GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bezanya Cara Perempuan dan Lelaki Bercakap, Sebab Tu Suami Isteri Salah Faham!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lelaki dan wanita Allah ciptakan berbeza... beza sungguh... bukan dari segi zahir je.. batin pun sama.. dari segenap aspek memang berbeza... tapi Allah jadikan lelaki dan wanita berpasangan...boleh hidup bersama.. 

Lelaki dan wanita boleh jadi salah faham... sebab perbezaan kefahaman... Dalam komunikasi lisan, lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa. Sebab tu juga wanita ni banyak bercakap.



Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam perkara-perkara berikut:

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki.
Wanita kalau 4 orang bersembang, 4 4 akan bercakap.. sebab dia boleh dengar dan cakap.. tapi kalau lelaki, sorang cakap, sorang dengar.. sebab tu juga suami isteri boleh jadi salah faham... Bila isteri cakap suami diam.. isteri akan kata "saya cakap ni, kenapa awak diam?". Tapi kalau suami pula bercakap, dan isteri bercakap juga.. akan jadi "saya tengah cakap ni, boleh tak awak diam?".


2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan. Yang ni tak berapa relevan zaman sekarang... sebab kalau tengok pitch wanita la ni.. sama naik dah dengan lelaki kalau nak beri penekanan... kecuali kalau bos wanita.. tapi ada juga bos wanita guna pitch tinggi untuk tegaskan sesuatu.

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat. Tapi wanita sekarang dah boleh buat keputusan sendiri.. tapi bagi isteri wajib ya bincang dengan suami walau apa sekali pun hatta jika guna duit isteri sendiri.. itu sebagai tanda hormat isteri kepada suami.

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan. Sebab tu, page luahan hati dan perasaan ni memang didominasi wanita.

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat. Ada benarnya.

6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat. Setuju!

7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya. Teramat setuju dengan fakta ini.

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain. Tapi dalam hal dan masalah rumahtangga, sila rujuk yang pakar ye.. bukan pandangan orang di media sosial... nanti lagi memburukkan keadaaan...

Sumber rujukan: Karangkraf.com

Jadi wanita dan lelaki diciptakan berbeza untuk saling melengkapi... Hebatnya ciptaan Allah..

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ