GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Breastmilk Jaundice: Bayi Demam Kuning Sebab Susu Ibu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman orang lain, jadi ilmu berguna pada kita juga.. Pengalaman dari kak Fiza buatkan MF mencari gali pasal bayi kuning sebab susu ibu... Pernah dengar, dan ada saudara pernah kena prologed jaundice ni, tapi tak berapa nak mengkaji masa tu.. Jadi, kali ni MF cari gali baca untuk panduan MF akan datang dan juga ibu-ibu lain juga. 

Demam kuning disebabkan susu ibu? ada ke?? Setahu kita, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi baru lahir. Tapi bila ada doktor sendiri kata susu ibu tu yang buatkan demam kuning bayi meningkat, terasa sedih kan.. Lebih sedih bila tekad kita nak susu penuh dengan susu badan, tercabar dengan ujian dan dugaan macam ni. 
Menurut Dr. Zubaidi Ahmad: 
Fenomena breastmilk jaundice berlaku pada bayi sihat yang menyusu susu ibu. Kekuningan ini berlaku selepas bayi berumur seminggu dan menyusu ibu sepenuhnya. Ia berlaku hanya untuk sementara berlangsung antara 3-12 minggu. Selepas itu tahap kekuningan dan bilirubin akan perlahan-lahan berkurangan. 
Ia juga adalah fenomena normal yang sangat jarang berlaku (0.5 hingga 4 peratus kelahiran). Diagnosa selalu dilakukan oleh doktor setelah memastikan tiada kecacatan dalaman pada bayi. 
Selagi kepekatan bilirubin dalam darah masih rendah, bayi mampu menyusu dengan baik, mampu membuang air besar dengan normal dan mempunyai warna air kencing yang jernih dan tahap kandungan bilirubin dipantau, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan penyusan ibu harus diteruskan. Penyusuan ibu hanya harus dihentikan jika kepekatan bilirubin didapati melebihi 16mg/dl melebihi 24 jam.


sumber: google images

Bagaimana boleh terjadi Breastmilk Jaundice?

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, terdapat beberapa teori untuk mengenal pasti punca berlakunya Breastmilk Jaundice:

Antaranya:
Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh  dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.

Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase  yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.

Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferaseyang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.

Namun, teori barat ini adalah untuk menolak penerimaan susu badan dan menggalakkan susu formula. Menurut Dr. Zubaidi, fenomena ini biasa dalam kalangan bayi. Insha Allah, Breastmilk Jaundice akan berakhir bila penyusuan bayi sempurna dan lebih kerap.

Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:
  • Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.
  • Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.
  • Rawatan fototerapi boleh diberikan. Jika doktor mencadangkan agar penyusuan ibu dihentikan buat sementara (24-48 jam) bagi mengurangkan kepekatan bilirubin, para ibu boleh memerah payudara dengan menggunakan bagi menyimpan susu dan boleh diberikan pada bayi kemudian.
  • Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

Menurut Dr. Hana pula, Breastmilk Jaundice perkara biasa.

Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna harus berhenti menyusukan bayi, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.

Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan
  1. Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
  2. Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
  3. Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
  4. Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL
JANGAN:
  1. JANGAN berhenti menyusukan bayi sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi.
  2. JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
  3. JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”

Itu antara info berkaitan breastmilk jaundice, ada juga istilah breasfeeding jaundice. Bezanya ialah breastmilk jaundice adalah disebabkan demam kuning meningkat disebabkan susu badan. Tapi breastfeeding jaundice disebabkan bayi tak cukup susu badan. Apapun, kedua-dua jenis ni tak merbahaya. Cuma ibu kena berpantang betul-betul bila anak demam kuning. Kena teruskan susu ibu dengan kerap dan aktifkan bayi... Menurut Dr. ZUbaidi, jika anak menyusu dengan baik, kerap membuang air kecil dan air besar, takde masalah... Cuma kena teruskan penyusuan dengan kerap dan laktasi dengan betul. Jika nak campur dengan susu formula dengan panduan doktor pakar tapi jangan stop susu badan. 

Moga anak-anak kita dilindungi dari penyakit sebegini. Sebab tu, masa mengandung orang tua suruh pantang juga. Elakkan jeruk, makan maknan ringan dan bahan pengawet. Banyakkan minum susu, makan buah dan sayur untuk elakkan kuning. Tapi kalau dah ikhtiar nak kena juga, itulah dugaan dari Allah sebagai penghapus dosa ibu bapanya. 

Sumber rujukan: Blog Dr. Zubaidi dan Facebook Dr Hana. 

5Ulasan

  1. Akk pon baru tau ni MF. Dugaan anak ke 4. Ni pon naik lagi jadi 18. Dr KK dah bagi surat soh refer spital. Dan nampaknya akk kena stop sementara BF 😭😭

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi informasi.
    Disamping mengguna ubat dan pertua penggunaan Phototherapy juga berkesan untuk rawatan Jaundice pada bayi baru lahir. Sekarang nie ada khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk membuat rawatan di rumah. Kami menggunakan PHOTOTHERAPY di rumah untuk anak baru lahir. Memang berkesan dan lepas 2 hari Jaundice level back to normal. Kami sewa di http://www.hometherapyy.com .(012-3404007) Mereka menggunakan LED Phototherapyy , tak panas untuk bayi dan berkesan.

    BalasPadam
  3. Mula2 baca confius bresfeed jaundice..
    Tp sbnarnya bagi susu ibu yg hilangkn jaundice

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ