بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Puting kosong, pilihan mudah buat ibu bapa sebagai penenang si anak. Bahkan ada ibu bapa yang tak tahan anak kerap menyusu (mengempeng) akan mengambil langkah menyuap puting kosong sebagai ganti... salah ke puting kosong??? Tak salah, cuma jika mampu bertahan elakkan... Namun begitu, perlu tahu cara terbaik menggunakan puting kosong, supaya ianya selamat untuk bayi. 

1. Gunakan puting yang bersih
Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu steril puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi puting kosong kerap digunakan bayi anda.

2. Tukar puting secara kerap
Sebaiknya anda menggantikan puting kosong bayi secara kerap. Di samping itu, sentiasa pasti kan puting tidak mempunyai kesan retak, pecah atau berlubang, yang boleh menjadi punca kuman merebak. Sekiranya berlaku, gantikan dengan puting baru secepat mungkin.

3. Hadkan penggunaan
Seharusnya hadkan penggunaan puting kosong pada masa tertentu sahaja umpamanya ketika bayi anda diserang kolik atau hanya untuk menenangkannya.  Bimbang sekiranya penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan infeksi kepada telinga.

4. Beri apabila perlu
Sebagai langkah berjaga-jaga, cuba beri puting kosong apabila bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak anda terlalu bergantung kepadanya bimbang timbul kesukaran sekiranya mahu diceraikan dengan puting kelak.

5. Ceraikan bila tiba masanya
Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya sebaik-baiknya sebelum usia satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.
Sumber: majalah PaMa

Si kakak, pernah MF belikan tapi dah besar dah... umur setahun baru nak bagi memang tak nak lah dia... Jadi, redha je...walaupun kuat dia mengempeng... si adik pun tak pernah ajar... Alhamdulillah... mampu bertahan lagi setakat ni dari diberi puting kosong... Mak MF pun tak gemar ajar anak guna puting... katanya seolah-olah menipu anak... sebab tu puting kosong... Tapi jangan terasa, setiap ibu bapa ada alasan tersendiri kan... Semua nak yang terbaik untuk anak kita kan... Jadi, MF tak salahkan mana-mana ibu bapa yang bagi anaknya isap puting kosong... Jangan nak touching pula... 

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. assalam mf :)
    maaf bru berkesempatan balas jejak..

    alhamdulillah, setakat umor rania 6 bulan ni saya berjaya elakkan
    memang xnak ajar .semoga dipermudahkan..

    BalasPadam
  2. thanks info...leh guna utk next baby sbb Aqil x isap puting

    BalasPadam
  3. Kakha dua2 anak kena pasrah dah..
    yg no3 memang tak ajar. Tp selalu berdesing telinga sebb umi kakha suh bg puting. Suh bg susu tepung...stress gile la...apa laa yg die tgk nak suh bg piting sgt..tak phm kdg

    BalasPadam
  4. Hehe tiga2 ank kak lya takde yg hisap puting hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama