAHAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tidak Berhimpun Dua Sifat Bertentangan Pada Mukmin | Ada pula ye.. sekejap jadi baik sekejap jadi jahat... Takde ye... dalam Islam takde orang boleh jadi jahat dan baik dalam satu masa atau lain-lain masa sekali pun... Sebagaimana hadis Nabi s,a,w:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَالْإِيمَانُ فِي جَوْفِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ وَلَا يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ فِي جَوْفِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkumpul antara sifat kikir dan iman dalam diri seorang mukmin, dan tidak akan berkumpul debu kerana jihad di jalan Allah dengan asap Jahanam didalam rongga seorang muslim." (HR Ahmad No: 9316)


Sumber: google images

Pengajaran:

1.  Dalam diri seorang yang beriman tidak akan berhimpun dua sifat yang bertentangan iaitu iman dan kikir.

2.  Dalam diri Muslim tidak akan berhimpun antara sifat jihad dengan sifat ahli neraka.

3. Orang yang beriman akan menjadi seorang yang pemurah dan belas kasihan, jauh dari sifat kedekut.

4.  Muslim yang soleh tidak akan melakukan kejahatan yang akan dibalas dengan dosa dan neraka.

Tiada orang boleh jadi baik dan jahat dalam satu masa... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ